SUDAH berkali-kali aku asyik mimpikan orang yang sama. Pelik benar. Siapakah gerangan lelaki yang datangi mimpi aku? Demi Allah, hatiku melonjak gembira di saat mata kami bertemu, tangannya merangkul pinggangku dan bibirnya menyentuh dahiku. Tapi dalam mimpi sajalah. Bila bangun, tetap single.
Satu lagi yang bermain di kepalaku ialah, dia acap kali menggelarku dengan panggilan sweetheart. Dalam dunia ni, mana ada orang panggil aku sweetheart. Kalau ada, dah buang tabiat agaknya.
Tapi, kenapa susah sangat nak ingat rupa dia? Jujur sekali, aku takut mimpi itu hanyalah mainan tidur. Namun, lebih aku takutkan perasaanku yang kuat mengatakan lelaki tersebut ialah Haezril.
Entah kenapa, asal kami terserempak dekat Ineffable Restaurant, pasti bayangan lelaki dalam mimpi itu hadir. Aku tak nak syok sendiri tapi apakan daya, aku tak boleh menidakkan firasatku sendiri. Lepas 12 tahun memendam rasa, takkan aku dah gila bayang kut?
"Nur Azalea!" jerit satu suara nyaring.
Aku pegang dada, persis nenek-nenek terkena serangan lemah jantung. Kebelakangan ni, ramai orang nak bagi aku arwah cepat.
"Ya Allah, jantung aku..." Dengan nafas masih semput, aku toleh ke belakang. Memberikan renungan maut paling eksklusif buat Hana, kaki buat masalah terulung. Satu-satunya kawan yang mampu menduga keimananku.
"Rindunya aku dekat kau!" Tubuhku dipeluk kejap. Luntur terus segala rasa geram dan amarahku. Pelukan Hana aku balas. Gila tak rindu dekat minah senget ni. Walau dia selalu buat hal, Hana tetap tiada tolok bandingnya.
"Woi, jangan peluk lama sangat dalam pantri ni. Aku dahlah bini orang. Kau tak apalah... Single terlajak lagi."
Mata aku julingkan sebelum merungkaikan pelukan kami. Dia yang peluk aku dulu, aku jugak yang kena. Dasar Hana ketipak ketipung.
"Kau ni kan... Haritu bukan main moody semacam waktu aku call. Segala masalah dalam dunia ni kau luahkan dekat aku. Sekarang ni happy pulak. Apa masalah kau sebenarnya?" soalku. Aku masih teringatkan perbualan terakhir kami. Menangis-nangis Hana bercerita yang dia sedih hanya kerana Aqif tak dapat teman ke mall.
Akulah yang dilantik Hana menjadi puan penasihat tak berbayar dia. Tak faham juga aku dengan dia. Takkan belum masak dengan tugas suaminya? Bersuamikan doktor memang begitulah. Ada on call, emergency dan lain-lain. Semua tu sudah sebati dengan kehidupan mereka.
"Lea... Sebenarnya, aku kan..."
Mataku berkedip beberapa kali. Ada satu ilham datang menerjah. Jangan cakap yang Hana...
"Kau tak pregnant kan? Kau pregnant ke?" Aku bertanya dengan riak tak percaya. Takkan secepat ni kut?
"Yes, Aunty Lea. Aku pregnant!"
"OMG! Congrats Hana!" Tak mampu lagi aku menahan rasa teruja yang teramat. Sekali lagi, tubuh Hana aku peluk erat. Rasa seronok berubah hiba. Takungan air mataku melimpah.
"Weh, kau nangis ke?"
Aku tepis air mata yang menuruni pipiku. Aduh Lea, Hana yang pregnant. Kau pulak yang emo lebih.
"First time aku jumpa kau, aku tak sangka kita akan berkawan sampai sekarang. Dulu kita pergi sekolah sama-sama, sampaikan cikgu panggil kita belangkas sebab asyik melekat je. Kita still contact each other waktu dekat universiti. Aku pergi konvo kau, kau datang konvo aku. And now you're gonna be a mom, I'm so proud of you Hana." Lelehan manik-manik jernih kembali membanjiri mataku.
"Ish kau ni, suka buat aku macam ni!" Hana pun turut mengalirkan air mata.
Pejam celik saja, sudah tiga bulan Hana dan Aqif mendirikan rumah tangga. Aku juga sudah bekerja selama tiga bulan di Ineffable Restaurant. Semuanya berlaku dengan pantas.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...