"LEA!" Serupa patung di supermarket, tubuhku ditarik memasuki kamar Hana. Aku tilik tubuh Hana daripada atas kepala sehinggalah ke tapak kakiny. Dahiku berkerut melihat pakaian Hana yang kelihatan terlebih bling bling. Minah ni jarang sangat kalau tak over. Dengan gaun putihnya yang... Eh, sekejap... Gaun putih?
Bila difikirkan balik, Haezril mengenakanbaju melayu berwarna merah jambu, sama seperti aku, Uncle Yusuf dan Aunty Muna. Yang peliknya, kenapa Hana pula yang pakai gaun berwarna putih? Bukan dia yang kahwin pun!
Di saat sengihan minta kaki terbentuk di bibir merah Hana, aku tahu, ada sesuatu yang tak betul. Tajam mataku menikam wajahnya. Jangan cakap perempuan ni jadikan aku bahan lawak jenaka dia macam zaman sekolah dulu.
"Hana, haritu kau kata Haezril yang nak kahwin kan?" Aku inginkan kepastian.
Seperti yang aku sangkakan, beberapa saat kemudian, suara Mak Cik Ponti Hana pecah. Bukan main seronok dia melepaskan ketawa berdekah.
"Kau percaya ke? Aku yang nak kahwinlah, bukannya Abang Hez," beritahu Hana. Masih menghabiskan gelaknya yang bersisa.
Aku melopong. Selama ni dia game aku? Habis tu, air mata yang aku curahkan sebelum ni sia-sia sajalah?
"Kau ni kan Hana! Bila nak berubah hah?!" Telinga Hana menjadi tempat menempiaskan amarahku.
Pap! Pahanya aku tampar tanpa belas. Dah lama aku bersabar dengan perangai dia yang kuat kenakan orang. Suka sangat melawak tak bertempat. Kalau dia rasa nak buat lawak tak semengah dia tu, buat saja bila-bila masa dia nak. Yang jadi mangsa utama dia siapa? Akulah! Ahli sarkas kegemarannya.
"Ala... sorrylah, Lea. Kau macamlah tak kenal aku. Aku pun tak tahu macam mana nak rawat penyakit suka sakat kau ni. Dia dah melekat dalam salur darah aku. Bukan aku cakap, suami aku, si Doktor Aqif yang cakap. Dia siap buat diagnosis lagi." Hana tersengih lagi. Melakukan cubaan memujukku. Dia kemudian melentokkan kepalanya di bahuku.
Setidaknya, ada rasa lega menjenguk hatiku. Haezril belum dimiliki sesiapa. Maknanya, aku masih berpeluang untuk membetulkan segala salah silapku dengannya.
"Sakat kau kata? Ni namanya menipulah, bijak."
"Alah, niat aku bukannya nak menipu. Nak melawak manja je dengan kau. Benda kecik je pun." Hana masih cuba mempertahankan perbuatannya.
"Siapa ajar kau yang niat menghalalkan cara? Nak melawak pun berpada-padalah. Soal kahwin ni mana boleh. Aku tak suka." Aku menegur perbuatannya. Bagiku, sahabat yang baik bukanlah yang selalu mengiakan semuanya, tapi menegur salah sahabatnya.
Akhirnya, Hana akur jua akan silapnya. Sahabat kesayanganku itu menceritakan segala-galanya macam dah tak ada hari esok. Aku tumpang bahagia selepas mendapat tahu yang jodoh dia dan Aqif berpanjangan. Daripada kawan biasa, bertunang dan akhirnya sepasang suami isteri. Harapnya Aqif dapat bertabah dengan sikap Hana yang anehnya lain macam.
Aku dan Hana terus-menerus berbual sehingga pintu bilik Hana dibuka seseorang. Aku mengalihkan mataku ke arah gerangan orang yang membuka pintu dari luar.
"Hana, husband kau dah sampai," beritahu Haezril dengan wajah tidak berekspresi.
"Okey, thanks Abang Hez. Come on, my friend. Jom teman aku," ajak Hana yang sudah berkobar-kobar nakbertemu Aqif. Gediknya sudah melepasi tahap agar-agar. Pengantin lain selalunya rasa gementar. Hana pula sebaliknya. Di situ pun dah boleh nampak gelagat kurang normalnya. Aku berharap sangat genetik pelik dia tu tak merebak dekat anak-anak dia nanti. Seorang saja dekat Malaysia dah lebih daripada cukup.
BUNTU aku sendirian di dalam rumah besar gedabak ni. Tak tahu nak buat apa. Sejujurnya, aku rasa bersalah sebab langsung tak membantu Hana dalam proses menjayakan hari bahagianya. Niat Hana memang baik, tak mahu susahkan aku. Tapi alasannya tidak dapat hilangkan rasa bersalah yang dah bertapa.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...