Bab 44 ~ Takdir ~

13.1K 474 22
                                    

TUBUH aku alihkan ke kiri dan kanan. Tak dapat nak lelapkan mata. Pejam celik saja, kandunganku mencecah lima bulan. Rasa bahagia dan takut hadir sebagai peneman. Didesak Haezril punya pasal, dalam tempoh hamil, aku banyak luangkan masa di rumah. Dia nak elakkan aku stres. Tapi masalahnya, duduk rumah lagilah stres. Tahap bosan yang susah diungkapkan.

Nak rawat penyakit bosanku, Haezril memaksa Hana berkunjung ke rumah kami. Masak telingaku dengar suara nyaring Hana membawang isu-isu semasa. Bayi dalam perut aku ni pun dah banyak kali kena serangan terkejut. Haih, awal-awal lagi Mak Su Hana dah ada hater.

Wajah polos Haezril, aku tenung. Dengkuran halusnya menyentuh naluri wanitaku. Bulu matanya lebat, kening tersusun cantik, hidungnya pula mancung, bibir kemerahan serta leher dan rahangnya yang memukau itu, aku terokai. Di mataku, dia sentiasa sempurna. Meskipun sejak zaman sekolah lagi.

Kalau difikirkan balik, mesti orang pelik. Kenapa lelaki sekacak ini memilih aku untuk menjadi pendamping hidupnya? Aku sedar, aku boleh dikategorikan seperti wanita biasa. Bak kata orang, wanita Melayu. Tak adalah secantik artis mahupun model antarabangsa. Kalau aku jadi model, habis rosak imej warga model sedunia.

Tapi aku teringatkan kata-kata ustazah aku suatu ketika dulu. Katanya, usah ditanya kenapa lelaki berwajah tampan memilih perempuan kategori biasa mahupun kenapa perempuan cantik memilih lelaki yang tidaklah sekacak mana. Kerana bagi setiap insan, pendamping yang dikahwini itu ialah penyejuk matanya.

Paras rupa itu subjektif bagi setiap makhluk Allah. Jodoh yang termaktub untukku ialah penyejuk mataku. Ya, Haezril merupakan satu-satunya lelaki yang berjaya melekat di sabunariku. Cukuplah dia, aku tak perlu yang lain.

Teragak-agak tanganku hendak menyentuh pipinya. Takut dia terjaga. Beberapa inci sebelum jari-jemariku menyapa wajahnya, aku mematikan Niat. ingin menarik tanganku kembali ke tempat asal. Namun lain yang jadi tatkala tangan Haezril menangkap jari-jemariku. Aku terpempan. Mataku membulat. Dia sedar ke?

Haezril lantas mengalihkan postur tubuhnya. Menghadap aku. Anak mata kami bertaut lama sebelum dia memulakan bicara. Anak dah nak lahir dalam masa beberapa bulan, kami masih berperwatakan persis pengantin baru. Debaran di dada masih sukar dirahsiakan.

"Can't sleep, huh?" tanyanya dalam keadaan mamai.

Aku angguk perlahan. Hampir tercekik menelan air liur sendiri. Bahaya ni. Suara serak basah Haezril selepas bangun tidur sentiasa menggetarkan hati wanitaku.

"Meh sini." Haezril bertindak mahu menarik aku ke dalam pelukannya.

Kedua tanganku menyentuh dadanya. Tak mahu dipeluk.

"Hez..."

"Hmm...," jawabnya acuh tak acuh.

"Kalau saya tak sempat jumpa baby kita kan..."

"Apa awak cakap ni?" Haezril terus memotong kata-kataku.

"Mati itu pasti, Hez. Saya cuma takut tak sempat dengar awak azankan anak kita."

Haezril diam. Berbekalkan cahaya lampu tidur yang malap, mata hitam pekatnya menikam anak mataku.

"Saya tak pernah berhenti berdoa, saya harap sangat kita boleh jadi mama dan papa yang terbaik untuk malaikat kecil kita. Saya nak kita bekalkan dia dengan ilmu agama dan kasih sayang yang cukup," luahku.

"We will. We will, sweetheart."

"Sayang, sayalah perempuan paling bertuah. To have you as my husband feels like a dream came true. Sebelum kahwin dengan awak, tak pernah sekalipun saya bayang yang kita akan disatukan dengan ikatan suci ni. Bukan sebab saya tak sayangkan awak. Because for me, it is impossible to have you as my man. I mean, we're like parallel lines. We don't really match. But Allah proved it wrong. He showed me that nothing is impossible."

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now