Bab 37 ~ Mama ~

13.5K 508 24
                                    

TELEFON yang mengamuk minta dijawab itu, aku angkat. Tak bernama. Sekadar beberapa digit yang tak dikenali. Tak fikir lama, aku terus angkat. Manalah tahu kalau ada panggilan penting. Nanti susah pula.

"Hello?"

"Hello, Azalea. How's your life?" sapa satu suara yang aku dah mangli dengar.

Keluhan berat, aku lepaskan.

"Apa lagi awak nak ni, Azim? Cukuplah dengan benda bodoh yang awak buat sebelum ni. Apa lagi yang awak tak puas hati? Berhentilah. Cukup baik dah saya tak masukkan awak dalam lokap." Aku menjawab kasar. Dah tak nak bagi muka dekat dia. How's your life? Huh! Lepas apa yang kau dah buat, lepas korbankan baby aku dengan Haezril, ada hati nak tanya soalan tu?! Sila ninggal.

"Kenapa pula saya kena berhenti? You're mine since day one. Dan selagi awak tak kembali kepada saya, I'll never be satisfied."

"Nonsense! I'm Haezril's wife. I've never been yours."

"Tinggalkan Hakimi, Azalea. That's my only request. Please, tinggalkan lelaki tu. Dia tak layak untuk awak," rayu Azim dengan nada terdesak.

Aku geleng. Azim betul-betul dah gila. Permintaan dia pun langsung tak boleh diterima akal. Siapa dia untuk tentukan sama ada Haezril layak ataupun tak untuk aku? Jodoh itu di tangan Tuhan. Bukan di tangan manusia bergelar hamba.

"Why should I? Saya tak ada sebab nak tinggalkan orang yang saya sayang."

"Saya minta benda simple je, Lea. Awak tinggalkan Haezril atau awak yang akan ditinggalkan. You choose. Jangan sampai awak tersilap buat pilihan," ugut Azim. Cuba menakut-nakutkan aku.

"Tak ada yang silap. I'm not afraid of you, Azim. He's my husband, and I will never leave him. Not for you." Aku tekan suaraku. Memberitahunya yang aku serius dengan kata-kataku. Dia tak ada hak nak tentukan apa-apa. Tak ada sesiapa yang berhak mengatur hidup orang lain.

"Then, I take this as your final decision. Trust me, Nur Azalea, one day, you'll regret. This is the worst decision ever," tutur Azim dengan suara halus yang disertakan dengan aura menakutkan.

Talian ditutup laju.

Degupan jantungku tidak sekata. Sedikit sebanyak terkesan dengan kata-kata Azim. Dia takkan buat perkara yang bodoh lagi kan? Rasa sangsi mula memenuhi segenap hatiku. Takut. Cepat-cepat aku menelefon Haezril. Lelaki itu perlu tahu.

"Hez..."

"Yes, sweetheart. Is everything okay?"



"KENAPA mama tak cakap nak datang?" Aku sambut kehadiran mama ke Ineffable Restauran dengan senyuman lebar. Tak sabar-sabar aku menyalam serta mengucup kedua pipinya. Sejurus itu, tubuhnya turut aku peluk. Walau ada mata memerhati, ada aku kisah? Bukan suami orang yang aku peluk.

Wajah berseri mama, aku tatap. My pretty mama.

"Saja. Mama teringin nak rasa masakan chef-chef Ineffable Restaurant yang famous ni. Kawan-kawan sekolah mama yang pernah datang sini tak habis-habis puji. So, teringin jugaklah nak jejakkan kaki dekat sini," jawab mama sambil tersengih.

Tanpa berlangan, jari-jemari rapuh mama, aku tarik. Membawanya ke ruang makan VIP. Khas untuk mereka yang buat tempahan awal beberapa hari.

"Eh, mama makan dekat tempat biasa pun tak apa. Dekat luar tu pun bukan main selesa. Tempat ni fancy semacam je." Mata mama meliar, meneliti segenap ruang tersebut.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now