TUBUHKU bergolek-golek di atas katil bersaiz king. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. Nasib tak jatuh tergolek ke lantai saja. Bukan aku tak tahu yang subuh dah lama masuk. Tapi rasa malas masih bersarang di hati. Makin seronoklah syaitan berbisik lepas ni. Tahu sangat iman aku senipis hirisan bawang Gordon Ramsay.
Okey, Lea. Jom bangun.
Semakin dipujuk, makin menjadi-jadi pula rasa malas bertamu. Aku mencium bau bantal pelukku. Entah kenapa bau itu mengingatkan aku kepada Haezril. Tapi masuk akallah. Ini bilik dia. Lainlah kalau bau cucur udang. Bila pula udang boleh merangkak ke bilik.
Saban hari, soalan sama menerjah otakku. Betul ke aku ni dah jadi isteri Haezril? Soalan ni datang bukan sebab aku tak sedar diri. Tapi Haezril yang tak sedar diri! Sehingga ke detik ini, dia masih tak balik dari Indonesia. Entah apalah dia buat agaknya. Kalau aku telefon pun, bukan dia yang jawab. Haris, setiausaha kesayangan dia yang tolong jawabkan.
"Maaf, Puan Azalea. Mr Hakimi ada meeting."
"Maaf lagi. Mr Hakimi tengah jumpa client."
Itulah jawapan membosankan dari Haris yang aku dengar. Buang bil telefon saja! Pelik. Aku kahwin dengan Haezril atau Haris? Kenapa nak dengar suara suami sendiri pun bukan main payah? Apa dia ingat suara dia tu aurat ke apa?
Couple of days konon. Dasar janji Melayu! Nama orang Melayu rosak semua angkara dia. Hatiku tak habis-habis menyumpah seranah perangai Haezril yang sukar untuk difahami. Nak belajar matematik tambahan pun tak serumit nak fahamkan otak berbelit Haezril Hakimi.
"Dah puas cium badan saya?"
Mataku berkedip beberapa kali. Kenapa macam kenal suara ni? Bantal yang aku peluk berubah tekstur. Tadi rasa lembut. Tapi sekarang rasa keras pulak. Jantungku mula bekerja keras. Perlahan-lahan, kepala aku dongakkan sedikit ke atas. Bebola mataku hampir terloncat keluar.
"Mama!"
Haezril cepat-cepat menutup mulutku.
"Awak nak kejutkan satu rumah ke?" marahnya dalam nada berbisik.
Aku geleng laju.
Sejurus itu, dia menjauhkan tangannya dari bibirku. Aku tilik wajahnya lama. Dia hanya mengenakan baju tidak berlengan. Jelas riak kepenatan terpampang di wajah suci bersihnya. Hatiku meronta untuk menyentuh wajah itu. Rasa macam nak cium-cium saja pipi dia. Rindu sangat!
"Kenapa tengok saya macam tu?"
"How come you're here?" Mataku tak lepas memandang wajahnya. Bagai dipukau.
"Dalam dua jam macam tu. I've been here, beside you. Did you miss me that much, hmm?" Haezril mencuit pipiku. Macam biasa. Perangai kuat mengusiknya dah muncul.
"Kenapa tak cakap nak balik?"
"Hana cakap ada orang tu makan lalu, tidur tak lena, mandi tak basah bila saya tak ada. Betul ke? Awalnya saya tak percaya. Surprisingly, bila saya balik, ada orang tu bercakap waktu tidur. Nak tahu dia cakap apa? Dia cakap, I miss you, Haezril." Dia ketawa kecil. Cukup untuk menampakkan susunan giginya yang cantik.
Aku pandang dia dengan riak curiga. Tak percaya. Boleh percaya ke kaki prankster tersohor macam dia? Ceh, jangan mimpi aku nak percaya.
"Mana ada. Nonsense. Saya tak rindu awak pun." Aku berbohong. Tak mahu kalah dalam isu hati.
"Seriously? Orang perempuan ni memang susah nak mengaku eh?" Haezril menggeleng-gelengkan kepalanya dengan riak tak puas hati. Tangannya lantas mencapai telefon berjenama Apple yang terletak di sisi katil.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomantikNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...