Bab 42 ~ Uwek ~

13K 476 7
                                    

"HEZ, awak okey lagi tak?" Tak seperti biasanya, Haezril nampak lemah dan tak bermaya. Wajah berserinya bertukar pucat lesi. Hari itu saja, dah hampir sepuluh kali dia terkejar-kejar ke bilik air. Memuntahkan isi perutnya. Sungguh, aku tak kuat nak tengok Haezril berada dalam keadaan itu. Seminggu dah berlalu. Bermacam cara aku buat, selera makannya juga cuba aku penuhi, tetapi keputusannya tetap sama. Berakhir di bilik air.

Pertanyaanku dibalas dengan anggukkan lemah. Berpeluh dahinya menahan perit yang tak ada ubatnya.

Beberapa hari lepas, kami sudah berjumpa dengan Doktor Kirana. Katanya, Haezril mengalami keracunan makanan. Tapi, yang pelik bin musykilnya, kalau keracunan makanan, kenapa dia seorang saja yang muntah-muntah? Walhal, kami berkongsi makanan yang sama. Malas nak panjangkan cerita, aku iyakan saja. Waktu tu, aku fikir sakit Haezril takkan lama. Tapi setelah melihat isi di pipinya kian mengecut, aku jadi tak senang duduk.

Ting tong!

"Siapa datang?" tanya Haezril bersama mata kuyu. Sepanjang hari tenaganya dikerah.

Aku jongket bahu. Tak dapat mengagak. Lantas itu, kami melangkah beriringan ke muka pintu penthouse. Sebaik saja pintu aku buka, mataku membundar. Teruja melihat tetamu yang hadir.

"Abah! Mummy! Daddy!" Mataku bercahaya, menatap seorang demi seorang insan yang aku sayang.

"Nak suruh kami duduk luar ke?" soal daddy.

Aku dan Haezril berbalas pandangan. Baru tersedar yang kami belum jemput mereka masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah, sorry sorry. Jomlah masuk," jemputku bersama sengihan manja.

Tak tunggu lama, abah, mummy dan daddy berlalu ke ruang tamu, tempat kegemaran kebanyakkan mak bapa. Tanpa disuruh, mereka mengambil tempat duduk di sofa. Aku dan Haezril hanya mengikut. Baru saja aku nak melabuhkan punggung, mataku tertangkap satu harta karun yang sudah lama aku cuba cari.

"Daddy!"

"Lea... Jantung daddy ni dah lebih separuh abad tau." Daddy mengurut dadanya. Senyuman mengusiknya tiba-tiba muncul. Pandai bergurau eh!

Tak seperti awal-awal kahwin dulu, rasa janggal dengan ibu dan bapa mentuaku dah berkurang. Bagiku, merekalah mama dan abah versi kedua. Bagaimana aku menghormati mama dan abah, begitu jugalah aku melayan mereka. Setiap hari, rasa sayang itu kian bercambah.

"Hehe, sorry, daddy. Lea terlebih excited lepas nampak apa yang daddy bawa tu. Buah berangan kan?"

"Sejak bila pula Lea suka buah berangan?" Abah dah keluarkan soalan kemahiran berfikir aras tingginya. Semua mata menikam wajahku. Aku garu kepala yang tak gatal.

"Lea mengidam ke?" Giliran mummy pula bertanya. Tersenyum besar.

"Eh, tak tak mummy! Tak, belum lagi." Aku cepat-cepat menidakkan sebarang spekulasi. Tak mahu beri harapan palsu. Cukuplah mereka kecewa sekali, aku tak nak lukakan hati sesiapa lagi.

"Sebenarnya, Hez yang nak makan. Semalam kami dah cari, tapi tak ada. Lately ni, Hez tak ada selera nak makan. Asyik muntah-muntah je. Tak tahulah salah makan apa." Hal sebenar, aku ceritakan. Kembang kuncup hatiku melihat senyuman bahagia yang terpantul di wajah Haezril.

Persis dirasuk, Haezril mencapai plastik berisi buah berangan. Dia kemudian mengunyah buah berangan dengan rakus. Ternganga aku tengok kelakuannya. Ni Haezril ke?

"Erm... Abah okey ke duduk sorang dekat rumah?" Sengaja aku alihkan topik. Hampir tersedak air liurku tengok Haezril melantak semua buah berangan.

"Abah okey je. Lea janganlah risau. Nia ada, along pun selalu balik rumah."

"Abah sekali sekala datanglah stay sini. Bilik banyak, tapi tak ada orang nak duduk pun," cadangku. Sejak pertama kali aku jejakkan kaki ke penthouse ini, tak pernah ada tetamu mahupun ahli keluarga terdekat datang menginap. Aku kerling ke arah Haezril yang sibuk mengupas kulit buah berangan. Inilah kesannya kalau dapat suami anti-sosial.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now