SELESAI sudah dua malam berparti sakan di rumah mama dan abah. Masa untuk kembali ke realiti kehidupan yang tak seindah hari minggu. Huh, kenapalah hari minggu rasa sekejap sangat? Pejam, celik, muncul.
Bukan itu saja, kerja aku dan Haezril juga tengah bertimbun di pejabat. Banyak yang tertangguh. Telingaku dah naik rimas dengar notification dan nada dering telefonnya. Tak ada penghujungnya. Kira baik aku tak tolong angkat. Tak pasal-pasal orang tu kena sembur sedas dengan aku.
Aku kerling pada Haezril yang tenang memandang jalan. Fokus benar dengan pemanduannya.
Lagu Rough nyanyian Gfriend mula membingiti kereta. Melalak minta dijawab. Cepat-cepat aku cari telefon dalam beg tangan yang menyimpan seribu satu barangan penting. Tipikal beg perempuan. Aish, mana ni? Aku garu kepala tak gatal. Bunyinya ada, telefonnya tak jumpa.
"Dah umur 27 tahun pun still minat K-pop. Buat malu je kalau orang dengar," sindir Haezril.
Mata aku julingkan. Geram dengan telefon yang tak muncul ni satu hal. Ada pula manusia spesies mulut tak reti tapis sebelum cakap. Habis dia nak aku pilih lagu apa? Bobo Dimana? Hah! Lepas ni, habis satu Malaysia kecam aku.
"Helo, jangan nak kutuk eh. Ni lagu favourite saya. Orang berjiwa muda je yang minat. Bukan macam awak. Jiwa pun tak ada!" Aku jelir lidah. Menyambung pencarian telefon bimbit dalam beg.
Ha, jumpa pun! Tanpa berlengah, panggilan tersebut aku jawab.
"Waalaikumsalam, mummy." Senyuman manis terbentuk di bibirku. Seperti bercakap berdepan dengan mummy.
Haezril menoleh. Mana taknya, nama ibunya disebut-sebut. Namun begitu, mata aku awal-awal lagi terjegil macam pocong. Jari telunjuk aku halakan ke jalan. Kalau kemalangan, aku yang jadi janda. Itu kira baik. Kalau ada malaikat tanya siapakah Tuhan kamu? Tamat terus riwayatku di dunia yang sememangnya tak abadi ini.
Soalan demi soalan aku jawab tanpa banyak songeh. Sel-sel otakku ligat bekerja keras, memuntahkan jawapan-jawapan yang sedap didengar. Lepas satu soalan, ditambahkan lagi dua. Tak nampak penghujungnya.
"Hez ada je sebelah Lea, mummy." Tangan aku bawa ke belakang leher. Mula rasa serba salah.
Mummy tak habis-habis memaksa kami singgah ke rumahnya sebentar. Tapi, itulah problemonya sekarang. Aku yakin beribu peratus yang Haezril takkan setuju. Mata dan segala organ dalaman dia hanya dipenuhi dokumen kerja saja. Tak ada ruang untuk benda lain.
"Er... Erm... Hez, mummy tanya. Boleh tak kita pergi rumah mummy kejap? Ada something mummy nak kasi." Suara aku lembutkan. Bahaya kalau salah nada. Boleh berasap kereta ni.
"No, I got tons of work to do," jawab Haezril dengan muka ketat. Ringkas dan padat.
"Maaf ya, mummy. Lea dah tanya, tapi Hez cakap dia busy." Kepalaku berputar. Ada dua hati yang aku nak jaga. Suami dan ibu mentuaku. Aku rasa nak tercekik tatkala mummy mula mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan. Haiya, serabut!
"Hez... Mummy cakap kalau kita tak datang, mummy akan heret kita ke sana."
Haezril masih gelengkan kepala. Aku garu kepala. Rasa nak nangis. Kalau diorang nak gaduh, kenapa nak libatkan aku?!
"Mummy..." Baru sahaja aku nak pujuk, talian sudah dimatikan. Ya Allah, mummy marah ke?
"Tengok ni, mummy dah letak call. Awaklah! Bukan mummy nak ajak kita menginap sana pun. Dia nak kasi something je" marahku. Panas hati. Angkara Haezril, title aku sebagai menantu mithali dah terjejas.
"I know my mom very well, Azalea. Awal-awal memang cakap nak kasi itu ini. Nanti bila dah sampai, dia paksa kita duduk sana sampai seminggu."
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomansNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...