MENTARI mula menerangi bumi indah ciptaan Allah. Usai solat subuh, aku menikmati kecantikan alam. Cuba menenangkan otak yang sarat dengan pelbagai persoalan serta tanda tanya yang masih belum terjawab. Aku terus-menerus berdoa agar Sang Pencipta memberi jalan yang terbaik untuk aku dan Haezril. Jalan yang Dia berkati.
Jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Alang-alang sudah bertelekung, aku menunaikan solat sunat dhuhan terlebih dulu. Saja hendak memanfaatkan waktu lapang.
Haezril mana? Fikirku tadi, dia pergi melepak di bilik kerjanya seperti selalu. Bila pintu bilik dikuak, kelibatnya pun tak ada. Aneh. Mana dia pergi awal-awal pagi macam ni? Takkan kerja lagi kut?
Penat mencari serata rumah, telefon aku capai. Rasa nak hempuk kepala sendiri yang banyak tertelan semut. Langsung tak terfikir nak belek telefon. Inilah apa terjadi kalau telefon pintar bertemu pengguna sengal. Satu mesej daripada Haezril aku tekan. Dua jam yang lalu. Maksudnya, dia keluar rumah selepas subuh ke?
Saya ada meeting di Singapore. Don't wait for me. If you're afraid to stay alone, you can stay at your mom's. Saya izinkan.
Singapura? Baru balik daripada Perth, dia pergi Singapura pulak? Keluhan berat, aku hembus semahuku. Mengurut perlahan kepalaku yang menyengat. Sampai hati dia pergi tanpa bercakap apa-apa. Tinggalkan aku seorang diri di rumah. Kejamnya awak, Hez... Susah sangat ke nak bagitahu? Ada mulut tu, bukan nak guna sebaiknya. Suka sangat berahsia.
Telefonku berdering. Panggilan daripada nombor tak dikenali masuk. Tak fikir panjang, aku terus menjawab panggilan tersebut. Manalah tahu kalau-kalau penting. Tak adalah gelabah nanti.
"Helo..."
"Finally, I can hear your lovely voice," balas satu suara garau. Penuh kelegaan.
"Siapa ni?" Suaraku bertukar dingin. Tak selesa dengan kata-kata lelaki itu.
"This is Azim, Lea sayang. The one who loves you endlessly."
"You're crazy, Azim. I'm done with you..."
"Awak tak boleh buat saya macam ni, saya tak boleh hidup tanpa awak, Lea. Setiap hari, hanya awak ada dalam kepala saya. Saya tahu awak isteri orang, but I can't help myself. I need you, sayang."
Bulu tengkukku meremang. Seram sejuk. Geli dengan ucapan Azim yang jelas sekali kata-kata orang lapar penyepak. Apa masalah dia ni? Dah kemaruk nak luahkan perasaan sangat ke? Habis beruk dekat hutan tu tak nak confess jugak?
"Kalau awak nak cakap benda-benda merepek macam ni, saya tak ada masa nak layan."
"Saya boleh sayangkan awak lebih daripada Hakimi... Kenapa awak pilih dia dan bukan saya? Sebab dia kaya? Sebab dia kacak?" Suara Azim kian mendesak.
"Never compare yourself to him. No one ever loved me the way he did." Aku berbicara tegas.
"No! Awak langsung tak tahu apa-apa tentang dia, Lea. Awak tahu ke apa yang dia buat dekat London dulu? Believe me, kalau awak tahu, awak tak akan ada keyakinan untuk cakap macam ni."
Aku terdiam sejenak. Kata-kata Azim sedikit sebanyak berjaya menggoyahkan keyakinanku. Geleng. Tak, tak boleh. Kisah silam Haezril, siapa aku untuk menghukumnya? Semua orang ada cerita hidup masing-masing. Yang penting ialah Haezril masa kini. Lelaki itu sudah banyak berubah. Jauh lebih baik daripada dulu.
"Kenapa diam ni, sweety? Saya dah hantar satu hadiah ke rumah awak tau. Satu lagi hadiah saya akan bagi tak lama lagi. Muahh, love you."
Panggilan lelaki gila itu, terus aku matikan. Gila gila gila! Hatiku menjerit. Kalau ikutkan hati, dah lama aku lempar telefon ke dalam longkang. Azim betul-betul dah melampaui batas. Bertindak macam orang tak waras.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomantizmNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...