"AZALEA! Tolong buat coffee dekat akak kejap!" panggil satu suara di belakangku. Datang dah malapetaka. Asal aku nak buat kerja, ada saja bala datang. Kalau kerja ni siap sendiri tak apalah juga.
"Azalea... Tolong fotostat kertas ni kejap ya. Saya nak guna nanti."
"Azalea, Mak Jah tak datang lagi. Tolong buang sampah kejap tau. Dah penuh ni."
Termengah-mengah aku melayan seorang demi seorang yang hadir meminta bantuan. Pelbagai kerja ditugaskan atas namaku, walhal itu bukannya kerjaku. Kejap itu, kejap ini. Azalea itu, Azalea ini. Memanglah aku nak protes. Tapi masalahnya, aku orang baru. Mana berani nak melawan otai-otai yang dah lama bekerja.
Susah sangat ke nak guna anugerah anggota badan yang Allah bagi tu? Tahu nak mengarah orang saja. Ingat aku kuli diorang ke?
"Ya Allah, Lea. Asal kamu pergi buat kerja-kerja tu. Kan akak dah cakap, abaikan diorang tu. Pemalas tahap lembu betul!" leter Kak Izzah sambil bercekak pinggang. Tak tengok saja, Kak Izzah bantu aku mengangkat beberapa plastik sampah yang menggunung.
Keluhan besar, aku lepaskan. Aku tahu Kak Izzah tak suka aku melayan mereka. Tapi masalahnya, aku ni spesies manusia pelik yang tak tahu macam mana nak cakap 'no' atau 'tak', kecuali dengan orang-orang yang rapat denganku.
"Lea tak tahu macam mana nak tolak. Badan dengan otak Lea ni bergerak tak seiringlah akak. Otak ni cakap tak nak tapi badan pergi buat jugak." Wajahku cemberut. Plastik-plastik sampah aku masukkan ke dalam tong besar berwarna hitam.
"Lea cakap je ni bukan kerja Lea. Mentang-mentanglah Lea pekerja baru, diorang anggap Lea macam bibik diorang pulak. Lea ni baik sangat. Akak nak sound pun Lea tak bagi."
"Tak payahlah, Kak Izzah. Nanti kalau Kak Izzah bergusti dengan diorang, siapa yang susah? Jenuh saya nak menjawab dengan Mr Hakimi."
"Okaylah kalau Lea cakap macam tu. Tapi ingat pesan akak, kalau diorang buli Lea lagi, jangan lupa cakap kat akak. Nanti biar akak pecat diaorang." Kak Izzah mula bersuara seperti ma'am besar.
Dalam sekelip mata, tawaku pecah. Gaya Kak Izzah yang persis mak-mak sayangkan anak itu mencuit hatiku.
"Cukup-cukuplah makan ikan kerapu tu Kak Izzah oi! Dah merapu sangat dah tu." Aku berkata bersama sengihan nipis.
Bila aku ingat semula, aku rasa macam aku kembali kepada Azalea yang dulu. Versi mentah. Dulu tak apalah, setiap kali aku dibuli di sekolah, Hana mahupun Haezril ada untuk membelaku. Kali ini, aku harus berdiri sendiri. Lagipun, dah tiba masanya aku patut berhenti bergantung harap pada orang lain. Aku mengumpul kembali sisa semangat yang ada. Kau boleh, Lea. Chaiyok!
KEPALAKU terangkat apabila terdengar bunyi derap tapak kasut tumit tinggi menjelma. Seperti yang disangkakan, tetamu yang tidak diundang kembali hadir bersama senyuman penuh cahaya plastik.
"You tolong kasi fail ni dekat Haris. Pastu suruh Haris pass dekat Mr Hakimi. Jangan lambat, Mr Hakimi nak as soon as possible," arah Ayu. Belum sempat aku buka mulut, dia terlebih dulu melempar satu fail di atas mejaku.
"Tapi Cik Ayu..."
"Thanks tau. I nak pergi sambung buat kerja dulu. Bye!" Sesudah bercakap ala diva basi, Ayu meninggalkan aku termangu sendirian.
Ish, kalau tak ingat dosa pahala, dah lama aku mencarut depan perempuan ni! Kerja kau saja yang kau fikir. Habis aku dekat sini makin gaji buta? Kalau macam ni, baik aku tukar jawatan jadi kuli dia terus. Baru senang!
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...