Surat Cinta 💌

10.6K 323 14
                                    

🤍💙💜

Assalammualaikum pembaca yang Nina Fini kasihi,
Seumur hidup, ini kali pertama saya buat surat cinta (LOL).
Sebenarnya, bukanlah surat cinta sangat, ada beberapa perkara yang hendak saya kongsikan. Setelah lama termenung, cerita dia macam ni...

Berita baik:

1. Saya akan publish semua chapters Awak Saya Punya, Only Mine! Hal ini kerana saya sangat-sangat tak sampai hati nak meninggalkan kalian semua tergantung tak bertali macam lagu Haqiem Rusli tu. I'm a very soft-hearted person huhu (Baby June akan faham)

2. Manuskrip cerita ni saya dah hantar kepada publisher beberapa minggu lepas. Sekadar nak cuba nasib yang tak berapa nak baik ni. Kalau nak tahu, saya ni pelajar bahasa Inggeris dekat uni, tapi terminat tulis cerita bahasa Melayu. Dan terwujudlah Nina Fini yang ada memendam cita-cita hendak menjadi penulis novel Melayu yang dikacukkan dengan Bahasa Inggeris. Doakanlah sistur ya. 

3. Jikalau cita-cita tak kesampaian, saya tetap akan menulis. Siapa nak baca silakan, siapa yang tak suka, silakan juga cari penulis yang kena dengan cita rasa anda. Well, when you love something, you just don't stop. Saya suka hiburkan orang dengan penulisan saya yang serba kurang ni. Tak ramai pun tak apa. Less is more right? Hehe

Berita pelik:

1. Kalau anda spesies saya yang suka baca comment, anda akan nampak beberapa comment beberapa tahun lepas yang tak berapa nak kena dengan bab yang anda baca. Contohnya, bab 30 sedih, tapi ada pembaca komen "Sweetnya!" Kenapa hal ini berlaku? Jangan risau, tiada sesiapa yang saraf otaknya terputus. ASPOM ni sebenarnya consist of 50 chapters. Tapi bila dah edit, dia didietkan dan terhasillah total of 45 chapters. Jadi, bila saya publish, ada bab-bab yang terlari sikit daripada bab asal yang saya buat ada 2017-2019 dulu.

2. Kenapa saya tak delete comment tu? Because I can't #emo. Semua tu ialah kenangan terindah dalam hidup saya. Percaya atau tidak, komen-komen yang awak semua tengok itulah yang membakar semangat saya sehingga terhasillah beberapa karya yang tak sehebat mana ni. Tiada mereka, tiada awak semua, maka tiadalah Nina Fini. Adanya penulis kerana pembaca.

Berita buruk:

1. Kemungkinan besar, saya akan unpublish balik bab 20 dan ke atas cerita ini di hari kemudian. Bila? Sistur tak sure. Bila-bila masa yang Allah gerakkan hati sis. Jangan risau ya, nanti sis akan inform dulu. Macam yang saya cakap, anda tidak akan ditinggalkan kesepian tanpa berita. 

2. Walaupun dah ditapis, diedit dan dietkan, saya hanya manusia biasa, tak boleh lari dari kesilapan. Rasa nak meraung juga setiap kali jumpa typos, minor atau major, tertukar nama karakter pun selalu huhu. Sebab tu saya cakap, saya tak boleh menulis 2 cerita dalam satu masa. Habis bercampur segala hero heroin daripada cerita lain hahahaha. Kalau ternampak salah, boleh saja nak tegur ya, jangan malu-malu. Kalau masih boleh difahami, teruskan. Kalau dah sampai tak boleh faham, sila report dekat sistur ya.

Harapan:

Buang yang keruh dan ambilkan yang jernih. Saya harap para sahabat pembaca saya dapat menikmati bacaan dan belajar sesuatu yang baru. Maaflah beleter panjang hahaha. 


*****


 "Sampaikanlah dariku, meskipun satu ayat" (HR BUKHARI)


P/s: Lepas siap dua esaimen penting, saya akan publish the rest ya. 


Don't forget to vote, comment and share!


Love, 

Nina Fini

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now