Bab 22 ~ Mine ~

13.6K 476 18
                                    

SUASANA nyaman dan romantik musnah dek kehadiran manusia terakhir sekali yang aku nak jumpa. Minah sihir yang pernah memporak-perandakan hidup aku dan Haezril. Dialah angkara segalanya berlaku dua belas tahun yang lalu

"Haezril Hakimi and Azalea kan?" tanya perempuan berambut karat itu. Teruja benar.

"Nice to meet you again, Hakimi." Syaza memanjangkan tangannya. Ingin berjabat tangan dengan Haezril.

Huh, jangan mimpi. Langkah jenazah aku dulu!

Mataku lantas mencerlung memandang wajahnya. Tangan yang dihulur aku sambut. Kembang kempis saja aku tengok dia. Taulah rambut tu karat sebab tertumpah Clorox. Tapi takkanlah tak tahu kut yang mana halal dan haram. Berbuih mulut ustazah dekat sekolah ajar. Tak diendah juga.

Tipulah kalau aku tak rasa tercabar dengan kehadiran dia. Dengan pakaiannya terlajak seksi itu. Terbuka sana. Terburai sini. Mampu menggiurkan mana-mana lelaki. Aku yang perempuan pun segan dengan aset yang ditonjolkan.

"Nice to meet you too, Syaza." Aku balas dengan senyuman plastik. Silap besarlah kalau dia masih ingat aku ni Azalea yang lemah gemalai versi waktu zaman hingusan dulu. Pengalaman mematangkan aku. Lepas apa yang jadi, aku takkan kembali kepada Azalea yang dulu. Azalea yang hanya tahu bersembunyi. Tak berani bersuara.

"I ternampak you two tadi. Ingatkan silap orang sebab tu I tegur. I tak kacau you guys kan?" soal Syaza dengan tangan digayakan ala-ala diva.

"Eh, tak kacau pun. Jangan risau. Kitorang banyak masa lagi dalam bilik nanti, kan sweety?" Lengan sasa Haezril aku peluk. Nak khabarkan dekat wanita itu yang Haezril nyata milikku. Kemudian, sengaja aku lentokkan kepalaku di atas bahu Haezril. Puas hatiku melihat reaksi terkejut beruk Syaza.

"Bilik? Sweety? Don't tell me yang you guys dah..."

"We're married. She's my wife, Nur Azalea," bicara Haezril dengan riak tak berperasaan. Nafasku hampir semput apabila tangan nakal Haezril mengelilingi pinggangku. Aku cuba kawal riak wajah. Tak nak nampak macam orang tercekik biji durian.

Dua tiga saat aku boleh tahan. Tapi bila pinggangku mula digosok-gosok ibarat membelai badan kucing, aku memberi isyarat singa betina nak mengamuk dekat dia. Boleh pula dia pegang ikut suka hati saja. Bagi betis, nak raba. Banyak cantik! Nasib baik halal.

"What?!"

Terjongket bahuku akibat suara nyaring Syaza. Haezril masih tenang. Macam dah tahu minah rambut karat itu akan menjerit macam orang yang dicabut kewarasan.

"You tahu kan perangai sebenar Hakimi? Lelaki macam mana dia ni. Come on, Azalea. Taste you bukan laki-laki ustaz ke? I tak sangka taste you dah berubah jadi semurah ni," kata Syaza tanpa setitik rasa bersalah. Macam Haezril tak wujud di sebelahku.

Wajah Haezril yang berona merah aku tatap. Aku sulam jari-jemari panjangnya. Tak mahu dia ikutkan perasaan marah. Kalau Haezril dah kena rasuk dengan hantu bengis. Aku pasti. Tak sampai sejam, Syaza yang pakai baju tak cukup kain itu akan dipakaikan terus dengan kain kafan.

"Who are you to say such things? Aku kenal Haezril lebih dari kau kenal dia. Murah? Kau jangan cakap tentang perkataan tu depan aku. Cermin diri, tanya murah ni sesuai dengan perangai siapa." Aku membidas.

"No, Azalea. You don't know Hakimi as much as I know him. We've been together. More than you could have imagined. Kau dah lupa ke dulu? Kau sendiri jadi saksi kan? Kimi sayang..." Belum sempat Syaza menyentuh pipi Haezril, aku cepat-cepat menampar tangannya sehingga kembali pada kedudukan asal.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now