Bab 24 ~ Late ~

11.8K 433 43
                                    

12 tahun yang lalu...

MANA Hana? Mataku tercari-cari kelibat Hana yang tak pernah reti duduk diam. Ke mana pula dia pergi? Tadi cakap nak balik terus. Bila dicari, tak ada pula. Haish, cakap tak serupa bikin. Alatan tulis dan buku di atas meja, aku kemas. Licin. Tak ada yang tertinggal. Barangan Hana turut aku simpan. Kejap lagi bila dia datang, boleh berambus terus.

Perhatianku tertumpu pada sepotongan kertas kecil yang bertulis. Aku ambil kertas tersebut. Siapa letak atas meja aku? Aku cuba mencari kelibat manusia yang lalu-lalang. Tak ada. Kawasan sekolah dah lengang. Ayat pendek itu aku baca.

Aku nak jumpa kau dekat depan stor sukan.

Aku belek nota kecil itu. Tak ada nama. Jam pun dah menunjukkan pukul 3:00 petang. Siapa pula yang rajin ajak aku jumpa petang-petang macam ni? Semua pelajar kelas aku dah balik. Hanya tinggal aku dan Hana. Dia nak aku ajar subjek Sains.

Malasnya! Orang nak balik, diajak dating. Depan stor sukan pulak tu. Tak romantik langsung!

Selepas beberapa saat berfikir, aku putuskan untuk ke stor sukan. Sendirian. Hana masih tak munculkan diri. Cirit-birit agaknya minah tu. Lama benar melabur. Lagipula, aku risau kalau-kalau penulis nota tu terpaksa tunggu lama.

"Stor ni kan? Tak ada orang pun." Aku bercakap seorang diri. Dah biul. Aku kena prank ke? Rasanya, Hana pun dah tak ada kudrat nak melawak bagai. Senak perut dia pun tak habis lagi sebab serap ilmu subjek Sains banyak sangat.

Aku masih berdiri seperti tiang bendera. Setiap sudut sudah aku pusing. Tak ada orang pun! Mana ada orang normal nak berjemur bawah sinaran mentari yang mampu menghitamkan kulit. Lainlah kalau hari sukan. Nak tanya orang pun tak ada. Cis, buang masa aku saja!

Kakiku lantas membuka langkah. Nak balik ke kelas.

"Aaaa!"

Tergamam. Tubuhku berpaling ke arah pintu stor. Aku belum pekak. Jeritan suara perempuan itu kedengaran jelas sekali datang dari bilik stor sukan tersebut. Tanpa berlengah, pintu stor sukan itu aku tolak ke tepi. Nasib baik tak kunci.

Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati terdapat dua makhluk Tuhan dalam stor tersebut. Mulutku terbuka. Tangan aku bawa ke mulut. Tubuhku menggigil. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku saksikan.

Ya Allah, katakan ini mimpi. Mimpi yang paling buruk yang pernah aku alami.



TITISAN air jernih mengalir dengan sendirinya. Tak tahu kenapa. Hatiku rasa seperti disiat-siat dengan sebilah pisau yang baru diasah. Rasa kecewa, benci, jijik dan meluat menguasai diriku.

"Apa semua ni Hez?!" Buat pertama kalinya, aku menjerkah lelaki itu. Amarahku sudah tak terbendung lagi.

Walaupun usiaku baru mencecah lima belas tahun, aku tak bodoh nak membezakan perbuatan baik dan buruk. Yang aku lihat sekarang merupakan salah satu tingkah laku tidak baik. Sangat menjijikkan.

Aku lihat Haezril dan Syaza silih berganti. Posisi tubuh Haezril di atas Syaza benar-benar menghancurkan hatiku. Dia lekas bangun. Terlambat. Aku dah nampak perbuatan terkutuk mereka. Pandangan jijik aku halakan ke wajah pada mereka berdua.

Syaza cepat-cepat menutup badannya yang hanya dibaluti singlet putih nipis. Sangat jarang sehingga menampakkan warna pakaian dalamnya. Usah bercakap berkaitan baju dan tudungnya. Dah dilelong di Amazon gamaknya.

"Azalea... Kimi cuba buat benda tak baik dekat aku." Syaza kemudiannya menangis. Meraung seperti orang terkena histeria. Anak mataku beralih pada Haezril yang masih terpana. Barangkali terkejut dengan kehadiranku yang tak disangka-sangka.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now