Bab 36 ~ Addictive ~

15.5K 498 8
                                    

TIDAK! Wajah aku raup. Rasa macam nak cekik diri sendiri. Otak siputku terlupa yang segala baju tidur ada dalam bagasi. Yang bijaknya, aku pergi tinggal bagasi tu dekat ruang tamu. Tahniah, Nur Azalea. Makan otak udang banyak sangat, jadi noob macam nilah.

Masalah betul. Sebab dah lama berjarak sosial, rasa janggal tu kembali hadir. Debaran di dada ni kalah orang baru lepas akad nikah. Padahal, hari ini bukanlah malam pertama kami. Aku bersembunyi di belakang pintu bilik air. Kepala aku jengulkan ke luar bilik. Menghendap sama ada Haezril ada atau tak.

Alhamdulillah, rezeki. Haezril tak ada dalam bilik. Hampir saja aku melompat dek teruja. Berbekalkan tuala nipis paras paha, aku berlari anak ke bilik yang menempatkan segala pakaianku. Almari pakaian, aku buka.

Baru teringat yang aku langsung tak pernah pakai barang-barang yang dihadiahkan mummy. Tak sempat sebab banyak sangat. Pakaian yang tersusun cantik itu, aku belas. Cis! Semua spesies baju pejabat dengan jubah kembang. Kalau aku pakai baju ni dalam rumah, tak pasal-pasal Haezril lari tak cukup tanah. Ingat isteri dia dah mental.

Perhatianku beralih ke almari sebelah. Bersinar mataku melihat deretan baju pelbagai warna. Eh, ni baju tidur ke? Aku tarik satu baju berkain satin. Air liur yang terasa payau, aku teguk secara paksa. Mak I, ni memanglah baju tidur. Tapi kain tak cukuplah pula. Aku capai baju tidur satin yang lain. Sama saja. Semua berkonsepkan tak cukup kain. Seksi sangat.

Aku toleh ke belakang apabila terdengar tombol pintu cuba dibuka. Gelabah. Nak pakai ke baju ni? Dah beli dah kalau tak pakai sayanglah. Lagipun, aku seorang saja yang boleh pakai. Iyalah, baju tidur perempuan. Haezril pakai sekalipun takkan nampak seksi. Seksa mata adalah. Ah, nak pengsan.

"Lea, awak kat dalam ke?"

"Ha'ah, Hez. Kejap eh. Saya tengah cari baju."

Tak ada pilihan lain, aku capai juga satu gaun tidur satin berwarna merah jambu lembut. Siap saja mengenakan pakaian itu, aku berdiri di hadapan cermin besar. Baju ni memang dicipta untuk melekat dekat badan ke apa? Siapalah yang reka benda-benda pelik macam ni? Lantaklah. Paras atas lutut pun jadi. Asalkan aku tak kena keluar berkemban dengan kain tuala.

Walau bagaimanapun, aku tetap menggunakan jasa baik tuala untuk menutup bahagian dada dan leherku yang terdedah. Fuh! Selesai satu masalah. Boleh tahan bijak juga otak aku waktu-waktu genting macam ni.

Pintu aku buka.

"Aaa!" Aku terkejut. Jantungku meloncat. Mana taknya, buka pintu saja terus nampak Haezril berdiri tegak di muka pintu. Mata kami bertentangan seketika sebelum mata Haezril meneroka sesuatu yang nyata halal buatnya. Pipiku membahang. Mama, nak balik!



"ERM... Awak.... Eh, Lea. Jom makan sekali. Saya dah hidangkan spaghetti yang awak masak tadi." Tergagap aku berbicara saat terlihat tubuh Azalea yang hanya mengenakan gaun tidur yang nipis dan singkat. Potongan tubuhnya usah dicakap, masih menggiurkan seperti malam pertama kami. Ikutkan hati, nak saja aku kucup pipi kemerahannya. Aku tahu, dia turut berkongsi getaran yang sama.

"Oh, okey. Kejap saya nak keringkan rambut. Awak pergilah dapur dulu." Azalea cepat-cepat meluru ke meja solek bersama lilitan tuala yang menutupi leher dan dadanya.

Aku menyembunyikan senyum. Terhibur dengan gelagat Azalea yang nampak tak tentu hala. Sekejap pegang botol ini, sekejap pegang botol itu. Habis terjatuh segala alat solekannya yang tersusun di atas meja solek.

Telefon yang tadinya dicas, aku capai. Melabuhkan punggung di birai katil. Sengaja nak tunggu Azalea bersiap. Biasalah, perempuan. Banyak betul agenda tersusun lepas mandi. Berbeza dengan lelaki. Tahap paling rajin pun pakai baju dan seluar saja. Belum lagi malas. Kalau malas, baju pun belum tentu dipakai.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now