Prolog

13K 434 11
                                    

MALAM terlihat begitu indah, dihiasi makhluk ciptaan Yang Esa. Bintang berkedipan. Bulan menonjolkan diri. Tapi sayang, keindahannya hanya dilihat orang lain, namun tidak pula Azalea. Bunyi enjin mengaum kuat di jalan membuatkan dia tidak dapat fokus pada kerjanya. Dia memandang kosong pemandangan kota yang dihuni puluhan ribu hamba Allah.

Setiap kali bersendirian, dia sering kali didatangi peristiwa yang telah menimpanya dua belas tahun yang lalu. Satu peristiwa yang tidak pantas dia lalui pada usia semuda itu. Dia terlalu mentah untuk menerima dan memahami apa yang terjadi.

Keluhan demi keluhan terpacul keluar dari bibirnya. Yang pasti, dia tak mampu untuk merubah apa-apa. Perkara sudah berlaku. Nasi pun sudah menjadi bubur. Dua belas tahun berlalu, dah basi agaknya.

Apalah yang dia sedang buat sekarang ni? Hati Azalea berbicara. Soalan yang masih dia tanyakan saban hari.

Ada satu hati yang telah dia lukai suatu ketika dulu. Sebab itu, hati Azalea acap kali dihuni rasa bersalah. Dia tak tahu macam mana nak pohon kemaafan, kerana dia tahu, orang itu tidak akan menerima permohonan maafnya. Setiap bait kata-kata insan itu masih segar dalam ingatan Azalea. Menjadikan dia takut. Takut hari itu akan berulang lagi.

Jikalau Allah berikan dia peluang untuk merawat hati yang telah dia sakiti, dialah insan yang paling beruntung. Dia nak teruskan hidup tanpa dihuni rasa bersalah lagi. Sudah lama dia impikan ketenangan, bukannya dihantui kenangan.

Malangnya, mampukah dia bertemu dengan insan istimewa itu lagi? Kerana yang Azalea pasti, orang itu sudah lama membawa diri. Terlalu jauh. Jauh dari bumi Malaysia.


Opening hehek. Bab 1 akan dikongsikan tak lama lagi! Thanks for reading. Nina ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua siap2 ya! Semoga sekecil-kecil ibadah yang kita lakukan diterima oleh-Nya. Amin ya rabb <3


Don't forget to vote, comment and share!


Love,

Nina Fini

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now