Bab 18 ~ Nice ~

13.5K 531 31
                                    

"ERMMM..." Dahiku berkerut. Keindahan lenaku terganggu dek suara ayam menyalak. Entah makhluk Allah mana yang pasang alarm ayam berkokok serupa siren ambulans. Bingit. Aku mengeliat semahuku. Membetulkan segala kedudukan otot dan saraf.

Baru saja hendak bangun, terasa ada tangan terletak di pinggangku. Hampir sahaja aku melompat dari katil. Kus semangat! Mana pernah seumur hidupku bangun bersama tangan asing di tubuhku.

"Ya Allah... Macam mana boleh lupa. Aku dah kahwin semalam." Aku mengurut dada. Nasib baik ingatan cepat kembali ke alam nyata. Kalau tak, habislah wajah kacak Haezril dapat tumbukkan percuma.

Tangan sasanya yang mengelilingi pinggangku, cuba aku angkat. Keningku terangkat. Kenapa tangan dia sejuk sangat? Macam orang baru lepas mandi. Dahinya juga kelihatan sedikit basah. Demam ke? Tanganku laju menyentuh dahinya. Tak ada tanda-tanda orang demam pun. Lehernya aku sentuh juga. Masih sama. Tak panas.

"Am I that attractive?" soal Haezril dengan mata tertutup rapat.

Aku menjulingkan mata. Lengannya aku tolak.

"Perasan! Siapa cakap? Pak cik sebelah rumah saya lagi handsome." Aku tak mahu mengalah.

"Rendahnya taste awak..." Haezril berbicara malas dengan suara serak basah. Pipiku membahang. Memikirkan ini kali pertama telingaku disapa suara Haezril baru bangun tidur. Sangat menggoda.

Okey. Lebih baik aku solat subuh.



SELEPAS selesai menunaikan tuntutan agama, aku menoleh ke katil. Haezril masih lena diulit mimpi. Langsung tak berganjak. Macam patung dekat muzium. Habis satu badan dia tutup dengan kain selimut.

"Hez..."

"Haezril, solat subuh cepat."

"Hez... Subuh anak gajah obes dah ni. Cepatlah bangun. Bukannya awak period pun. Bangunlah!"

Sepuluh minit berlalu, Haezril masih tidak menunjukkan tanda-tanda orang nak bangun. Tiada pilihan lain, tubuhnya aku goncang. Rengusan dan rungutan aku langsung dia tak endah. Badan dia satu inci pun tak bergerak. Sakitnya hati.

Huh. Dah macam gerak mayat hidup!

Segala usahaku sia-sia. Buang air liur basi dan tenaga saja. Penat. Kalau ikutkan nafsu serakah amarah aku ni, dah lama aku simbah wajahnya dengan air sejuk segar dari peti sejuk. Tapi itulah. Takut pula jadi perang besar-besaran antara aku dan dia. Perang lama pun belum pulih, nak ditambah yang baru. Tak rajin aku nak tambah dosa pagi-pagi.

Jam sudah menunjukkan pukul tujuh pagi. Aku pasrah. Hanya mampu berdoa kepada Allah agar pintu hati Haezril tergerak untuk berubah dan kembali kepada-Nya. Aku sudah lakukan terbaik sebagai isterinya. Lembut tak jadi, garang lagiah tak dibuat peduli. Setelah melipat telekung dan sejadah, aku kembali ke sisi Haezril. Aku letak kepala sekejap. Duniaku kembali gelap gelita.



MATA aku buka perlahan-lahan setelah mendengar bunyi orang menaip. Aku pegang kepala yang terasa berpinar. Dah berapa lama aku tidur? Cahaya mentari sudah menerangi bilik hotel. Menandakan pagi tak lagi muda.

"Wake up already?"

Kepalaku meliar mencari gerangan pemilik suara.

"I'm here," ucap Haezril dengan suara yang lebih kuat.

Sejurus itu, mataku menangkap satu tubuh yang hanya mengenakan bathrobe berwarna putih. Mood aku terus terbantut. Besar kecil saja aku tengok Haezril sibuk menaip sesuatu pada keyboard laptop berjenama buah epalnya. Bukan itu sahaja, makin berdarah mata aku lepas ternampak helaian dokumen di sisi lelaki itu.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now