Bab 15 ~ Dump ~

12.5K 496 29
                                    

KECOH keesokan harinya dengan berita mengenai aku dan Haezril. Tak tahulah siapa punya kerja. Tapi yang aku pasti, Haezril takkan sesekali membuka aibku. Dia bukan kaki canang keburukan mahupun kekurangan orang lain.

"Lea, betul ke apa yang akak dengar? Ada orang cakap kamu melamar Mr Hakimi semalam." Itulah ayat pertama Kak Izzah yang menyapa corong telingaku sebaik saja aku melangkah masuk ke pejabatku.

"Hah?"

"Dah kecoh satu office ni, cakap kamu kena dump dengan Mr Hakimi. Lea tak tahu ke?"

Aku menggelengkan kepala tanpa sebarang reaksi.

Otak aku serta-merta alami komplikasi untuk hadam maklumat tersebut. Sudahlah semalam tak dapat tidur dek kejutan tak masuk akal daripada mama abah. Hari ni, nak hadap pula gosip orang mengenai diriku. Dah tak ada orang lain ke yang nak digosipkan? Artis dekat serata dunia ni bersepah kut.

Yang aku paling hangin, sejak bila pula aku kena dump dengan Haezril? Tolong sikit. Tergantung sepi dan kena dump ialah dua makna yang berbeza.

"Kalau akak tahu siapa yang sebarkan, memang akak staple terus mulut murai dia," bebel Kak Izzah menahan geram.

Keluhan penuh kepenatan, aku lepaskan. Banyak betul dugaan menimpa aku dalam masa terdekat ini. Benar-benar menguji kecekalan hatiku. Hanya Allah tempat aku berharap. Dia sahaja yang dapat membantu aku untuk terus tabah.

"Kau tengoklah minah tu. Tak padan dengan baru masuk kerja, dah ada hati nak try Mr Hakimi kita. Tak tahu malu langsung!" kata Ayu kuat. Cukup kuat untuk aku dengar.

"Perempuan murah memang macam tu. Malu dah tak ada. Kesian... Kena tolak on the spot huhu," tambah Hani pula bersama gelak nyaring bak Mak Ponti nak terberanak.

Wajahku membahang, menahan malu dan marah yang hampir mengenai puncak kesabaranku.

"Budak-budak ni memang..." Kak Izzah sudah membuka langkah kuda untuk menyerang. Aku lantas menarik tangannya. Geleng. Cari masalah saja kalau nak berurusan dengan mereka. Orang bila dah benci, pakai minyak wangi pun dikatakan busuk. Bukan isu hidung tersumbat, tetapi hati yang dipenuhi hasad dengki.

"Biar akak ajar sikit diorang tu Lea. Mulut macam longkang tak cuci!"

Aku geleng lagi.

"Biarlah orang nak cakap apa pun dekat saya. Malas nak layan. Tak siap kerjalah jawabnya kalau nak tutup mulut orang."

"Kesian mak bapak dia tak pandai didik anak. Tu yang jadi macam tu. Pakai je tudung tapi murah! Belajar tinggi-tinggi pun tak guna kalau last sekali jadi perempuan tak ada maruah," bicara Ayu dengan lantang. Kali ini, Ayu menguatkan lagi suaranya sehingga staf lain yang berada di situ turut memalingkan wajah mereka padaku.

Tubuhku berapi. Aku hentak kuat cawan kaca yang aku genggam. Perempuan ni memang sudah melampau. Aku paling pantang kalau orang guna nama mama abah untuk menghinaku. No one insults my parents. If anyone did, they're asking for trouble.

"Habis mak bapak kau ajar kau mengutuk orang ke?" Aku berdiri tegak berhadapan Ayu. Sekarang, Kak Izzah pula yang memegang tangan aku.

"Eh kutuk apanya. Aku cakap benda betullah. Siapa yang cakap 'marry me' dekat Mr Hakimi semalam? Lepastu, ada hati pula nak panggil Mr Hakimi tu Haezril. Kau ingat Mr Hakimi tu kawan kau ke?"

Aku mengetap kuat gigiku. Tertanya firasatku memang tepat. Ayulah orang yang menyebarkan cerita buruk mengenai aku.

Pang! Seperti dirasuk hantu, aku menampar kuat wajah Ayu sehingga bergegar kepalanya. Kesabaranku sudah berada di puncak yang tertinggi. Dia ingat aku ni sampah yang boleh dia jijak sesuka hati?

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now