SETELAH menyimpan semua buku dan barang-barang, aku tercegat depan meja. Cuba menyelesaikan masalah yang langsung tidak menampakkan bayang-bayang solusi. Masalahnya kecil saja. Aku nak ke kelas tambahan yang akan diadakan di sekolah esok pagi. Tapi mama dan abah dah rancang nak balik kampung. Siap ajak bermalam lagi. Padahal, sebelum ni, tak pernah pun rajin nak menginap dekat sana.
Huh, asal aku ada kelas saja, semua umat manusia jadi rajin terlebih.
"Kau tengah fikir apa ni Lea? Dah sampai planet Pluto yang hilang tu agaknya." Hana bersuara sambil menutup zip beg. Aku pandang wajah Hana tanpa berkelip. Manalah tahu kalau muka Hana boleh dijadikan sumber inspirasi. Walaupun aku tahu yang Hana takkan dapat selesaikan masalah aku. Kalau bab-bab nak tambah masalah, dialah juara.
"Weh, macam mana ni? Aku nak joinlah kelas tambahan esok. Sayanglah kalau tinggal. Ada sesi teknik jawab soalan exam kut." Aku merengek.
"Habis tu kau buat muka bunga tahi ayam ni apesal? Datang jelah esok. Tu pun susah?"
Aku merengus. Kalau solusi semudah tu, tak adalah aku meroyan macam mak hilang anak.
"Tapi masalahnya sekarang ni, mama aku dah plan nak balik kampung petang ni. Kalau kejap tak apalah. Ni tak, aku kena stay sana sampai malam esok. Habis aku nak pergi macam mana? Tak pergilah jawabnya," rungutku, tak puas hati. Punah harapan nak ke sekolah esok.
Hana mengangguk-anggukkan kepalanya. Ala-ala puan tanah nak jual aset.
"Apa susah?"
"Apa yang senangnya? Tengah susahlah ni," bidasku. Aku tak sedap bila ternampak senyuman bahagia meniti bibir Hana. Dia bukan boleh percaya sangat. Kalau nak buat kerja gila, dia buat saja. Tak fikir dah yang kegilaan dia boleh menggilakan aku sekali.
"Apa kata kau tidur dekat rumah aku? OMG, I'm such a genius! Jomlah, Lea! Dah lama rumah aku tak ada tetamu." Hana buat lompatan kanggaru. Siap ayun-ayunkan lengan aku lagi. Tabiat aneh Hana setiap kali nak buat masalah.
Aku geleng berkali-kali. Minta simpang. Genius? Itulah idea orang genius yang paling tak bernas yang aku pernah dengar. Nenek sebelah rumah aku pun dah lama fikir.
"Ini kau kata genius? Ini takat level Nia je. Tak naklah aku. Segan." Perasaan janggal hadir tanpa diundang. Lepas dah tahu yang Haezril ialah abang Hana, memang aku dah pasang niat untuk tidak sama sekali menjejakkan kaki ke rumah Hana.
"Ala, jomlah! Mummy dengan daddy aku ada kerja dekat luar negara. Pasal Abang Hez, kau jangan risau. Dia tu jenis terperap dalam bilik je. Kalau rajin sikit pun, dia lepak dengan kawan-kawan dia. Tak ada hal punya!" pujuk Hana dengan muka minta penampar.
Aku tetap geleng. Semua dah lampu hijau. Cuma part Haezril tu yang aku tolak tepi. Tak berani nak ambil risiko. Nanti yang nak tanggung muka bak bunga tahi ayam, aku juga. Tak tahu kenapa, setiap kali aku bertemu dengan Haezril, lebih banyak benda buruk terjadi berbanding perkara baik.
"Balik ni, aku call mama kau okey? Pastu, petang ni aku jemput kau. Be prepared! Yeay!" ucap Hana laju tanpa mempedulikan omelanku. Sejurus itu, dia menggalas begnya dan terus berambus seperti Nina Saga.
Mataku berkedip beberapa kali, cuba membayangkan apa pula yang akan berlaku lepas ini. Yang aku pasti, kalau Hana telefon mama, kemungkinan untuk dapat lampu hijau teramatkan besar. Macam mana aku boleh bertabah dengan minah ni? Angkara dia, tangan aku rasa gatal saja nak cekik orang.
TERKEJUT. Hanya satu perkataan itu yang menggambarkan perasaanku. Tak lekang mataku melihat pemandangan luar biasa di hadapanku. Aku pandang Hana dan rumah agam itu silih berganti. Susah nak percaya kawan mulut tak berinsurans aku tinggal di rumah semewah itu.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...