Bab 16 ~ I love you ~

13.7K 516 31
                                    

"KENAPA awak nak bertunang dengan saya?" Aku bertanya. Mencari ketulusan di sebalik anak mata hitam pekat Haezril. Sejujurnya, aku takut. Takut dia sekadar ingin mempermainkan perasaanku. Dia ada seribu satu alasan untuk membenciku. Tapi, kenapa jalan ini yang dia pilih?

"Sebab awak sukakan saya." Jawapan selamba badak air Haezril membuatkan telingaku berasap. Kalau ada dulang dekat sebelah aku, memang dah lama aku hempuk atas kepala lelaki beku ni.

"Tu je? I'd like to know your reason, not mine," soalku lagi. Cuba mendapatkan penjelasan di sebalik keputusan Haezril. Setidaknya, aku tahu kenapa dia ingin berkahwin denganku. Perkahwinan buka perkara yang boleh dibuat main.

Dalam masa yang sama, kami terarah pada para photographer tak bertauliah yang kebanyakannya datang daripada kaum kerabat. Semua sibuk nak tangkap gambar kami selepas majlis pertunangan selesai.

"Kenapa? Awak menyesal ke?"

"Hah? Tak, of course no... Tapi Hez, perkahwinan bukan macam anak patung yang kita boleh kenen-kenenkan... Kalau boleh, saya nak berkahwin sekali je, dengan lelaki yang sayangkan saya."

"But... You do love me."

"Fahamkan ayat saya, Hez. Saya nak bersama dengan lelaki yang sayangkan saya." Aku menekan perkataan 'sayangkan' agar dia dapat memangkap makna sebenar kata-kataku.

"Awak cakap haritu yang awak boleh ubah saya kalau kita kahwin. That's the main reason why we have to get married. Other than that, don't ask me. I don't have the answer," bicara Haezril dengan riak persis robot.

Aku terdiam sejenak.

Kata-kata yang aku lontarkan dulu dah makan diri sendiri. Nak kahwin hanya semata-mata kerana aku boleh ubah dia? Gila. Itu pun belum tentu berjaya. Kalau perangai dia masih macam ni, suruh ustaz talkin tepi telinga pun tetap sama. Perubahan juga perlu datang dari diri sendiri. Bukan sekadar mengharapkan bantuan orang lain.

"We need more time, Haezril. To get to know each other. To develop chemistry and understanding. Not like this. This is way too fast."

"Well, I can't wait any longer. You need to prove it to me, all your promises. Twelve years were more than enough. We don't need any extra time," ucapnya tenang.

Wajahku bertukar masam. Alasan dia tak boleh diterima akal langsung. Kalau tak suka, kenapa tak tolak? Dia ingat aku ni bahan eksperimen yang dia boleh pakai untuk ubah diri dia macam tu je? Aku ni akauntan, bukannya penyelidik.

Baru sahaja aku nak membidas, wajah Haezril didekatkan padaku.

"Aa...apa awak cuba buat ni?"

"I love you," tutur Haezril selamba, tanpa rasa malu mahupun segan.

Aku terpaku sendiri. Bahang di pipiku kian terasa. Susah nak percaya apa yang aku dengar. Dia ni, sah memang dah gila. Sanggup buat apa saja untuk jayakan rancangannya. Dasar ketua segala buaya.

"Ehem ehem..." Beberapa orang saudara-mara yang menjadi saksi pengakuan psikotik Haezril mula tersengih-sengih. Ada juga yang mengusiknya.

Tak banyak cakap, Haezril sekadar membalas usikkan mereka dengan senyuman mahalnya. Dia boleh senyum waktu-waktu genting macam ni? I really can't understand this guy!



DOKUMEN di atas meja, aku periksa buat kali terakhir. Sudah seharian aku menganalisa data yang sama. Sahih. Jawapan yang aku peroleh juga kekal sama. Malah, tak ada langsung yang berubah.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now