KAMI semua mendiamkan diri. Menunggu Syaza diperiksa doktor-doktor yang bertugas. Aku mencuri pandang Haezril di sisiku. Dari tadi dia langsung tidak membuka mulut. Zip sehabis rapat. Aku ada buat salah ke tadi? Aku bagi isyarat mata buat Chan yang asyik termenung dari tadi. Bertanya tentang Haezril yang diserang angin monsun.
Chan turut memandang Haezril yang membisu.Bahu dijongket. Muka dia pun boleh tahan blur. Aku meraup wajah. Malas nak melayan perasaan, aku bangun. Nak melawat ke kafe berdekatan yang masih buka. Lapar. Baru saja beberapa langkah, tangan aku disambar dari belakang.
"Nak ke mana?" tanya Haezril.
"Saya lapar."
"Habis kenapa tak cakap?"
"Dahlah Hez, saya dah malas nak gaduh dengan awak. Awak pun macam meluat je dengan saya." Air mataku bertakung. Suara bertukar serak. Setiap kali kami baru sahaja nak bermesra semula, mesti akan ada saja benda tak baik berlaku. Terutama sekali, salah faham.
Tak membalas kenyataanku, tangan aku ditariknya. Membawa aku ke satu ruang yang sunyi. Terlindung daripada pandangan orang lain.
"Look at me." Haezril mula mengarah dengan suara diktatornya.
Tubuhku membeku. Aku masih berkeras menundukkan wajah. Haezril kemudian menarik tanganku merapatinya. Dada kami bertembung. Dia menyentuh daguku, didongakkan sehingga anak mata kami bertaut.
"Look at me, deep into my eyes." Haezril berbisik.
Kemahuannya aku turuti. Merenung tajam ke dalam anak mata yang aku gilakan sejak dulu lagi. Anak mata yang paling menawan.
"Saya tak meluat tengok awak, sweetheart. I was too afraid. Afraid of losing you. Dah banyak kali awak bahayakan nyawa awak. Awak sedar tak? Dulu waktu Chan bagi tahu saya yang awak masuk hospital, jantung saya nak pecah. Belum ditambah lagi bila saya tahu yang awak gugur dan baby kita tak dapat diselamatkan. Tengok awak menangis, awak tahu tak bertapa luluhnya hati saya? Tolonglah, jangan bahayakan nyawa awak lagi, hmm?"
Aku angguk perlahan. Rasa bersalah menghenyak tangkai hatiku.
"Bayangkan awak dekat tempat saya tadi. Saya jawab call then tiba-tiba saya terdengar suara lelaki. Kalau saya terlambat beberapa saat, mungkin pisau tu dah tikam awak. Rasa sayang saya untuk awak, awak tak rasa ke? Dari dulu sampailah sekarang, rasa meluat tu tak pernah hadir, Lea. Walaupun saya cuba, Allah dah anugerahkan rasa sayang dan cinta ni untuk awak. I beg you, please stop talking that way."
"Hez..." Aku kehilangan kata.
"Please don't put yourself in danger, sweetheart. Because when you're hurt, I'm hurt even more."
Tangan Haezril mengelilingi pinggangku sebelum tubuhku dibawa ke dalam pelukan hangatnya. Tubuh kami bersatu. Lama. Tak ada yang terasa lebih selamat daripada berada dalam dakapan dan sentuhannya.
"Maafkan saya, Hez. Saya janji, saya takkan risaukan awak lagi. I'm sorry."
Haezril merungkaikan pelukan kami. Hidungku dicuit manja.
"Mak cik kuat merajuk!" Dia mengejek. Tersenyum lebar sehingga menampakkan susunan gigi putih bersihnya.
Tawaku bergema. Hatiku tercuit dengan riak yang terpapar di wajahnya. Ruang di sekeliling kali, aku perhati. Lengang. Logiklah kalau tak ada orang lalu lalang. Jam pun dah hampir menginjak tiga pagi.
"Cari siapa?" tanya Haezril. Memandangku aneh.
Aku hanya tersengih sambil menggelengkan kepala. Tali lehernya aku tarik, sehingga tubuh Haezril terdorong pada tubuhku. Matanya membesar. Barangkali terkejut dengan tindakan asingku. Sebelah tanganku melingkari lehernya, kaki aku jinjat.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...