TERGULING-GULING tubuhku di atas katil. Baru siap mengemas segala barang-barang aku dan Haezril. Datang seorang, balik berdua. Makin banyaklah beban-beban dunia yang harus aku tanggung. Itu belum dicampur dengan segala cenderahati yang diborong. Melampau sangatlah kalau tak bawa balik apa-apa untuk keluarga dan sahabat handai. Nanti dikatakan 'jual ikan' pula. Selfish.
Haezril yang tampak sibuk memeriksa Ipadnya, aku pandang sekilas. Huh! Macam dia saja yang sibuk. Nak terburai otakku memikirkan strategi nak memuatkan segala harta benda yang dibelanja ke dalam beg. Nasib baik otak geniusku teringat nak beli bagasi baru semalam. Kalau tak, jenuh nak sedekah barang-barang yang tak mampu dibawa balik.
"Ergh!" Aku bersungut. Bosan! Haezril kalau dah mula layan kerja, sekali dengan aku dianggap tak wujud. Pura-pura buta terus.
"Kenapa? Asyik merungut je dari tadi. Rasa macam kahwin dengan budak-budak bawah umur je." Haezril membuka mulut setelah lama memegang watak orang bisu.
Mataku mencerlung tajam menikam wajah segarnya. Mentah-mentang baru lepas mandi, ingat handsome sangatlah tu?
"Apa? Mana ada saya budak-budak," bidasku. Tak puas hati. Lepas apa yang dah terjadi, aku masih dianggap budak-budak? Huh! Tak masuk akal langsung.
Senyuman mengejek terpamer jelas di wajah Haezril.
"Manja, pemalu tahap gaban, kuat merengek, selalu nangis, suka benda comel-comel dan kaki sesat. Ni bukan perangai budak-budak ke?"
Berasap tubuhku mendengar kata-kata berunsur sindiran itu. Badan aku alih ke arah Haezril masih asyik duduk bersilang kaki di sofa berdekatan. Wajahku mencuka.
"At least perangai saya macam budak-budak je. Awak tu lagilah teruk, pengembala kambing paling berjaya!" Puas hatiku melihat reaksi Haezril. Ternganga dia melihatku. Biar padan dengan muka tampan dia tu.
"Awak kan beli saya. Lepas tu bagi saya makan dengan tempat tinggal. Tapi itulah, jarang-jarang sangat nak datang melawat. Ambil peduli pun tak. Ni bukan pengembala kambing ke? Ataupun saya rasa pengembala kambing lagi sayang kambing diorang daripada awak sayang isteri awak. Betul tak?" Perlian sepedas Ghost Pepper Ramen, aku lontarkan.
Haezril bangun. Rambutnya yang masih basah itu disikat ke belakang dengan jari-jemari panjangnya. Membuatkan aku terpegun seketika. Tak sedar entah bila dia menempah tempat di sisiku.
"Tak tahu pula pengembala kambing suka buat macam ni dekat kambing dia..."
Tanpa sebarang amaran kecemasan, bibirku berpaut dengan bibir lembap milik Haezril. Terbeliak mataku. Terkejut dengan tindakan berani Haezril. Wajahku serta-merta membahang.
"Eeee... Awak ni! Dahlah, malas saya nak layan awak, Encik Hakimi. Tepi sikit, saya nak ke tandas." Dada bidangnya, aku tolak. Ingin membuka langkah ke bilik air. Tak sempat aku nak bangun, kedua belah pergelangan tanganku dicengkam kejap. Bukan itu saja, pergerakan kakiku turut dikunci. Sedar-sedar saja, belakang badanku bertemu katil. Aku ditindih tubuh sasa Haezril.
Cemas. Peluh dingin memercik di dahi. Dia ingat aku ada masa nak main-main ke sekarang ni?! Nafasku kian semput.
"Hezzz... Lepaslah! Awak ingat lawak ke? Saya nak pergi buang air!" Pelbagai cara aku buat untuk melawan. Tak berhasil. Cenggaman Haezril terlalu kuat. Tubuhku masih tercegat. Malah, seinci pun tak goyah. Rahangku dah terketar. Menahan geram dan bengang yang teramat. Rasa nak cakar-cakar saja kulit muka Haezril.
"Haezril Hakimi?! Pleaselah, saya nak ke tandas ni. Sumpah, emergency." Suaraku mengendur. Merayu. Apa dia ingat panggilan alam ni boleh delay macam kapal terbang ke?
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...