Bab 20 ~ Understand ~

12.5K 534 34
                                    

"PUAN AZALEA, Mr Hakimi nak jumpa." Seperti hari-hari sebelumnya, Haris hadir bersama misi besar. Bawa aku jumpa majikan kesayangannya. Nama pun pembantu peribadi, itulah kerjanya. Ke hulu ke hilir mewakili majikannya.

"Untuk apa ya?" Aku bertanya. Menginginkan kepastian.

"Mr Hakimi nak discuss tentang cawangan Ineffable Restaurant di Indonesia."

Aku mengangguk faham. Fail kewangan cawangan Ineffable Restaurant di Indonesia aku periksa sekali lalu. Puas. Lagipun, aku tak risau sangat. Baru sahaja beberapa jam lepas aku siapkan laporan kewangan tersebut bersama salah seorang akauntan kepercayaan Haezril.

Tok tok tok!

Pintu pejabatnya, aku ketuk beberapa kali. Tak ada respons. Lantaklah dia nak cakap apa, aku tetap menembus masuk. Sekeliling dekorasi pejabat itu aku teliti, rasa nostalgia. Walhal, baru seminggu tak masuk ke situ. Mataku terhala ke meja pejabat Haezril yang tidak berpenghuni. Mana dia pergi?

Oh, itu dia!

Dia tengah duduk di sofa bersama taburan dokumen di atas mejanya. Yang geramnya, dia tak pula hadap kertas kerjanya. Haezril bersandar di sofa bersama mata yang tertutup rapat. Jam di pergelangan tanganku menunjukkan pukul empat petang. Hish, orang suruh tidur dekat rumah, dia tergedik-gedik juga nak datang kerja. Kan dah penat.

Aku mengorak langkah ke sofa, mengambil tempat di sebelahnya. Haezril tersedar. Hatiku tersentuh melihat kerutan di dahinya.

"Kenapa datang kalau awak tu belum betul-betul cukup rehat? Nanti kalau sakit siapa susah?" bebelku. Tak kuat aku kalau tengok dia dalam keadaan begitu. Nampak letih dan tak bermaya. Riak tenang saja tak mampu nak tutup kepenatan di matanya.

"I'm okay. Just working on some simple tasks." Dia menegakkan postur tubuhnya. Bersedia memulakan sesi perbincangan denganku. Mengeluh. Cakap dengan Haezril boleh diibaratkan macam mencurah air ke daun keladi. Membazir air liur saja.

Lama hatiku terdetik sesuatu. Kenapa dia langsung tak tanya pasal Azim? Dia langsung tak berminat nak tahu ke? Takkan dia tak rasa apa-apa kut? Ceh, tadi gaya macam samseng nak isytihar perang. Sekarang tak pula. Tak faham betul aku dibuatnya.

Aku susun longgokan kertas kerja Haezril di atas meja.

"Ni financial report untuk branch Indonesia." Aku serahkan padanya. Haezril membelek dokumen tersebut. Bunyi cengkerik mula kirim salam. Menunggu si dia menghabiskan bacaannya. Mata tajamnya meneliti setiap muka surat laporan itu. Haezril kalau dah fokus, letak lipas dalam tangan dia pun dia tak tahu. Aku yang lari dulu.

"Brilliant."

Muka pasrah aku tayang. Punyalah beruban aku tunggu, itu saja yang keluar dari mulut dia. Pigidah! Degupan jantungku memalu manja apabila dia memandang wajahku lama. Rasa tak senang duduk menjengah.

"Ehem... Ermm..." Aku bermain dengan vokal kordku. Adalah dengar macam katak nazak tercekik nyamuk.

"Saya nak inform Mr Hakimi yang Encik Amin call saya tadi. Dia nak minta tambah pekerja since baru-baru ni diorang terima complaint daripada customer sebab makanan sampai lambat."

Pelik ya amat. Haezril baru tak sampai 24 jam dari Indonesia. Kenapa Encik Amin, selaku pengurus di situ tak cakap terus-terang dengan Haezril dekat sana? Saja nak kacau husband aku sampai ke Malaysia. Aku debik karang.

"Four chefs and ten waiters are not enough? Is he kidding me?" Haezril mula berucap dengan aksen British yang pekat. Jarang sekali lelaki itu mengeluarkan aksen itu. Kecuali dia benar-benar tak sedar. Oh my, I love his British accent.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now