Bab 1 ~ Tenang ~

24.2K 590 27
                                    

"AWAK dah fikir masak-masak?" soal Encik Hamid buat kali kedua. Matanya terhala pada surat perletakan jawatanku. Membaca setiap isi kandungan yang aku tulis. Ada riak kecewa tertera pada wajah lelaki itu.

"Ya, Encik Hamid. I'm so sorry to disappoint you."

"Well, I'm quite disappointed. But what to do, I know the fact that I can't own my employees forever," kata Encik Hamid dengan riak tenang.

Aku angguk perlahan. Sejujurnya, aku dah banyak terhutang budi dengan Encik Hamid. Sejak aku diterima masuk ke syarikat ini, dia yang tak pernah jemu mengajar sehingga aku mampu untuk menjadi seorang pekerja yang berguna.

"Terima kasih untuk segalanya, Encik Hamid. Banyak pengalaman dan ilmu yang saya belajar dekat sini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa encik."

"Sama-sama. Nanti kalau dah kahwin, jangan lupa jemput saya ya," usiknya.

Aku tersenyuman nipis. Dah masak sangat dengan usikan Encik Hamid.

"Lambat lagi, encik. Sanggup ke nak tunggu kad jemputan saya? Kena tunggu Malaysia turun salji dululah jawabnya." Aku berseloroh.

"Eh, siapa tahu, entah-entah lagi dua tiga bulan saya dapat kad jemputan. Kuasa jodoh ni kita tak boleh predict macam ramalan cuaca tau. Kadang-kadang, makan masa yang sangat lama. Ada jugak orang yang perlu lalui bermacam ujian. Tapi jangan lupa, sometimes, it simply needs two people who are ready to enter married life," beritahu Encik Hamid bersama senyuman yang sarat dengan maksud tersirat.


DUA bagasi besar, aku capai. Ini saja yang aku mampu bawa balik. Selebihnya, aku optimumkan penggunaan khidmat penghantaran barang. Cepat, pantas dan tak perlu nak bermandi peluh bagai.

Life is easy duh!

Keluar saja dari kawasan arrival hall, mataku menangkap gerangan orang-orang yang aku cintai. Mereka menanti aku dengan senyuman manis. Entah kenapa, tiba-tiba aku berasa sebak. Langsung tak menyesal dengan keputusanku. Letak jawatan dan pulang ke pangkuan keluarga ialah keputusan yang terbaik! Well done, Lea.

"Lea!" Mama dan abah melaungkan namaku sambil melambaikan tangan.

"Kak Lea!" Dania turut melakukan perkara yang sama.

Mataku berkaca. Tak menyangka kepulanganku bakal disambut semeriah itu. Rasa macam balik raya pun ada. Sudah tiga bulan aku tidak bertemu mereka. Rasa rindu yang tak tertanggung ini, hanya Allah yang tahu.

Ayunan kakiku dipercepatkan. Tanpa berfikir panjang, aku lantas memeluk mama dan abah. Dania juga tidak melepaskan peluang untuk memelukku. Walau aku dan Dania boleh diibaratkan seperti Tom dan Jerry, tak sebulu, tapi kami tetap tak boleh dipisahkan.

"Balik pun! Apa punya kakak. Nak nampak batang hidung pun payah!" omel Dania dengan suara serak. Menahan air mata. Tangan kanannya mendarat di bahuku.

Aku mencebik.

"Eleh, marah ke rindu?" perliku. Menepuk perlahan belakangnya.

"Mama dah masak makanan favourite kamu. Dah, jom balik," ajak mama.

Mataku bersinar bak cahaya lampu bertemu permata.

"Mama masak apa?"

"Nasi ayam hainan." bisik abah bersama senyuman lebar.

"OMG! Nak nak nak!" Keterujaanku memuncak. Segala sel-sel tubuh yang mati pun hidup balik.

Tenang rasanya melihat semua ahli keluargaku tersenyum indah. Keluarga. Itulah nikmat yang terindah yang Allah anugerahkan dalam hidupku. Walaupun kadang-kadang kesabaranku diuji melalui mereka, tapi merekalah yang sentiasa ada bersamaku di kala susah dan senang.


Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now