Bab 43 ~ Hadiah ~

12.2K 496 13
                                    

BEBOLA mataku membutang. Tak percaya dengan apa yang aku lihat. Syaza? Inikah wanita yang aku kenal dulu? Ya Allah, besarnya kuasa-Mu. Perempuan yang dulunya sering mengenakan baju tak cukup kain, kini berubah 180 darjah. Syaza tampil manis dengan baju kurung moden dan selendang berwarna putih.

"Syaza!" Tak tahulah apa yang merasukku, aku menarik Syaza ke dalam pelukanku. Sungguh, aku terkejut yang teramat. Haezril langsung tak cakap apa-apa sewaktu dalam perjalanan ke situ. Yang aku tahu, kami bakal menghadiri majlis perkahwinan Chan, atau nama sebenarnya Farhan. Aku pun tak boleh nak brain kenapa orang menggelarnya Chan.

"Aku langsung tak tahu ni majlis kau dengan Chan."

"Aku saja nak surprisekan kau." Syaza tersenyum mengusik. Senyuman yang tampak jauh lebih indah berbanding dulu.

"Tahniah sebab betul-betul berjaya surprisekan aku. Congrats, Syaza. Aku doakan kau sentiasa bahagia sampai ke anak cucu cicit."

Sungguh indah perancangan Allah. Patutlah dulu bukan main Chan mengamuk dengan lelaki yang cuba nak buat perkara tak baik dengan Syaza. Dah serupa dirasuk hantu. Rupa-rupanya, ada bihun disebalik tomyam.

Kata Syaza, Chan yang banyak membantunya untuk berubah di saat dia tak ada sesiapa untuk bergantung selain Sang Pencipta. Chan juga yang kembalikan dia kepada Tuhan yang dia rindukan, sabar mengajar dia tentang ilmu agama Islam yang sebenar-benarnya.

Meskipun Syaza dibuang keluarga, namun dia nampak lebih bahagia. Melihat perubahannya yang tak disangka-sangka, aku sedar. Tak patut aku menilai seseorang berdasarkan masa silam mereka. Sama seperti Haezril. Kerana berkat pertolongan Allah, bila-bila masa saja, hati seseorang boleh terjentik hati untuk kembali kepada Penciptanya.



TERSENYUM sendiri aku menyentuh hadiah pemberian Syaza. Satu set pakaian bayi. Haih, dia yang kahwin, aku yang dapat hadiah. Ada saja cara dia nak menyakat, nak suruh aku mengandung cepat-cepat. Bila difikirkan semua, aku belum sempat bertemu dengan Dr Kirana. Kalau mummy tahu, mahunya aku disembelih buat sup. Esok-esoklah aku pergi.

Fikiranku menerawang, teringatkan perbualan aku dengan Syaza di bilik pengantinnya. Tanpa sedar, senyuman lebar terukir di bibirku. Rasa syukur dan gembira bercampur-baur.

"Kalau kau nak tahu, waktu zaman sekolah dulu kan, Hakimi tak buat apa-apa pun dekat aku."

Aku senyum nipis. Ya, aku dah tahu. Kerana kisah itu, hidupku dihantui rasa bersalah buat Haezril. Tapi aku diamkan saja. Membiarkan Syaza beritahu perkara yang sebenar. Aku nak tahu dari perspektifnya juga.

"Aku mula jealous dengan kau bila nampak perbezaan cara Hakimi layan kau dengan aku. Kalau fikir logik, mestilah aku geram, aku girlfriend dia kut. Kau tu budak library je. Tapi bila kau lalu depan kitorang, mata Hakimi mesti melekat dekat kau. Macam malaikat lalu. Senyap je dia tengok kau berjalan sampai tak ingat dunia. Dia langsung tak fokus apa aku cakap. Bukan aku je yang perasan, kawan-kawan aku yang lain pun tegur," luah Syaza.

Terkedu. Rupa-rupanya, banyak lagi yang aku tak tahu tentang Haezril.

"Lepas beberapa bulan dia jumpa kau, dia nak break dengan aku. Tak payah cakaplah, aku memang broken gila waktu tu. Budak mentah lagi kan. So, sebab itulah aku perangkap dia. Aku yang rancang semua, nak buat kau benci dengan dia. Waktu rancang benda alah ni, aku langsung tak terfikir kesan buruk lepas tu. Bodohnya aku."

Aku geleng. Tak salahkan Syaza sepenuhnya.

"Sayang sekali, cubaan kau nak buat aku benci dekat dia tak berjaya. Otak aku ni masih penuh dengan nama Haezril Hakimi."

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now