"AWAK nak cakap apa?" Aku bertanya setelah lama menyepi. Dari tadi, Haezril hanya membatu. Seperti berkira-kira nak buka mulut atau tak. Anak mata kami bertaut apabila Haezril mendongakkan kepalanya.
"Sweetheart..."
"Hmm..."
Haezril mengusap lembut pipiku. Panahan matanya sedikit sebanyak membuatkan aku berdebar. Tak tahu kenapa, baluri hatiku kuat mengatakan yang Haezril menghadapi kesukaran untuk meluahkan sesuatu.
"Ingat tak waktu awak datang rumah kita lepas pantang dulu? Waktu tu, mama ada suruh awak masuk dulu. Dia nak cakap something dengan saya."
Keningku terangkat. Cuba mengimbau kembali kenangan singkat itu.
"Yang mama nak kasi tahu awak macam mana nak jaga saya tu ke?"
Haezril angguk bersama senyuman ringkas.
"Waktu tu, saya ingatkan mama betul-betul nak ajar saya cara jaga awak lepas pantang. Tapi, mama tak cakap apa pun sebenarnya. Mama cuma cakap yang awak dah pulih dan dia suruh saya pastikan yang awak makan makanan yang berzat je."
Aku masih ingat, senyuman manis mama sewaktu dia melambaikan tangannya. Sungguh indah. Seolah-olah dia dah tahu yang dia akan tinggalkan aku. Yang lebih meruntunkan hatiku ialah, sehingga nafas terakhirnya, dia masih risaukan aku. Melawat aku di Ineffable Restaurant beberapa jam sebelum dia pergi. Bertapa besarnya kasih seorang ibu.
"Don't cry, sayang. Saya baru bagi mukadimah, awak dah nak nangis. Tak jadilah kalau macam ni," ucap Haezril dalam nada rajuk. Dia hapuskan air mataku yang bergenang.
"Okey, saya tak nangis dah. Tell me, Haezril. Please, saya nak tahu." Aku bertindak menggoncang tangan Haezril seperti kanak-kanak yang terdesak mahukan jawapan.
"Yang saya ingat, mama suruh saya sabar dengan ragam awak yang kadang-kadang agak tak matang. Mama minta maaf sebab ambil awak lama daripada saya. Waktu ni, saya cakaplah yang saya tak kisah pun. Pastu mama cakap, mama tak tahu bila pula mama dapat tengok muka anak mama. Saya terkedu waktu tu, ingatkan mama nak bergurau je."
Aku kalah. Tak mampu tunaikan janji terhadap Haezril. Mana mungkin aku membendung air mata. Segala cerita mengenai mama hanya membuatkan aku lebih menyayangi dan merinduinya.
Haezril menyambung bicara.
"Bukan tu je, mama tiba-tiba peluk saya. Sebelum balik, mama ada cakap lebih kurang macam ni..."
Dia tarik nafas panjang. Wajahnya tampak serius seperti sedang memproses kata-kata mama yang dia dengar hampir sebulan yang lepas.
"Lea anak mama, Hez pun anak mama. Jadilah suami isteri yang saling melengkapi. Tak ada pasangan yang sempurna, Hez. Mama dengan abah pun masih belajar untuk kenal sampai sekarang. Solat jemaah jangan tinggal supaya kasih sayang kekal utuh. Satu lagi, kalau boleh, mama nak minta Hez luangkanlah sikit masa untuk Lea. Perempuan ni Hez, hati kami lembut. Mama tahu Hez sayangkan Lea, tapi bila Hez tak ada dengan dia, dia rasa macam Hez tak sayangkan dia. Remember, girls love attention from their loved ones."
Aku terpempan. Mama dah tinggalkan petanda yang dia akan tinggalkan kami. Pelbagai pesan dia berikan buat aku dan Haezril. Kami yang tak sedar. Sebab selama ni, mama sentiasa ada disi di kala kami perlukan kata-kata dorongan. Pemergiannya bukanlah sesuatu perkara yang dijangkakan sesiapa. Lagipun, ajal itu rahsia. Tak ada siapa yang tahu.
"Basically, inilah apa yang mama cakap sebelum tinggalkan rumah kita," tambah Haezril lagi. Matanya berkaca. Menahan empangan air matanya daripada tumpah.
"She is such a great mom, Lea. Sekarang saya faham, macam mana mama boleh lahirkan anak sehebat awak. Walaupun mama dah tak ada, saya rasa macam dia dekat sangat dengan kita. Mungkin sebab apa yang mama dah didik awak, Dania dan Dzarul masih hidup dalam diri awak semua." Haezril mengukirkan senyuman manis. Pipiku dikucup perlahan.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...