Bab 35 ~ Kekurangan ~

14K 558 13
                                    

LENAKU terganggu apabila terdengar suara lantang seorang lelaki. Satu suara yang diselaputi nada amarah dan kesal. Perlahan-lahan, mataku terbuka. Tangan aku bawa ke bahagian bawah perut yang berdenyut. Kepala pun bukan main menyengat sakan. Aduhai, sakitnya...

"Kan aku dah pesan banyak kali, kerja korang berdua jaga Lea je. Takkan itu pun susah? Jaga seorang perempuan pun tak lepas ke? Habis aku nak harapkan apa lagi daripada korang lepas ni?!" jerkah Haezril kuat. Bergema segenap bilik. Bahuku pun terjongket sedikit dek terkejut dengan lantunan suaranya. Sebelum ni, Haezril tak pernah kedengaran seberang itu.

Aku dekat mana ni? Bila Haezril balik? Pelbagai persoalan muncul. Minta dijawab. Aku pandang sekeliling. Memproses apa yang telah berlaku. Ya, aku dah ingat. Sebaik sahaja Ed dan Chan munculkan diri, aku pengsan kerana rasa sakit yang tak terbendung.

"Maafkan aku, Hez. Aku dekat ke toilet waktu tu. Ed dalam kereta... Aku... Aku..."

"I don't need your damn excuses, Chan. Just please, when I told you to take care of her, I meant it. Looking at her in this condition, I just can't. It hurts me like hell," pinta Haezril dengan nada sayu. Suaranya tak segarang tadi. Kian mengendur.

Aku mendiamkan diri. Mendengar kata-kata Haezril dengan mata berair. Kalaulah Haezril tahu, bukan Chan dan Ed yang aku perlukan. Kehadiran dia di sisiku yang aku rindukan, aku mahukan. Itu dah lebih daripada cukup. Adanya dia dah menyempurnakan hari-hariku.

Pandanganku kemudian terhala ke pintu tatkala ia dibuka seseorang dari luar. Seorang wanita berbaju putih masuk ke dalam. Aku pandang wanita itu lama. Dia menayangkan senyuman lebar. Seolah-olah menyalurkan semangat. Dr Kirana? Ya, betul. Itulah Dr Kirana. Doktor peribadi keluarga Haezril.

"Azalea dah sedar?" soalnya sesudah mengambil tempat di sisiku.

Angguk. Membalas senyumannya. Haezril terus mendapatkan aku. Jari-jemariku yang bercalar, dia genggam erat. Wajahnya aku renung dengan riak tak percaya. Dapat menyentuhnya bagaikan menghidupkan kembali sel-sel tubuhku yang dah mati.

"Boleh saya bercakap dengan awak berdua saja?"

Chan dan Ed yang seakan faham, melangkah keluar meninggalkan kami dan Dr Kirana. Pilu hatiku melihat raut wajah risau dan penat Haezril.

"Macam mana dengan isteri saya doktor?"

"Okey. Apa saya boleh cakap, alhamdulilah, Azalea baik-baik je dari segi luaran. Cuma ada calar-calar sikit. Tak ada luka yang berisiko," bicara Dr Kirana dengan riak yang cuba diceriakan.

Yang pasti, ada sesuatu yang tak kena. Aku dapat rasakan hal itu. Debaran di dadaku kian menggunung. Luaran? Kenapa luaran saja?

"Maafkan saya. Kami dah cuba yang terbaik untuk selamatkan kandungan Azalea yang berusia dua minggu, tapi Allah lebih sayangkan dia."

Aku tergamam.

"Mak...maksud doktor, wife saya pregnant?" tanya Haezril yang nyata turut terkejut dengan kenyataan Dr Kirana.

"Ya, Hakimi. Kandungan Azalea masih awal, memang selalunya ibu hamil tak perasan. Azalea tumpah darah waktu dibawa ke sini. Mungkin sebab hentakkan yang terlalu kuat."

Tanganku menggeletar aku bawa ke mulut. Geleng. Tak percaya.

"Saya harap Hakimi dan Azalea banyak bersabar. Jangan risau, Azalea masih muda. Insya-Allah, ada peluang lagi untuk mengandung." Tangan kiriku, Dr Kirana sentuh seketika sebelum dia berlalu keluar. Memberi ruang untuk aku dan Haezril.

Suasana hening menjadi hiba. Air mata jernih menitis setitik demi setitik. Laju membasahi pipiku. Perut yang sudah tidak berisi aku sentuh. Pelbagai rasa menghenyak batinku.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now