"HAEZRIL Hakimi!" Sudah masuk kali ketiga aku mengazankan namanya. Tak muncul-muncul juga. Apa yang dibelek dari tadi pun aku tak tahu. Langsung tak pedulikan amaran aku. Orang cakap tak boleh buat kerja dekat rumah, dibuat juga. Itulah punca utama bila dipanggil tak menyahut. Sibuk benar dengan dunia kerjanya.
"Ya," jawab Haezril dengan suara ala-ala dalam kelambu. Tak fokus.
"Awak!" Oktaf suaraku naik mencanak.
"Yes, sweetheart. I'm coming."
Aku toleh ke belakang. Tersengih manja apabila ternampak sekujur tubuh sedang melangkah ke dapur bersama Ipadnya di tangannya. Inilah cara 'istimewa' yang aku pakai untuk panggil Haezril makan. Tak rajin nak merangkak naik tangga semata-mata hendak memaksa dia jejakkan kaki ke meja makan.
Tumpuanku beralih ke sinki yang dipenuhi pinggan, mangkuk serta periuk yang perlu dibasuh. Lengan bajuku yang hampir disirami air, ditarik seseorang. Tanpa disuruh, baju berlengan panjangku sudah disingsing hingga ke paras siku sebelum tangan yang sama membaluti pinggangku. Tak habis di situ, ciumannya singgah di rahangku.
"Hez, saya tengah busuk ni. Tak payahlah duduk dekat-dekat." Tubuhnya aku tolak dengan siku. Menjarakkan tubuh kami. Waktu wangi tadi tak nak cium isteri, gatal pergi cium kerja. Sekarang, badan aku dah hilang bau orang, baru nak datang dekat. Sila berambus.
"Bau awak lagi sedap dan lazat daripada makanan atas meja tu."
"Awak jangan mengada Mr Hakimi. Penat saya masak tau! Baik awak duduk dekat kerusi cepat sebelum saya buat mogok tak masak setahun." Aku keluarkan amaran keras.
Haezril menurut. Terus duduk di tempatnya. Aku tersenyum dalam diam. Tahu pun takut! Sesudah siap masak, aku berlalu ke bilik terlebih dahulu. Meninggalkan Haezril bersama Ipadnya seketika. Nak tukar baju. Tak ada selera nak makan dengan baju yang berbau macam-macam.
Beberapa minit berlalu, aku hadir ke dapur mengenakan baju tidur. Punggung aku labuhkan di atas kerusi berhadapan Haezril. Suamiku sibuk menuangkan air ke gelas. Alhamdulillah, berfungsi jugalah CEO Ineffable Restaurant ni dekat dapur.
"Hez, awak dah call mummy dengan daddy ke? Hazzar okey tak?"
Haezril tersenyum hambar.
"Macam biasalah, mula-mula dia merengek. Nasib baik Hana ada dekat rumah. So, bolehlah dia main dengan cousin dia tu," ujar Haezril. Meneruskan suapannya.
Aku mengeluh. Putera mengada tu memang susah sikit nak berenggang dengan kami. Kalau dilayan perangainya, pergi kerja pun tak boleh. Huh, pengsan.
"Saya takut kita susahkan mummy dengan daddy. Hazzar tu dahlah buas. Boleh ke diorang kawal anak kita? Budak tu lepas boleh berjalan mana reti duduk diam." Aku luahkan rasa gusar yang bermaharajalela di hati. Dah boleh bayang mummy dengan daddy bergelut nak kejar budak tu satu rumah.
"Sayang, biarlah dia nak rapat dengan grandma dan grandpa dia. Bukannya kita yang paksa, mummy daddy yang nak Hazzar bermalam dekat sana. Bibik mama pun ramai. Awak janganlah risau, waktu nilah kita dapat luang masa bersama," kata Haezril. Mata gedik bak sotong kuritanya dah mula buat kerja lebih masa. Kenyit sana sini.
"Yelah tu. Tiap-tiap hari tengok muka saya tak lawa saya ni, tak bosan ke? Saya tengok muka sendiri pun dah nak muak."
"Taklah. Mana bosan. Suka adalah."
Aku tersenyum senget. Bukan boleh percaya sangat lelaki bermulut manis ni.
"Lea?" panggil Haezril tiba-tiba.
"Kenapa?"
"Awak nak terus panggil saya Haezril ke? Awak ada plan nak tukar tak?"
Hampir tersedak aku mendengar soalan Haezril. Keningku terangkat. Ambil masa memproses makna di sebalik kata-katanya.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...