"NICE to meet you, babe." Wanita itu menegur Haezril dengan riak bahagia. Lebar betul senyumannya. Ala-ala baru lepas bertemu dengan lelaki sepopular Shahrukh Khan. Kewujudanku langsung tak dipedulikan. Invisible.
Tekanan darahku menggelegak apabila sesedap air sirap bandung saja perempuan itu menarik tubuh Haezril ke dalam dakapannya. Terkesima. Panggil babe, aku boleh terima lagi. Tapi kalau dah peluk, memang lapar kaki!
"I miss you so much, Kimi. Where have you been? You're not in London anymore." Wanita itu menggedik pula meraba dada Haezril, cuba mengucup pipi suamiku. Nasib baik Haezril elak. Dapat kurangkan risiko perang dunia. Aku dah bengang. Genggaman buku limaku kian erat. Rasa nak tomoi muka minah salleh itu.
"I'm currently working in Malaysia, staying there for good," balas Haezril bersahaja. Masih berbahagia melayan perempuan itu. Huh, ingatkan dah buang segala perangai buaya dia. Sama saja!
"Really? What are you doing here then? Travelling?" tanya wanita itu lagi dengan gaya manja. Tergedik-gedik macam itik nak terkucil.
Dek darah yang kian menyirap, aku melangkah pergi. Malas nak kacau daun. Buat sakit hati saja. Bahagianya mereka, deritanya aku. Belum sempat aku mengorak langkah, pinggangku dilingkari lengan Haezril. Senyuman nak tutup dosa menghiasi wajahnya. Hah! Jangan mimpi aku nak maafkan semudah tu.
"Nope, I came here for a honeymoon with my sweetheart. Here's my wife, Lea. Sayang, this is my friend from university in London, Christy."
Senyuman plastik dua sen, aku tayang. Cuba menjarakkan tubuh kami. Namun, Haezril terus mengikat rapat pinggangku agar kekal berada di sampingnya. Jelingan maut aku lempar. Dah buat dosa baru nak ingat isteri eh?
Aku dan Christy bersalaman. Berkongsi senyuman kurang gula. Aku yakin, dia langsung tak sukakan statusku sebagai isteri Haezril.
"Really? Since when you're married? I thought you're still a hot bachelor like you used to. You know what I mean hmm?" Christy mengenyitkan matanya, tersenyum penuh makna. Haezril sekadar tegelak kecil. Mungkin terkenangkan kisah bujangnya barangkali.
Panas. Aku panas betul! Membayangkan Haezril berseronok dengan ramai wanita. Jiwaku menderita.
"No, not anymore. We've been married for several months. Expecting a baby soon, maybe. Who knows?" Haezril menjongketkan keningnya beberapa kali.
Tubuhku membahang. Ceh, lepas berpeluk mesra dengan perempuan lain, berani cakap pasal anak? Beranaklah sendiri! Tak hingin aku nak mengandungkan anak dia.
"Seriously?! Gosh, congrats, Kimi! Well, Lea... Hope you can bear with Kimi. He loved changing women back then. Just my 2 cents though." Bahuku Christy tepuk perlahan. Seperti memberi amaran keras.
Ekspresi wajah, aku tahan. Tak perlu kut nak buka cerita lama. Aku rasa nak letak saja pekasam dalam mulut Christy ni, bagi diam sikit. Saja nak salah hati aku ni sampai hangus terbakar.
"No worries, Christy. I've tamed my man." Suara aku tekan. Membalas amarannya dengan amaran yang lebih keras. Jangan ingat aku berdiam kerana aku lemah. Sekali aku buka mulut, kepala naga pun boleh keluar.
"Love, I don't feel good. Can we just go now? Sebelum awak tidur dekat luar bilik." Sengaja aku tambah bahasa ibunda di hujung ayat. Riak meluat aku tayang jelas.
"Sorry, Christy. We gotta go now." Haezril menurut.
Christy tersenyum nipis. Tampak faham dengan situasi tak selesa yang aku kena hadap.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...