"SWEETHEART...," panggil Haezril dari bilik pakaian. Dalam masa sejam, dah lebih sepuluh kali nama aku dilaung ke sana ke mari. Sekejap Azalea, Lea, sweetheart, sweety dan berderet senarai nama panggilan yang dia gunakan. Ini kalau orang tak tahu perangai sebenar Haezril, mesti dikatakan ada isteri empat. Iyalah, nama panggilan banyak sangat.
"Ya, Hezzz..." Aku jawab di depan cermin solek. Meletakkan pin tudung yang terakhir. Huh, penat betul jadi perempuan.
"Siap lagi tak?" tanyanya buat kali ke sepuluh.
"Dah dah..." Sejurus itu, aku kalih ke belakang. Mencari pemilik suara yang kedengaran semakin hampir. Aku pandang Haezril atas bawah. Seperti biasa, Haezril dan Ipad tiada pisah. Bukan main bising dari tadi, dia boleh pula tenang duduk di atas sofa yang terletak di penjuru bilik.
"Hez, kenapa awak tak pakai tie lagi?" rungutku. Geram.
Haezril angkat kepala. Tersenyum manis seperti gula-gula kapas. Macam manalah aku nak marah? Asal aku baru nak berleter, dia senyum macam ni. Aku hanya wanita biasa, cairlah kalau dapat senyuman mahal tu. Lebih dua belas tahun aku tunggu nak dapat tengok senyum edisi terhad dia.
"You look pretty, sweety," kata Haezril.
Kakiku melangkah ke bilik pakaian seketika, lalu kembali dengan tali leher berwarna biru tua. Dah masak dengan taktik sang suami.
"Puji siang-siang ni, mesti nak suruh saya pakaikan tie." Kolar kemeja Haezril, aku betulkan. Mulalah sesi simpul-menyimpul tali leher. Lagakku dah macam nak anyam ketupat. Setakat pakaikan tali leher bolehlah, kalau anyam ketupat, nampak pulut bogel saja, Daun palas hilang rupa.
"Never get tired of this. Saya suka bila awak pakaikan tie. It made my day."
"Done!"
Aku dapat rasakan dahiku disambar laju.
"Thanks, my honey bunny."
"My pleasure." Aku tersenyum melihat riak bahagia di wajahnya. Dialah sumber kebahagiaanku.
Cup! Bibirku pula menjadi mangsa kenakalannya. Ya Allah, tak makan saman sungguh Mr Hakimi ni.
"Stop it, Mr H. Tengok ni, kan dah lekat lipstick saya dekat bibir awak," omelku. Tisu basah, aku ambil. Hujung bibirnya aku lap perlahan. Menghilangkan kesan merah lipstick di bibirnya.
"Alah, biar jelah. Biar semua orang tahu, I'm yours." Haezril tersenyum senget.
Renungan mautku mengenai anak matanya. Bahunya aku tampar.
"Guess what? They already know." Aku mengenyitkan mata. Menayang jari-jemari kami yang terjalin. Lantas itu, kami berkongsi tawa. Terhibur dengan perangai tak senonoh masing-masing.
"HAKIMI, nice to see you again after such a long time." Seorang lelaki berumur berbaju formal menghampiri kami. Dia memandangku aneh. Serupa aku makhluk asing yang baru mendarat di bumi.
"Dato' Hashim." Haezril berjabat tangan dengan lelaki berumur itu. Wajahnya serius. Layanannya terhadap Dato' Hashim terlihat kurang mesra. Acuh tak acuh saja.
"Who is she?" Perhatian lelaki tua itu beralih padaku.
"Oh, this beautiful woman is my wife, Azalea."
"Jadi, inilah isteri awak buat masa sekarang?" soal Dato' Hashim berunsur perlian.
Mataku mencerlung tajam wajah berkedut Dato' Hashim. Buat masa sekarang? Sekarang?! Eh, dia ingat kahwin ni main masak-masak belakang rumah ke? Nanti ada orang makan tumit kasut juga malam ni.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...