Bab 21 ~ Cheesecake ~

12.6K 503 26
                                    

LETIH. Aku berlalu ke bilik selepas puas membuat lawatan ke setiap ruang di penthouse itu. Pintu bilik utama, aku buka perlahan. Mataku menangkap tubuh tidak bermaya Haezril. Dia dah tidur rupanya. Patutlah senyap semacam. Aku meluru ke katil. Mengambil tempat di sebelahnya. Wajah dan rambutnya yang sedikit basah itu aku sentuh.

Mata aku kemudian meliar pada meja kecil sebelah katil bersaiz king itu. Terdapat satu nota kecil yang menarik perhatianku. Aku lantas bangun mencapai nota tersebut.

Selamat pengantin baru Abang Hez dan Lea! Semoga korang suka bilik yang Hana hias tak seberapa ni. Hana doakan korang sentiasa bahagia hingga ke Jannah. Selamat menempuh alam rumah tangga hihihi. Jangan bercinta lepas kahwin lama sangat tau. Hana pun nak anak saudara!

Aku tersenyum sendiri. Itulah Hana. Kehadiran tulisannya saja mampu mewarnai hari-hariku. Sebab itu dia layak digelar sahabat dunia akhirat. Lepas membaca nota itu, baru aku faham. Patutlah cantik bebenor bilik ni. Hiasan langsung tak melambangkan karakter Haezril.

Dia nak susun bunga dengan frame macam ni dalam bilik? Mati hidup balik pun belum tentu dibuat.

Setelah puas mataku meneroka segenap bilik, aku bangun, nak ke bilik air. Namun niatku terbantut. Rasa ingin tahu membuak-buak selepas melihat satu pintu asing di hujung bilik. Bila difikirkan balik, itu satu-satunya bilik yang belum aku rasmikan lagi.

Secara perlahan, tombol pintu berwarna emas itu aku buka berhati-hati. Tak nak kejutkan raja yang sedang enak beradu. Wah! Sungguh aku tak jangka bakal dijamu dengan deretan koleksi pakaian, jam tangan, necktie, tali pinggang dan segala aksesori lelaki tersusun kemas. Cermin kecil yang menempatkan koleksi subang Haezril pun ada.

Lama aku terleka memandang pelbagai subang kepunyaan si dia. Baru aku tersedar, semenjak kami melangsungkan majlis pertunangan sampailah mendirikan rumah tangga, Haezril sudah tak bersubang lagi. Alhamdulillah, satu perubahan yang baik!

Dek rasa ingin tahu, aku menghampiri almari kaca yang terkandung pelbagai jenis subang tersebut. Kebanyakannya berwarna hitam. Aku pegang salah satu kotak daripada puluhan koleksi tersebut. Dah boleh buang agaknya benda-benda alah ni. Risau pula kalau dia akan kembali ke tabiat lama. Aku yang gigit jari nanti.

Baju-baju Haezril cantik tergantung aku sentuh dan bau. Wangian sama yang memenuhi segenap bilik itu. Itulah wangian yang mampu membuatkan aku terbuai. Very manly. Sebelah almari besar gedabak Haezril terdapat satu lagi almari yang tertutup bersama satu sticky note.

Just for you...

Tak fikir panjang, pintu almari putih itu aku tarik. Buat entah keberapa kali, aku dikejutkan lagi dengan koleksi pakaian wanita. Bukan setakat itu saja, mataku turut dimanjakan dengan deretan beg tangan dan helaian tudung berjenama.

Aish, tak boleh jadi ni. Adakah ni cara orang kaya nak cakap yang baju-baju aku ni buruk-buruk belaka? Bagi aku, tak adalah hodoh sangat. Memang ada segelintir yang out-dated. Sikit saja. Belum capai lagi tahap baju orang purba Zaman Mesopotamia. Yang penting, aurat terpelihara.

"Like it?"

Terhenjut bahuku apabila terdengar suara garau. Haezril kelihatan sedang bersandar di pintu. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket. Halah, nak bajet kacak ala-ala modellah tu. Tapi, memang handsome pun...

"Awak yang belikan ke?"

"Taklah. Kerja mummy dengan Hanalah tu. Bilik ni pun Hana yang upah orang decorate. Penthouse ni pulak kerja Pak Cik Man. Basically, I did almost nothing."

Mata aku julingkan. Iyalah tu. Habis duit nak beli rumah ni turun dari langit? Siapa lagi kalau bukan dia yang laburkan segala wang ringgit.

"Aduhai... Membazir je mummy belikan semua ni. Baju-baju saya banyak lagi dalam luggage tu. Haih, siapalah nak pakai semua baju ni?" Mataku terhala pada baju-baju yang sudah tergantung rapi di dalam almari. Mengeluh. Tak sangka kehadiranku akan susahkan mereka. Aku tak perlukan layanan istimewa. Kasih sayang mereka dah mencukupi.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now