Bab 17 ~ Kosong ~

13.6K 514 30
                                    

TANGAN dinginku disentuh mama. Senyuman syurganya dihadiahkan untukku. Aku mengangguk lemah. Mata dah berkaca. Sukar untuk aku terima yang syurgaku tidak lagit terletak di bawah telapak kakinya. Itulah tangan yang berjaya membesarkan aku. Mendidik aku menjadi manusia yang berguna.

Beberapa minit kemudian, tamatlah zaman bujangku. Lafaz akad diucap oleh Haezril beralun dengan lancar. Dan aku sah menjadi isterinya. Miliknya. Saat doa dibacakan, aku masih cuba tunjuk kuat. Siapa sangka... Lelaki yang duduk di depan abah merupakan lelaki sama yang mencuri hatiku. Sejak zaman di bangku sekolah lagi.

"Amin!"

Sejurus itu, tubuhku dipeluk mama. Kejap. Sangat kejap sehinggakan air mata yang aku tahan menitis jua. Mamalah insan yang paksa aku kahwin cepat-cepat. Tapi dia jugalah yang susah nak lepaskan aku. Seketika kemudian, Aunty Muna atau sudah selayaknya aku panggil mummy turut menarik aku ke dakapannya.

Haish... Ni bukan majlis akad nikah. Ni majlis banjir besar-besaran!

Tangki air mataku semakin melimpah. Tak sampai hati tengok mama dan abah mengalir air mata untukku. Hatiku sayu. Dapat aku lihat Haezril memeluk abah. Abah nampak tenang. Membalas pelukan menantu lelaki pertamanya secara terbuka. Bahu Haezril abah tepuk. Seolah-olah menyerahkan tanggungjawab yang abah pikul selama membesarkan aku.

"Lea... Dahla tu. Habis make up kamu rosak," pujuk mama sambil menggosok belakangku.

Aku angguk perlahan. Menyambut tisu yang mama hulurkan. Segala lelehan hingus dan air mata aku lap. Ingatkan drama air mata waktu akad nikah hanyalah perkara biasa. Rupanya tak! Rasa pelik. Tak selasa. Bagaikan satu beban terhempap di atas bahuku.

"Okey, dah settle. Pergilah buat apa yang patut dekat isteri kamu." Usikkan Tok Kadi Rahman itu membuatkan ramai yang tertawa. Detik yang tadinya sedih sudah berubah suasana, menjadi meriah dengan ledakan gelak tawa para kaum kerabat.

Apabila Haezril membuka langkah mendekati aku, ramai saudara-mara dah siap dengan senjata masing-masing. Apa lagi jikalau bukan telefon untuk tangkap gambar. Photographer handalan yang dibayar pun tenggelam entah ke mana.

Cincin tempahan khas yang dinamakan 'Sweetheart' itu sudah tersedia di sisiku. Ingat apa, cincin pun ada nama. Kelas kau. Aku langsung tidak tahu menahu soal tempahan cincin tersebut. Idea tu datang dari otak bergeliga Haezril. Yang aku tahu, muat dan cantik. Soal lain, reda sajalah.

Tapak tangan aku dah basah, menggeletar dan sama erti dengannya. Rasa gementar menjadi-jadi tatkala Haezril mulai menyentuh tangan kananku. Mata tajamnya merenung ke dasar mataku. Dan voilà, cincin 'Sweetheart'' bertahtakan berlian itu sudah terletak sempurna di jari manisku.

Otakku blackout tiba-tiba. Orang buat apa waktu-waktu macam ni? Senyum? Nangis? Kerut dahi? Ah, sudah. Kesan flashlight berlebihan dah buat aku jadi bengap.

"Lea tunggu apa lagi?" soal mama dari belakang.

"Hah? Nak buat apa ni?" Aku bertanya. Betul-betul tak tahu. Mataku sempat menangkap Dania dan Hana menepuk dahi. Otakku baru berfungsi apabila ternampak saudaraku membuat isyarat. Ya Allah... Asal aku sengal sangat ni?

Haezril tersenyum mengejek sebelum menghulurkan tangan kanannya. Rasa malu yang tak tertanggung aku lawan. Huluran tangan Haezril aku sambut takut-takut. Bibirku mencium tangannya. Rasa gemuruhku kian reda selepas menghidu wangian yang melekat pada tangannya. Baru saja aku nak angkat kepada, satu suara nenek kebayan melalak.

"Weh sabarlah dulu. Tak sempat nak ambil gambar ni!" Hana mencelah.

Aku mendengus perlahan. Penat melayan kerenah Hana. Mak boyot ni bila je dia duduk diam-diam? Ada saja cara dia nak ganggu ketenteraman hidupku. Tapi, aku tetap menurut. Alah, setakat salam bolehlah. Tak adalah kedekut sangat.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now