1

69.8K 1.3K 6
                                    

Berita tentang model yang mendapat juara di Fashion Show London 2017 membuatkan dia bertindak untuk menukar siaran tv.

Dengusannya kedengaran keras. Tubuh dihenyakkan ke sofa.

"Kau masih boleh happy lepas apa yang jadi kan? Aku benci kau perempuan!"

Iphone 6s dicapai dan ditekapkan di telinga.

"Hm. Okey. Tunggu aku." katanya.

Tak lama selepas itu, kunci kereta dicapai dan pintu penthouse di kunci.

Kereta Ferrari biru dituju. Laju sahaja kereta itu meluncur meninggalkan Bluesky Residence.

* * * * *

Tangan masih ligat melipat baju dan dimasukkan ke dalam bagasi hitam itu. Dia perasan dirinya diperhatikan daripada tadi.

Huh.

"Korang kenapa ni? Anything to say?"

Matanya masih lagi memandang dua orang gadis yang masih memandangnya.

"Bella, kau sure ke tak nak kitorang teman ni? Aku risaulah. Kau tu dah lah......"

Bella hanya senyum. Dia menggeleng. Dia tahu apa yang sahabatnya risaukan.

"Its okay girl. I know u miss your family so much right." ucap Bella.

"Tapi Bella. Aku risau nak tinggalkan kau dekat sini."

"Aku pun. Kau tu bukannya sihat sangat Bella."

Bella diam. Senyuman masih lagi menghiasi bibirnya.

"Tasya, Sara. Listen here. Jangan risaukan aku. I can take care of myself. Kalau dah perkara buruk nak jadi, tak boleh nak halang. Maut tak kira masa dan tempat. Jangan-jangan malam ni juga nyawa aku boleh kena tarik." jawabnya selamba.

Tanpa dia sedar, dua sahabatnya sudah merah muka menahan marah.

"Tengku Haura Irisya Bella!"

Gulp. Bila nama penuh dah disebut memang teruk ah.

Bella menyengih. Dua sahabat yang masih di atas katilnya dihampiri. Bahu Tasya dipeluk.

"Ala janganlah marah. Nothing will happen okay."

"Aku sayang kau. Janganlah cakap macam tu." kata Qaisara.

"Entah kau ni. Kang aku nangis, boleh banjir kota London ni tau. Itu semua salah kau."

Bella tergelak besar. Dua gadis itu dipeluk erat. Group hug.

"Thanks. Korang selalu ada dengan aku. Rahsia aku semua korang tau. Thanks sudi jadi sahabat terbaik aku. Aku sayang korang."

Tasya dan Qaisara diam. Mereka tahu apa yang dilalui oleh Bella selama 13 tahun gadis itu di luar negara. Mereka kenal waktu masing-masing berumur 16 tahun. Setiap kisah suka dan duka mereka hadapi bersama.

* * * * *

Selepas kereta diparkirkan di ruangan khas, kaki terus sahaja melangkah masuk ke dalam kelab malam itu.

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang