Edrian pulang ke rumah saat jam sudah hampir menginjak ke angka dua pagi. Suasana yang sunyi membuatkan dia teringat kejadian yang berlaku beberapa jam lepas.
Tapak tangannya dipandang. Jelas kekesalan di wajahnya kerana sanggup menyakiti wanita yang sangat dicintai sepenuh hati.
"I am so sorry baby. I tak sengaja." katanya sendiri.
Dia membuat keputusan untuk tidur di ruang tamu sahaja sebelum menjenguk si isteri keesokannya.
Alarm yang berbunyi mengejutkan Edrian yang sedang tidur lena. Dia terus bangun dan menuju ke bilik untuk mandi.
Pagi ini dia ada mesyuarat penting dengan Putera Harith untuk kerjasama syarikat mereka.
"Bella. Bella." panggilnya.
Selalunya wanita itu terus menyahut panggilannya takpun muncul di pintu bilik.
Edrian pelik.
Saat fikirannya teringat kejadian yang berlaku malam tadi, entah kenapa hatinya jadi takut. Berdebar.
Di dapur, bilik tetamu, luar rumah malahan seluruh kawasan rumahnya sudah dijejaki namun Bella masih tidak kelihatan.
Edrian berlari ke bilik tidurnya semula dan membuka almari pakaian milik si isteri.
Kosong.
Yang tinggal cuma beberapa helai baju kurung serta blaus sahaja.
Edrian tersandar di dinding. Wajahnya diraup.
"Mana you pergi. I minta maaf Bell. I tak sengaja. Baliklah." katanya sebak.
Edrian menangis kesal.
* * * * *
Melihat keadaan sahabatnya yang lemah, Cassandra mengeluh.
Sampai bilalah semua ni nak berakhir. Dia ingin melihat kebahagiaan di wajah sahabat yang paling disayangi.
"Aku sayang kau Risy. Jangan pernah tinggalkan aku."
Cassandra sanggup meninggalkan urusan kerjanya semata-mata ingin menemani sang sahabat di Teluk Cempedak, Pahang.
Sewaktu dia sampai di Malaysia pagi tadi, betapa sedih dia melihat keadaan Bella yang sangat teruk.
Mata sembap, pipi merah. Serabai.
Terus sahaja dia membawa Bella ke rumah percutiannya di sini.
Cassandra mengelus lembut rambut sahabatnya. Bila tersentuh pipi Bella, dia jadi risau. Terus sahaja dahi wanita itu dipegang.
"Panasnya. Risy you demam ni."
Pantas sahaja dia bergerak mengambil mangkuk lalu diisi air dan kain. Kain dibasahkan kemudian dilap ke muka Bella.
"Cass.." panggil Bella, lemah.
"Ya Risy. You okay? Anything to eat dear?"
Bella geleng perlahan. "Thank you." ucapnya dengan senyuman kecil.
Cassandra menggenggam erat tangan Bella.
"You rehatlah. Aku nak call doktor then masak bubur untuk kau. Rest okay and don't think too much bestie." pesannya.
Bella diam.
Melihat langkah Cassandra sudah menghilang di balik pintu, dia mengeluh.
Tangan menyentuh perut yang masih belum berbentuk. "Belum sampai satu hari and I miss your papa already baby." ungkapnya perlahan.
Tak lama lepas tu, Cassandra muncul bersama seorang doktor perempuan dan dulang berisi bubur dan air.
"Risy, this is my friend. She's Doctor Sofie."
"Good afternoon. Hai Risy."
Bella hanya membalas dengan senyuman. Tiada daya untuk berkata lebih lanjut.
Dulang makanan diletakkan di atas meja solek. Cassandra melihat Sofie yang sedang memeriksa keadaan Bella. Sofie tahu kesihatan sebenar sahabatnya kerana dia sudah memberitahu terlebih dahulu tadi.
"She's fine. Cuma biasalah penat bila ada baby sekarang ni."
Cassandra tercengang.
"What? Can you explain again Sofie?"
"Risy pregnant. Two months."
Bella tergelak kecil melihat mulut ternganga milik Cassandra.
Sofie meminta diri kerana dia masih ada kerja yang perlu diselesaikan di hospital.
Cassandra memandang wajah Bella yang sedang makan. Bella hanya mengangkat kening.
"Risy, you know the risk. I don't want to lose you."
"And I don't want to lose this baby. Cass, I need your support now. At least if I gone, this baby will be the last gift for all of you."
Cassandra mengeluh.
"Ed tau? What is your problem Risy? Anything to tell me?"
Bella menggeleng. Tak sempat untuk dia memberitahu berita gembira itu. Semua berlaku secara mendadak.
Nak tak nak setelah didesak, Bella menceritakan apa yang berlaku antaranya dan Edrian.
Saat ini wajah Edrian terbayang di ingatannya.
'Apa Edrian baik-baik sahaja?'
Sementara Cassandra menahan geram bila mendengar kisah itu. Rasa marahnya membuak kepada jejaka itu.
* * * * *
Kepala digaru. Dahi berkerut. Tangan yang menggenggam penumbuk dipandang lama. Wajah risau jejaka yang bergelar abang iparnya direnung dengan tajam.
"What did you do to her? Tell me. Akak takkan menghilang macam ni kalau semuanya baik-baik je."
Edrian menunduk kemudian mengeluh.
Hadiff menarik nafas panjang. Tahu yang lelaki itu tidak mahu bercerita lebih lanjut. Handphone diletak ke atas meja.
"Fine. Tapi Diff tahu yang abang dan akak mesti tengah gaduh. Tunggulah beberapa hari lagi. Mesti akak akan contact. Apa pun masalah abang dan akak, Dif harap abang jangan sakitkan hati dia. Cukuplah dia menderita selama ni. I want to see her happiness and i know that will be with you."
Edrian meraup wajahnya. Setelah itu, dia beredar daripada perkarangan rumah keluarga mertuanya dengan hati yang penuh kerisauan. Dia berfikir Bella akan pulang ke sini namun dia silap.
Sementara itu Hadiff menelefon seseorang.
"Abang Riz tahu akak ke mana?"
"Hm okey. Takpelah."
Lagi sekali dia mengeluh. Dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku kepada kakaknya.
Hanya doa sahaja yang mampu diberikan berharap Bella dalam keadaan yang okey.
.....................................................
[08/01/2019]
Sorry bosan. Takde idea.
😔
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...