Bella memandang kedua-dua sahabatnya yang masih merenung dirinya. Kening diangkat.
"Pehal korang ni? Semacam je pandang aku. Ha jangan kata korang dah tukar selera pula." usik Bella.
Tasya dan Qaisara tersentak. Serentak wajah seakan kegelian ditayang.
Tercetus tawa kecil Bella.
"Kau ni Bell. Jangan nak kata gitu eh. Please lah. Aku masih lagi dara yang straight okey. Cuma masih mencari je si uda yang entah kemana." balas Qaisara.
Tasya dan Bella sama-sama gelak.
"Aku rasa mesti uda kau tersesat dekat hati orang lain. Sabarlah Sara." Tasya pula sambung mengusik.
Qaisara dah memuncungkan bibir tanda awal untuk merajuk.
Bella menggeleng kemudian mata dihala tepat menonton drama filipina di siaran tv3. Biasalah petang macam ni mana ada drama melayu.
"Bella. Kau yakin ke dengan keputusan kau? Dah sedia nak makan hati ulam jantung bila Edrian buat hal nanti?"
Bella senyum mendengar soalan Tasya. "Bukan aku kahwin terus. Tunang dulu Cik Tasya. Dalam tempoh tu aku akan usaha untuk buat dia jatuh cinta dan setia dengan aku sorang je." tekad Bella dengan senyum lebar.
"Wah kemain semangat eh. Yelah aku doakan yang terbaik untuk kau." ucap Tasya lagi.
Qaisara turut mengangguk setuju.
Diam.
Qaisara menyinggol lengan Tasya sambil mata dikerling ke Bella yang masih fokus memandang drama yang ditayang.
Tasya mengeluh perlahan.
"Bella. Kalau aku cakap ni jangan terkejut eh. Marah pun jangan k."
Tanpa menoleh ke arah sahabatnya, Bella angguk.
"Harith dah balik. Dia cari kau. He still can't move on Bell." beritahu Tasya.
Pap!
Remote tv tercampak ke atas lantai. Terkejut. Mata bulatnya ditoleh merenung sahabatnya.
"Harith? Putera Harith bin Ahmed Hisham. Cousin kau eh Sya?"
Tasya mula bosan. "Ya. Ya dan ya Haura Bella miss model international." balasnya.
"Aku kadang benganglah dengan cousin kau Sya. Bella terang-terang cakap dia anggap Harith as kawan biasa je tapi still degil beno." Qaisara pula melemparkan kata-kata kerana sakit hatinya.
Bella mengiakan sahaja.
Tasya mengeluh.
"Banyak aku nasihat kat dia tapi tak jalan beb. Itulah. Aku ni nenyampah pula dengan dia. Aku dah warning dia jangan kacau kau dan biar kau bahagia sekarang tapi macam cakap dengan kambing. Mula je dia dengar kata tapi lepas tu buat lagi. Haih."
Bella terdiam. Dipandang wajah sahabatnya yang kelihatan risau.
"It'a okay Sya. Kalau dia hadir sebagai kawan aku terima. Tapi kalau dia minta lebih tu memang sengaja nak mendapatlah. Apalah yang dia nampak kat aku ni. Dahlah sakit. Entah hidup lama ke tidak."
"Kau okey ke Bella? Aku tengok muka kau makin pucat. Badan pun kurus macam lidi ni ha. Kau tak makan ubat ke?" soal Qaisara.
Tasya jongket kening.
Bella angkat bahu.
"Makan ubat ke tak sama je Sara. Tak beri kesan langsung. So daripada aku telan ubat yang banyak tu better aku happykan diri aku sekarang ni. Spend time dengan korang, Edrian dan family aku. Jadi kalau ada apa-apa, takdelah aku sedih sangat nak tinggalkan korang. Sebab aku dah tinggalkan banyak memories dengan korang semua. Kan?"
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...