"Helo. Siapa ni?"
Bella bertanya saat mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
Ketika ini dia sedang melayan keluarganya yang datang untuk melihat triplet di rumah mereka.
"Helo. Ini pewaris kepada Nik Aisya binti Abdullah?"
Bella tergamam. Mulutnya bergetar sambil mata mencari wajah si suami. Menyedari keadaan Bella yang terpaku, Edrian mendekati.
"Ya saya. Itu...Itu ibu saya."
"Maafkan kami puan. Ibu puan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal di tempat kejadian."
Terus tubuh Bella terjelepok jatuh ke lantai. Edrian pantas mengambil Iphone 7 yang sudah terletak elok di atas lantai. Talian masih berlangsung.
Mendengar khabar itu, Edrian terkelu.
"Te...Terima kasih. Kami akan datang dengan segera."
Setelah panggilan ditamatkan, Edrian memeluk erat tubuh isterinya yang sedang menangis. Air matanya laju mengalir.
Parents mereka datang bertanya setelah mendengar tangisan Bella.
"Kenapa ni Edrian? Siapa yang call?" soal Tengku Syamira.
"I...Ibu...Ibu.."
"Kenapa dengan ibu?" tanya Tengku Zikri pula.
Semua tahu siapa ibu yang dimaksudkan memandangkan Bella sudah memperkenalkan secara rasmi ibu angkatnya.
"Ibu kemalangan dan meninggal di tempat kejadian."
"Allahuakbar!"
"Innalillah."
Terus sahaja mereka semua menuju ke hospital untuk menguruskan hal tuntutan jenazah dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemalangan itu daripada pihak polis.
* * * * *
Semua urusan telah diselesaikan. Mak Cha ataupun arwah ibu sudah selamat dikebumikan disebelah kubur adiknya, arwah umi.
Hasil daripada siasatan polis, kemalangan itu disengajakan. Seseorang memang berniat untuk melanggar Mak Cha. Daripada CCTV yang terdapat di situ, wajah suspek jelas kelihatan bersama plat keretanya.
Edrian dan Bella sampai di hadapan Penjara Kajang. Anak-anaknya ditinggalkan di rumah dan dijaga oleh mama dan mummy.
Seorang gadis yang bergari tangan dan berambut panjang duduk di hadapan mereka.
"Kau?"
"Jenny?!"
Ingat lagi tak Jenny? Dia maaih wujud ya.
Jenny memberikan senyuman sinis. "Kenapa? Tak percaya aku yang langgar mak angkat korang? Hahaha tak sia-sia aku langgar orang tua tu. Sekarang korang nak apa?"
"Kenapa...Kenapa awak langgar dia? Ibu takde salah pun dengan awak. Kalaupun sebab awak nakkan Edrian, janganlah sampai libatkan orang lain. Ibu tak salah!" bentak Bella. Geram.
"Memang. Edrian tolak aku sebab dia cintakan kau! Aku tak boleh terima. Aku selalu pandang korang dari jauh. Bukan main gembira tapi aku sedih! Tak adil. Aku dah lama cintakan Edrian. Aku dah lama kejar dia tapi sejak kau balik Malaysia, dia langsung tak pandang aku. Dia buang aku macam tu je. Lelaki tak guna!"
Kalau tak sebab Bella memegang tangan Edrian, sudah lama penampar hinggap di pipi Jenny.
"Aku tak cintakan kau! Sampai bila-bila pun. Kau pun tahu aku dulu macam mana. Bukan kau sorang je yang aku tolak. Semua. Kalau kau nak tahu aku dan Bella ni sepupu. Kami dah kenal dari kecik. Kau je muka tak malu sibuk goda aku even aku dah tolak kau jauh. Dasar perempuan murah!"
Jenny bangun lalu menghentak meja. Baru sahaja dia ingin menyerang, pegawai penjara datang dan menariknya secara paksa menuju ke lokap.
"Aku bahagia. Sekurangnya aku dapat tengok muka sedih korang. Hahaha tak sia-sia aku bunuh orang tua tu. Hahaha akhirnya terbalas juga dendam aku!"
Sampai di kereta, Bella menangis teresak-esak mengenangkan perbuatan Jenny.
"Abang minta maaf sayang. Kalau tak sebab sikap playboy abang, Jenny takkan berdendam dan musnahkan kebahagiaan kita. I am so sorry."
Bella menggeleng lalu mengusap pipi Edrian lembut.
"No abang. Its not your fault. Mungkin itu takdir yang telah ditetapkan untuk kita. Kita sama-sama redha ya. Bella tak pernah salahkan abang atas apa yang jadi."
"Terima kasih sayang. I really love you."
Bella hanya senyum dan menghadiahkan ciuman di kedua pipi suaminya.
"Sayang cintakan abang banyak-banyak."
......................................................
[08/02/2019]
Yeaaaahhhh i know tak cukup sedih kan? mungkin sebab mood saya pun sekarang tengah bahagia. Sebab....
YTO dah tamat. After ni tinggal Special Chap jer 😉 siyess tak tipu
Muaaahhh 😘😘😘
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Storie d'amore4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...