Rizhan mengeluh apabila panggilan telefon tidak dijawab oleh Bella. Kepala dipicit lembut.
Tak lama selepas itu, pintu biliknya diketuk. Wajah Nurse Izra terpacul di balik pintu.
"Ada apa Izra?"
"Maaf ganggu doktor. Pesakit yang ditunggu baru sampai. Nak suruh masuk or..." ujar Nurse Izra.
Rizhan pantas angguk. Nurse Izra hanya senyum dan menutup kembali pintu.
Kemudian Bella masuk ke dalam bilik dan terus duduk di kerusi hadapan Rizhan.
"You're late Bella! Almost one hour. Kenapa tak angkat call? Sengaja or terlupa?" soal Rizhan bertalu-talu.
Bella buat muka sedikit. "Sorry. Serious lupa. Better late than nothing right?" jawabnya.
Rizhan menggeleng kepala. Ada sahaja yang dijawab oleh gadis di hadapannya ini.
Kemudian Rizhan terus melakukan kerjanya mengambil tekanan darah dan suhu badan Bella. Darah Bella diambil untuk dihantar ke makmal bagi mengetahui status kanser dalam badan Bella.
Wajah Bella dipandang. Keluhan dilepaskan.
"Why Riz? Am i getting worse?" tanya Bella. Perlahan sahaja suaranya.
Hm.
"Suhu badan okey. Tekanan darah pula agak rendah. You stress ke Bella? Or something yang you fikirkan kebelakangan ni?"
"Obviously yes. I fikir something yang melibatkan future i. Tapi betulkan apa yang i agak? Keadaan i memang makin teruk. I rasa semua tu. Dada i makin kerap sakit, hidung i selalu berdarah. Even kadang i pengsan dalam kondo tu." kata Bella.
Rizhan diam.
"Kita tunggu keputusan darah you okey. Apa kata you ke kafe, pergi makan dulu. Then nanti i call." ujar Rizhan.
Bella menggeleng. Dia bangun. "Takpe. I tunggu kat luar je." ucapnya dengan senyuman.
Rizhan angguk.
Hampir dua jam menunggu, Bella dipanggil semula masuk ke dalam bilik Rizhan.
Raut wajah Rizhan jelas menguatkan lagi apa yang Bella fikir sebelum ni.
Keadaan dia...Makin teruk.
* * * * *
Bella memberhentikan keretanya di sebuah taman. Kepala diletakkan ke atas stereng kereta. Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja.
Kata-kata daripada doktor lelaki itu jelas menyentakkan hati dan jiwanya.
Bella duduk di kerusi hadapan Rizhan. Tangannya digenggam cuba mencari kekuatan. Wajah serabut lelaki itu dipandang.
"Bella. I hope you will accept this with all your heart. Jangan pernah putus asa."
Bella diam. Dia seperti dapat mengagak sesuatu. Air mata cuba ditahan.
"Just tell me."
Rizhan diam seketika. Nafas ditarik dalam sebelum dilepaskan perlahan. Kertas di tangannya dipegang erat kemudian diletakkan ke atas meja.
"Berdasarkan keputusan darah you yang i baru dapat tadi...Sel kanser dalam badan you dah merebak dengan cepat ke paru-paru. Sekarang, kanser you dah sampai ke tahap empat. Bella.."
Terkaku. Tergamam. Tersentak.
"Which mean there's nothing we can do." jawab Bella lemah.
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...