30

21.8K 589 2
                                    

Pintu dikunci rapat. Bilik dituju. Beg tangan dicampak ke lantai dan badan dihempas ke atas tilam. Wajahnya ditekup dengan bantal. Tak lama selepas itu, terdengar tangisan dari mulutnya.

"Kenapa? How could you Ed."

Tangisannya masih tak henti. Telefon bimbit di dalam beg yang berterusan berbunyi hanya dibiarkan sahaja.

"Kenapa buat I macam ni Ed. I sayang you." rintihnya sendiri.

Lama Bella menangis sehingga dia sendiri penat. Tanpa sedar, dia tertidur setelah penat menangis.

* * * * *

Edrian buntu. Panggilan yang tidak diangkat oleh Bella membuatkan dirinya rasa tak senang. Rasa bersalah.

Dia yang sudah pulang ke rumah setelah kejadian tadi terus berbaring ke atas katil. Kepala masih berfikir hal tadi.

"Err serabut! Kau memang tak guna Kay."

Ting!

Hot Bachelors 🔥

Qay
Jom lepak
Tempat biase

Han
On
9 sharp

You
Okey.

Edrian bangun membersihkan diri memandangkan jam sudah menginjak ke angka 6 petang.

Daripada memeningkan kepala fikir perkara tadi lebih baik dia keluar melepak dengan dua orang sahabatnya.

* * * * *

Hadiff menelefon kakaknya. Kalau tak sebab papanya yang meminta Bella untuk pulang ke rumah, takdenya dia nak menelefon banyak kali begini. Pasti kakaknya tengah berehat sekarang ni.

"Bella tak angkat lagi ke Diff?" soal Puan Basyirah.

Hadiff menggeleng. Dia yang berdiri terus duduk di sebelah mamanya.

"Waktu-waktu macam ni mesti akak tengah rest ma. Papa nak apa sebenarnya suruh akak balik?"

Puan Basyirah mengeluh.

Air kopi dituang kedalam cawan dan diberi kepada anaknya.

"Papa nak bincang tentang majlis pernikahan Bella dan Edrian."

Hadiff terus memandang mamanya. "Why? Bukan dah ditetapkan ke? Kenapa papa macam nak cepatkan majlis?" soal Hadiff, curious.

Puan Basyirah mengeluh. Dia juga kadang tidak faham dengan suaminya. Entah bila hubungan suami dan anak perempuannya akan pulih seperti dulu.

"Mama pun tak tahulah Diff. Kalau boleh papa nak cepatkan sebab papa nak kakak kamu gantikan dia di pejabat."

"Akak baru bertunang bulan lepas. Sepatutnya lepas 8 bulan barulah majlis nikah boleh dibuat. Itu pun dah kira cepat dah ma."

Hadiff menggeleng kepala.

"Papa nak dua bulan dari sekarang kakak kamu bernikah."
"What?!!"

Hadiff memicit dahi. Dia nak kakaknya menjalani kemoterapi secepat mungkin. Tapi kalau dah itu rancangan papanya, tak ada peluang lagi untuk dia membantah.

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now