33

19.8K 549 7
                                        

Qaisara baru selesai bertemu clientnya di Restoran Masakan Panas dan terus lunch disana.

Mata memandang jam tangan. "Baru pukul satu setengah ni. Lambat lagi nak habis lunch hour. Nak kemana eh?" ujarnya sendiri.

Sudah hampir tiga minggu Qaisara bekerja di syarikat milik keluarganya memandangkan kesihatan ayahnya perlu dipantau lebih rapi. Ayahnya, Dato Qori sudah lama menghidap darah tinggi.

Selesai membayar bil di kaunter, Qaisara berjalan ke arah pintu masuk restoran.

Baru sahaja pintu mahu ditarik, namun tolakan kasar dari luar menyebabkan dia mengaduh.

"Aduh sakitnya dahi aku."

"Hey tak nampak ke? Mata tu letak mana?"

Qaisara meringis kesakitan sambil menahan geram di hati. Mata dihala memandang depan. Wajah sang jejaka yang sering kali muncul di laman sosial menjadi tatapan.

"Kenapa pandang aku macam tu? Jatuh cinta?"

Huh.

Tangan dikepal. Qaisara mengetap bibir.

"Amboi dah buat salah tak nak minta maaf lepas tu nak tuduh I pula. Banyak hodoh muka you. Playboy."

Sang jejaka menjegilkan matanya.

"What did you say?"

Qaisara ketawa sinis. "Playboy. Kenapa Encik Qayyum, ada masalah? Betulkan apa I kata." balasnya laju.

Qayyum menahan marah. Wajah si gadis yang masih tersenyum sinis dipandang.

"Youuu..."

Belum sempat Qayyum berkata, Qaisara sudah menyampuk.

"Okey stop! I malas nak panjang-panjang hal remeh macam ni. Inilah lelaki. Tak habis dengan ego sampai nak minta maaf pun berat sangat mulut tu. Its okay Encik Qayyum, i got to go. Considered I forgive you even you don't say sorry to me."

Kemudian Qaisara selamba menuju ke keretanya. Stereng kereta dihentak.

"Eeii sengal. Habis mood aku yang elok tadi dah terabur dah kat tepi jalan. Dasar lelaki. Ego. Errr takde mood nak window shopping."

Sepanjang dalam perjalanan ke syarikat, mulut Qaisara tak habis membebel dan mengutuk lelaki tadi.

* * * * *

Edrian dan Farhan memandang ke hadapan. Wajah serabut sahabatnya direnung.

"Kali ni apa pula masalah kau Qay? Kusut betul muka tu." ujar Farhan.

Qayyum mengeluh keras. Meja dihentak kasar.

"Woo kot ya pun marah janganlah main hentak meja bro. Patah nanti kau yang ganti eh." tegur Edrian pula.

Farhan menggeleng kepala.

"Kenapa ni Qay? Personal or family problem? Sebab nak kata hal kerja macam takde masalah je." kata Farhan lagi.

Qayyum diam seketika. Cuba mencari point untuk memulakan cerita.

"Ibu aku."

Edrian mengerutkan dahi. "Kenapa dengan ibu kau? Ada apa-apa jadi ke?" soalnya.

Qayyum angguk.

"Ibu aku nak jodohkan aku dengan anak kawan baik dia."

"Kahwin?!"

Lagi sekali Qayyum angguk.

Farhan melopong. Edrian menepuk dahi.

"Serious ah bro! Macam mana ibu kau boleh terfikir hal ni?" tanya Edrian.

"Sebab ibu kata umur aku ni dah sesuai untuk jadi suami orang. Lagi satu dia risaukan aku sebab asyik keluar malam pergi kelab je. Aduh serabutlah!"

Edrian menggeleng kepala. Dia dan Farhan saling berpandangan kemudian sama-sama mengeluh.

"Kalau hal ni aku tak dapat nak membantulah bro. Aku pun kena kahwin sebab wasiat. Cuba kau slowtalk dengan ibu kau." ujar Edrian.

Farhan angguk. "Haah betul kata Ed. Apa kata kau cakap elok-elok dekat ibu kau yang kau belum bersedia."

Qayyum menggeleng.

"Macam mana bro. Aku baru nak buka mulut, ibu aku dah cakap dulu. 'Kalau along nak bantah kata ibu, kondo dan kereta along ibu akan lelong. Ibu bekukan semua aset along. Berani buatlah.' Ibu aku ugut bro."

Edrian dan Farhan tergelak kecil.

Siapa tak kenal Datin Azima, seorang usahawan wanita yang berjaya. Tegas tetapi pemurah. Menjadi ibu tunggal sejak kematian suaminya, Dato Amran ketika Qayyum berusia 12 tahun menjadikannya seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak.

"Terima jelah Qay. Tapi kau beritahu ibu kau yang kau nak kenal dulu dengan perempuan yang akan dijodohkan dengan kau. Kenal then baru decide nak go on atau tak."

Edrian angguk. Setuju dengan idea Farhan.

"Okey aku akan beritahu ibu aku. Thanks lah bro bagi aku nasihat. Kalau tak sekarang ni mesti aku dekat kelab." Kata Qayyum.

"Haah lepas tu esok juga kau kena kahwin. Baru padan muka kau."

Farhan dan Qayyum gelak dengar ayat itu.

Tiba-tiba Iphone 7 milik Edrian berbunyi. Panggilan diangkat tanpa melihat siapa yang call.

"I miss you."

Edrian terkaku. Dia kenal suara ini.

"You're back baby? Kat mana?"

Farhan dan Qayyum seakan tahu siapa yang menelefon Edrian bila wajah sahabat mereka bertukar gembira.

"Wait me there."

Edrian terus bangun dan mencapai kunci keretanya di atas meja.

"Nak ke mana Ed?"

"Pickup kekasih hati. Jumpa besok bro."

Farhan dan Qayyum mengangkat tangan sehingga Edrian hilang di balik kereta.

"So now?"

"Baliklah. Dah malam ni."

Dua orang jejaka itu bangun selepas membayar makanan dan minuman.

"Hati-hati bro. Jangan melencong pula eh." Pesan Qayyum.

"Haha. Aku tak nak kena cubitan berbisa Puan Syafirah." Balas Farhan.

Mereka gelak sebelum masuk ke dalam kereta masing-masing.












































































.....................................................

[19/09/2018]

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang