"Papa."
Dia menoleh ke belakang. Berkerut dahinya apabila memandang anak perempuannya bersama peguam keluarga.
"Bella. Tuan Haji. Buat apa kat sini?"
Bella diam. Tuan Haji Fahmi hanya senyum dan menyalami Tengku Zikri.
"Oh kami nak bincang sesuatu tadi. Dah alang jumpa Tengku di sini, bolehlah kita lunch sama."
Tengku Zikri terus menjemput kedua mereka untuk duduk memandangkan dia juga hanya seorang diri.
Bella duduk di sebelah papanya. Jelas di wajahnya yang dia sedikit ralat apabila tidak dapat berbincang hal yang sepatutnya.
"Papa sihat?"
Tengku Zikri hanya angguk.
Menyedari suasana sedikit kekok, Tuan Haji Fahmi segera mengangkat tangan untuk mengorder makanan. Dia tahu masalah anak beranak itu. Ego dan keras kepala. Dia juga tidak tahu sampai bila anak dan bapa ini ingin perang dingin.
"Eh Uncle Fahmi, Bella tak jadi nak lunch. Ada hal lepas ni. Maaf papa, Uncle. Bella kena pergi dulu." pamit Bella setelah mendapat mesej daripada Rizhan yang memintanya ke hospital.
Tuan Haji Fahmi angguk. Dia tahu tentang penyakit gadis itu tapi dia tidak diberitahu berkenaan kesihatan gadis itu yang makin merosot.
"Jadi tinggal kita je Tengku. Oh ya Tengku buat apa disini?"
"Itulah Tuan Haji. Saya memang suka makan dekat sini. Makanannya sedap dan memenuhi selera."
Tuan Haji Fahmi senyum. "Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan Tengku." ujarnya.
"Maksud Tuan Haji?"
"Yelah. Bella pun tadi cadang untuk makan di sini. Katanya tempat favourite. Tak sangka Tengku juga begitu."
Tengku Zikri diam. Dia tahu perangai dan sikap anak gadisnya banyak mewarisi daripada dirinya sendiri. Termasuklah sikap keras kepala itu.
Sedang mereka menjamu selera, Tengku Zikri terfikir untuk bertanya kepada Tuan Haji Fahmi berkenaan Bella.
"Cukup kalau saya beritahu yang sikap baik hati dan penyayang yang dimiliki oleh Bella diwarisi daripada arwah Tengku Zulkifli dan Puan Nik Anisa."
"Maafkan saya Tengku sebab ini amanat daripada Bella supaya perkara ini adalah rahsia. Sehingga ianya terbongkar sendiri."
Tengku Zikri angguk. Dia tahu lelaki di hadapannya sangat amanah dan bertanggungjawab. Kalau tidak, takdelah arwah ayahnya sangat mempercayai lelaki ini.
"Saya tak apa-apa. Cuma pelik bila Bella berjumpa dengan Tuan Haji. Saya yakin dia ada sebab untuk rahsiakan."
Tuan Haji Fahmi diam. Segala rahsia berkaitan Bella sejak gadis itu berpindah ke Ireland semua ada dalam genggamannya.
"Ya. Rahsia untuk kebaikan semua. Bella sayangkan keluarganya sangat-sangat. Cuma itulah, ujian berat yang dia tengah hadapi sekarang ni buat saya bangga dengan dia. Dia nampak kuat walaupun saya tahu dia sedang rapuh di dalam." Ucap Tuan Haji Fahmi dengan nada sayu.
Tengku Zikri menjadi pelik. Ujian berat? Rapuh? Apa sebenarnya yan sedang dihadapi oleh Bella?
* * * * *
Hadiff sedang termenung di taman bila satu tangan menghulur satu kon aiskrim coklat. Kepala didongak kemudian senyuman diukir memandang wajah itu.
"Buat apa kat sini?"
"Saja. Nak tenangkan fikiran kejap. Kau pula?"
"Aku pun sama jugalah macam kau. Kat rumah tu buat aku pening kepala fikir pasal kakak aku."
Hadiff angkat kening. "Kenapa dengan Kak Sara?" soalnya.
Miazara mengeluh. Mata dihala ke hadapan.
"Parents aku dah tetapkan yang dia akan kahwin dengan anak kepada best friend parents aku. Dia terima tapi setiap hari dia nampak serabut. Aku pun..."
"Aku tau. Kau pun jadi stres bila nampak dia macam tu kan. Sebab aku tau kau ni tak boleh tengok orang ada masalah sikit mulalah diri sendiri yang over."
Miazara mencubit lengan lelaki itu. Sesedap dia je perli. Hadiff dijeling.
"Alah kau merajuk ke? Tak syoklah macam ni."
Mata dijulingkan ke atas. Tanda malas ingin melayan usikan daripada temannya itu.
Seketika suasana antara mereka menjadi sunyi. Tiada perbualan yang berlangsung selama beberapa minit sebelum Miazara yang memulakan semula dengan menyoal Hadiff.
"Yang kau ni. Okey ke tak? Kakak kau dah sihat?"
Hadiff memandang sekilas wajah Miazara lantas kepalanya digeleng.
"Entahlah Mia. Aku risaukan kakak aku. Lama dia menanggung semua ni. Aku cuma nak dia bahagia."
"Waktu majlis Kak Bella masa tu pun aku tengok muka dia pucat sikit walaupun dah mekap. Family korang tahu pasal ni?"
Hadiff menggeleng lagi. Ya dia juga perasan keadaan kakaknya yang nampak seperti lemah sebelum mereka berpindah rumah.
Sudah hampir sebulan dia tidak bertemu Bella kerana kekangan masa. Dia sibuk dengan projek tahun akhir dan kakaknya sudah tentulah banyak urusan yang perlu dilakukan. Apatah lagi setelah berkahwin ini.
Miazara menepuk bahu Hadiff perlahan. "Sabarlah. Doa je yang baik-baik. Aku yakin Kak Bella akan sihat sepenuhnya nanti. Just trust her." nasihatnya dengan senyuman.
Hadiff turut membalas senyuman itu.
Betul kata Mia. Dia perlu percayakan kakaknya.
* * * * *
"Bella!"
Dia merasakan dirinya ditarik kasar ke tepi jalan dan tubuhnya didakap seseorang. Laju jantungnya apabila menyedari ada sebuah kereta yang melintasinya dengan kadar laju.
"Kenapa dengan you ni Bell? You nak mati ke? Apa you fikir waktu melintas ni. Bahaya tahu tak. Kalau I takde tadi, err I can't even imagine that Bella."
Tubuh Bella dipeluk lagi sekali. Jujur, dia menggigil bila teringat hal tadi. Siapa yang nak langgar dia?
"Shhh Bella. Rileks. You selamat. Shh."
"Harith..."
Tanpa sedar, seseorang tersenyum sinis di balik kenderaan bersama kamera di tangannya.
'I will ruin your life bitch!'
.....................................................
[25/12/2018]
Cukup? Konflik dah nak bermula. Nantikan...
Vote!
Vote!
Vote!

ANDA SEDANG MEMBACA
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...