Sedang enak minum di kedai mamak, Iphone 7 di atas meja berbunyi.
Farhan.
"Hah kau nak apa?"
"Aku kat tempat lepak biasa."
"Sini ah. Ajak Qay sekali."
Selesai berbual di telefon, telefon bimbit diletak kembali ke atas meja. Suapan diteruskan.
15 minit kemudian, bahunya ditepuk kuat sehingga dia tersedak.
"Woii nak bagi aku mati ke?" marahnya.
Farhan gelak. Qayyum dah buat muka cuak.
"Sorry bro. Aku tak sengaja." ucap Qayyum.
Edrian menjeling. "Nasib baik member. Kalau tak dah kena sebiji." balasnya bengang.
Qayyum sengih.
Selepas mengorder makan dan minum, mereka berborak seperti biasa.
"Yang kau ni Ed asal lepak tak nak cakap. Nasib baik aku call tadi." soal Farhan.
Wajah Edrian dipandang.
"Hm. Saje. Aku serabutlah. Dengan syarikat, Bella. Wasiat." luah Edrian.
Farhan dan Qayyum angkat kening. Meminta Edrian menerangkan dengan lebih teliti.
Edrian mengeluh. Kemudian dia menceritakan apa yang berlaku di rumahnya minggu lepas dan di mall. Nampak mukanya sangat tertekan.
"Maksudnya kau kena tunang dengan Bella? Atas wasiat arwah atuk korang dan permintaan arwah umi kau? Macam tu?"
Edrian mengangguk lemah. Badan disandarkan ke kerusi.
"So apa masalah? Tunang jelah. Then lepas 8 bulan terus kahwin. Lagipun kau dah kenal Bella tu."
Diam.
Edrian menguak rambutnya ke belakang dengan kasar. Wajahnya diraup.
"Aku...Entahlah. Eish susah betullah."
Farhan merapatkan kerusi ke meja. Tangannya diletakkan ke atas meja dan wajahnya dipalingkan ke wajah Edrian.
"Okey. Sekarang ni kau cakap. Apa masalah kau sebenarnya ni? Aku tak rasa kau serabut pasal hal ni." Ujar Farhan.
Edrian diam.
Qayyum menggeleng kepala. "Edrian, aku kenal muka serabut kau ni. Tak lain tak bukan mesti pasal Bella. Betul tak?" tanya Qayyum.
Serentak itu, Edrian mengangkat muka dan memandang wajah sahabatnya.
"Betullah tu. Kenapa dengan Bella? Dia yang tak nak teruskan ke apa?" tanya Farhan lagi.
Edrian mengeluh. Wajah sahabatnya dipandang bergilir-gilir. Kemudian dia merenung langit.
"Entahlah. Aku tak tahu apa masalah hati aku. Mulanya aku bercadang nak setuju sebab nak Bella rasa apa yang aku rasa dulu. Kehilangan. Aku tahu Bella sayang aku dari dulu lagi. Aku fikir dengan pertunangan ni nanti aku akan layan dia baik then bila sampai masanya aku akan tinggalkan dia. Biar dia rasa sakitnya rasa kehilangan orang yang tersayang macam umi tinggalkan aku dulu."
Farhan dan Qayyum terkejut.
"Kau..."
"Sabar. Dengarlah dulu." sampuk Edrian sambil merenung tajam Farhan.
"Tapi aku jadi ragu-ragu. Kata-kata Bella kat mall yang nak batalkan semua ni buat aku takut. Pandangan kecewa dalam mata dan nada suara dia buat aku rasa sedih. I don't know. Aku tak nak semua perasaan ni. Perasaan yang mengatakan aku dah mula jatuh cinta dekat dia. Aku tak nak. Aku takut suatu hari nanti dia pula akan tinggalkan aku."

YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...