25

19.8K 591 8
                                    

Bella tengah berjalan di taman sambil memeluk lengan Hadiff. Tinggi mereka yang lebih kurang menampakkan mereka bagaikan sepasang kekasih, bukan adik beradik.

Lagipun tiada siapa yang tahu mengenai keluarga Bella. Orang ramai hanya mengenalinya sebagai Haura Bella, model antarabangsa yang terkenal.

"Kak. Diff dah lama tak tanya pasal akak. Akak sihat? Abang Riz pun dah lama tak call Diff untuk ingatkan akak tentang appointment. Akak dah stop buat rawatan susulan ke?"

Bella diam. Dia masih tiada kekuatan untuk memberitahu hal sebenar pada si adik.

Senyuman dilempar kepada Hadiff. Kepala dilentokkan ke atas bahu Hadiff waktu mereka duduk di bangku memandang air tasik.

"Jangan risau. Akak okey. Akak dah stop makan ubat dan sekarang akak tengah jalani kehidupan seperti biasa. Bila sampai masanya akak sendiri akan rela hati buat kemoterapi. Diff jangan bimbang k."

Hadiff mengeluh. Badan dialih memandang kakaknya. Pipi Bella dipegang.

"Akak tak nak beritahu family kita? Abang Ed? Diff nak semua bagi semangat dekat akak." pujuk Hadiff walaupun dia tahu takkan berjaya.

Bella senyum nipis. "Beritahu apa? Pasal diri akak? Untuk apa Diff. Kalau setakat minta simpati tak payahlah Diff. Biarlah semuanya tahu bila jasad akak sampai ke rumah nanti." ujar Bella perlahan.

Hadiff tersentak. Baru je nak bersuara, satu tubuh ramping yang berdiri di hadapan mereka membantutkan bicaranya.

Bella mendongak.

"Ya. You siapa?" soal Hadiff.

Gelak sinis sebagai balasan.

"Amy. Girlfriend Edrian."

Bella diam. 'Patutlah macam kenal.' Hadiff menjongket kening.

"I rasa you tertinggal something kat ayat you. Girlfriend Edrian buat masa sekarang. So you nak apa?"

Amy senyum sinis. "I think perempuan sebelah you pun girlfriend Ed sekarang. Tapi tak sangka you boleh layan dua lelaki dalam satu masa. Hebat you Bella." sindir Amy pada Bella.

Hadiff mengetap bibir. Geram dengan mulut laser si gadis seksi itu.

"Kenapa you nak sibuk Amy? I tak kacau hidup you. Oh by the way, this is Hadiff. My lovely boyfriend." balas Bella sambil senyum.

Namun pada Amy, itu ialah senyuman perlian daripada Bella.

"Dah lah. Dear, jom kita balik. I rasa lemaslah duduk sini. Banyak langau. Sakit dada." pinta Bella. Sungguh dia tak tipu. Memang dia sakit dada yang amat sekarang ni.

Pasangan itu bangun meninggalkan Amy yang masih tercegat di sisi bangku.

"Cik Amy, tak payah berangan nak dapat Edrian. Dia tak cintakan you dan langsung tak pandang perempuan macam you. You dengan pilihan hati Edrian jauh beza." ucap Hadiff dengan nada perli.

Amy menghentak kaki.

"Aaarrgghhh!!"

Semua memandangnya membuatkan Amy meninggalkan tempat itu segera. Malu.

Perasaan sakit hati dan dendam bersatu dalam hatinya.

* * * * *

Bella memegang dadanya kuat. Sakit yang mencengkam membuatkan nafasnya tersekat. Hidung yang sudah keluar darah makin merisaukan.

Hadiff yang tengah memandu dipandang. Tangan sedaya upaya digerakkan untuk menyentuh lengan adiknya.

"Ya kak. Diff tengah sakit hati dengan perempuan tadi."

Bella geleng. Air mata menitis kerana tidak tahan dengan sakit dada yang makin terasa.

"Diff...Aa...Akak ta....taaakk tahan. To...Long.."

Hadiff menoleh ke arah Bella. Kereta dihentikan di tepi jalan.

"Kak. Kenapa ni? Kenapa tak cakap akak tengah sakit? Please tahan." ucap Hadiff.

Tisu di dashboard ditarik dan darah yang mengalir dari hidung Bella dilap namun tiada tanda darah akan berhenti.

Mata Bella yang sudah tertutup membuat Hadiff takut.

"Kak. Sabar kak. Diff bawa pergi hospital sekarang."

Sambil memandu, tangan mencari contact dalam phone kemudian ditekan untuk memanggil.

Tut..Tut.

"Abang Riz kat hospital? Akak pengsan. Kejap lagi sampai."

Telefon bimbit diletak semula ke tepi. Wajah pucat tak berdarah si kakak dipandang.

"Kak tolonglah. Jangan tinggalkan Diff. Please tahan."

Darah dari hidung makin laju mengalir. Hadiff makin takut.

'Ya Allah. Selamatkan kakak aku. Tolonglah.'

* * * * *

Tiba-tiba dia merasa kurang enak. Kenapa hatinya seakan risau tentang sesuatu. Ada benda buruk berlaku ke? Tapi pada siapa?

Huh.

Harap semua okey dan selamat.

* * * * *

Hadiff mundar-mandir di hadapan emergency room Hospital Kuala Lumpur. Keadaan kakaknya yang sedang dirawat masih lagi tidak diketahui.

Setengah jam kemudian, Rizhan keluar dengan wajah lelah.

"Macam mana? She's fine?"

Rizhan duduk di kerusi yang disediakan. Hadiff turut melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.

"Bella demam panas. She need a rest. Keadaan dia sekarang ni tak mengizinkan untuk dia terlalu aktif."

Hadiff diam. Wajahnya diraup kasar.

"Dia kata nak stop makan ubat sebelum dia buat kemo. Saya tak boleh halang dia bang sebab dia dah buat keputusan muktamad."

"Patutlah keadaan dia makin teruk. Tapi saranan abang, paksa dia makan ubat sentiasa atau setuju buat kemo secepatnya. Sel kanser dalam badan dia makin aktif menyerang Diff. Or else, i have nothing can do for her."

Mendengar kata-kata itu, Hadiff jadi makin muram. Air mata yang ingin mengalir cuba ditahan sebaik mungkin.

"Kanser Bella dah tahap empat."

Rizhan menunduk. Dia tahu tidak sepatutnya dia memberitahu hal itu kepada Hadiff kerana dia sudah berjanji. Namun dia perlu untuk selamatkan Bella.

Hadiff tergamam. "Ta..hap em...empat? Ke...Kenapa di...dia tak cakap." tanya Hadiff tergagap.

Rizhan menepuk bahu Hadiff. "Mungkin dia tak nak kamu risau. Sabar Diff. Pujuk Bella buat kemo secepatnya. Untuk beberapa hari ni Bella kena tahan dalam wad. Badan dia lemah sangat. Abang pergi dulu." kata Rizhan sebelum berlalu pergi.

Hadiff masih duduk di situ. Mengenang nasib kakaknya yang semakin hari semakin lemah.


























































.....................................................

[20/06/2018]

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now