50

25K 578 3
                                    

Wah tak sangka dah sampai chapter 50. Sebenarnya banyak lagi kisah Edrian dan Bella.

Just enjoy !

......................................................




















Tasya dan Qaisara merenung wajah Bella yang masih lagi belum sedar. Mereka berdua hanya melemparkan senyuman kepada Hadiff dan Cassandra yang baru tiba.

"Masih macam semalam ke?" soal Cassandra.

"Hm. Bila Bella nak sedar Cass? I miss her." ucap Qaisara.

Cassandra hanya mengeluh. Dia juga tidak tahu. Hadiff mengucup dahi kakaknya. Kepala Bella diusap sayang.

"Bila akak nak sedar? Its been two week since that day kak. We all miss you. Even Abang Ed pun sama walaupun dia langsung tak tanya apa-apa. Tapi Diff tahu dalam hati dia tengah risau."

"Bangunlah Bell. Tak lama lagi aku nak kahwin. Kau takde, aku tunda majlis aku sampai kau bangun Bella." Qaisara berkata.

Yelah, majlis dia akan berlangsung hujung bulan ni which mean lagi seminggu. Takkanlah dia nak sanding tanpa kehadiran best friend yang paling dia sayang.

"Please wake up. I miss you. Kuatkan semangat kau Risy. Berjuang untuk baby kau. Kami akan sentiasa ada untuk menyokong."

Tasya meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan telefon.

Hadiff terpandang jari kakaknya yang mula bergerak. Pantas Bella didekati. "Kak you're awake?"

Tak lama lepas itu, Bella membuka matanya. Cahaya yang terang membuatkan dia mengecilkan mata seketika sebelum sedar sepenuhnya. Melihat suasana di sekelilingnya, tahulah yang dia berada di hospital.

Qaisara menghulur segelas air.

Cassandra masuk semula ke bilik bersama Rizhan.

"How do you feel Bella? Better?"

Bella hanya tersenyum kelat. Dia juga tidak tahu bagaimana ingin menuturkan keadaan dirinya.

"Tekanan darah you dah normal. Badan pun tak berapa panas dah. Makan dan rehat secukupnya okey. Kalau takde apa-apa I keluar dulu."

Bella mengekori langkah Rizhan ke pintu wadnya dengan matanya. Dia tahu lelaki itu banyak lagi ingin diperkatakan kepadanya namun dia yang menghalang. Bella tidak mahu kawan-kawannya tahu dan risau.

Setelah berbual untuk lebih kurang setengah jam, Tasya dan Qaisara meminta diri kerana ada hal lain. Begitu juga dengan Cassandra yang ingin menyemak fail kerja yang dihantar oleh secretarynya melalui emel.

"Hadiff takde kelas ke harini?"

Geleng. "Harini weekend kak. Cuti." jawab Hadiff.

Bella senyum dan angguk.

"Papa, mama sihat? Edrian okey tak?"

Kedengaran Hadiff mengeluh. "Sihat kak. Semua okey. Cuma papa tak berapa nak sihat. Biasalah kan orang tua. Abang Ed okey kot cuma haritu Diff tengok dia macam serabut. Mungkin rindu akak tapi tak nak mengaku." hujahnya panjang.

Senyum suka Bella mendengarnya.

"Diff. Akak nak jumpa Mak Cha."

"Nanti Diff ambil Mak Cha ke sini eh."

"No. Akak nak balik Johor."

Hadiff merenung wajah kakaknya. Mata itu penuh dengan pengharapan.

"Akak. You're still have to be hospitalized. Risiko tinggi untuk akak ke mana-mana sekarang ni."

"Please Diff. Kali ni je. Akak nak balik Johor. Akak rindu Mak Cha. Akak rindu suasana kampung. Akak rindu arwah umi."

Hadiff memeluk erat kakaknya apabila dia sedar air mata Bella sudah bergenang.

"Okey. Okey. Nanti Diff minta permission Abang Riz dan kita sama-sama ke Johor ya."

Bella mengukir senyuman. Gembira.

* * * * *

Tengku Zikri tersedar daripada tidurnya. Sejak pergaduhan bersama anak perempuannya beberapa minggu lalu membuatkan hatinya dihimpit rasa bersalah.

Kerana ego, dia menyakiti hati anak itu. Dia kenal anaknya dan tak mungkin Bella akan memalukan dengan hal seperti itu. Dia yakin pasti ada orang yang dengki.

"Maafkan papa sayang. Papa yang salah. Papa tak sengaja." ucapnya sendiri.

"Terlambat pa. Kakak dah banyak terluka. Sebab sikap papa yang ego, Kak Bella yang kena tanggung semua sakit. Puas hati papa sekarang?"

Tengku Zikri menunduk. Wajah anak lelakinya tidak dipandang. Dia tahu salahnya.

"Bella kat mana Diff? Papa nak jumpa dia. Papa nak peluk anak papa."

Hadiff mengalihkan pandangan ke arah balkoni yang terbuka luas. Bukan dia tak simpati cuma dia ingin menyedarkan papanya. Ego yang tinggi akan merenggangkan hubungan yang terjalin.

Puan Basyirah masuk menatang dulang berisi bubur dan air buat suaminya.

"Diff, beritahu papa. Bella kat mana?"

Hadiff mengeluh. "Johor. Akak nak rawat hati dia dekat sana. Dekat dengan arwah umi dan Mak Cha." beritahunya.

"Papa nak jumpa dia."

Hadiff segera menghalang.

"Biarkan akak kat sana pa. Jangan serabutkan akak lagi. Biarlah dia luangkan masa dengan Mak Cha sebelum apa-apa berlaku."

Tengku Zikri terdiam. Puan Basyirah mengusap lengan suaminya dan mata sayunya memandang wajah si anak.

"Takkan kami tak boleh nak jumpa anak kami. Mama rindu Bella."

Hadiff geleng. Lantas ditinggalkan papa dan mamanya. Dia masuk ke dalam bilik. Keluhan dilepaskan.




































......................................................

[21/01/2019]

Okey? KO?

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now