44

18.9K 519 2
                                        

Wajah Bella yang sedang tidur direnung. Bibir pucatnya dan tangan yang disambung dengan tiub air membuatkan dia sedih.

"Bila akak nak bangun? Seharian akak tidur."

Hadiff menunduk. Sedih dengan keadaan kakaknya. Miazara yang menemaninya ditoleh. Senyuman kecil terukir.

Gadis itu sudah tertidur di sofa.

"Mia. Bangunlah."

"Hm..Napa? Aku ngantuklah."

Hadiff menggeleng. "Bangun. Jom aku hantar kau balik. Parents kau risau nanti." katanya sambil memandang wajah Miazara yang masih lelap.

Miazara menggeleng kepala. Malahan dia menarik selimut menutupi badan hingga ke leher. Selimut itu pun Hadiff yang minta pada nurse sebab kasihan melihat Miazara yang kesejukan.

"Tak nak balik ke? Ish kau ni jangan nak degil. Kang aku yang kena marah nanti."

"Eeiii jangan kacau aku tidurlah Diff. Aku dah beritahu family aku pasal ni. Diorang izinkan dan diorang percaya kau akan jaga aku dengan baik lagi-lagi Kak Sara tu. Dah, pergilah tidur. Jangan kacau aku!"

Berkerut muka Miazara selepas memarahi Hadiff. Siapa yang suka bila tidur lenanya diganggu. Hadiff mendengus.

"Aku cakap je. Manalah nak tahu kau dah beritahu parents kau." katanya perlahan.

Hadiff memandang Miazara yang menyambung tidurnya dengan senyuman. 'Terima kasih sebab sudi bersama aku waktu susah dan senang.'

"Hm...Aa..ir."

Hadiff pantas mencapai cawan dan menuang air ke dalamnya lalu diberi kepada kakaknya.

"Pukul berapa ni Diff?"

"1 pagi kak. Akak lapar? Diff boleh turun beli makanan."

Bella menggeleng. Kepalanya terfikirkan seseorang yang mungkin menunggu kepulangannya.

"Handphone akak?"

Baru sahaja handphonenya dipegang, nama Edrian terpapar di skrin.

Bella menelan liur. Takut jika Edrian marah.

"Where are you Bella? Tahu tak sekarang ni dah satu pagi but you still not here!"

Bella memandang Hadiff sambil menggigit bibir. Hadiff pula hanya membalas dengan mengangkat bahu.

"I am so sorry Ed. Sebenarnya I dengan Hadiff ni. Dia suruh I tidur kondo dia sebab dia takde kawan. Lagipun kami dah lama tak lepak sama. Sorry sebab I lupa nak inform you Ed."

Edrian diam di hujung talian. Hadiff yang disebut namanya terus menjeling tajam kakaknya.

"Hm okey. Hati-hati. I nak tidur. Bye."

Sejurus Edrian mematikan talian, Hadiff menepuk lengan kakaknya perlahan.

"Sukati akak je petik nama Diff eh. Kang abang serang cakap culik isteri dia nanti habis Hadiff yang kena."

Bella menjeling adiknya. Ada pula cakap gitu.

"Okay now I want to sleep."

* * * * *

Edrian tersedar apabila pintu bilik ditolak seseorang. Melihat wajah resah dan serba salah itu membuatnya terdiam.

Matanya melihat gerakan tubuh itu yang meletakkan beg tangannya di atas kerusi meja solek kemudian masuk ke bilik air dengan tuala mandi.

"Uweekk. Uwekk."

Pantas Edrian menolak pintu bilik air dan menggosok belakang tubuh itu.

"Are you okay baby?" soalnya.

Bella mengangguk lemah. 'Apa kena pula ni. Kesan sampingan ke?'

"I okey Ed. Don't worry. You tak siap pergi kerja ke?"

Edrian duduk di sebelah Bella di birai katil. Wajah pucat itu dipandang. Tangannya mengusap rambut wanita itu dengan pandangan penuh kasih sayang.

"I really love you Bella. Please, don't leave me."

Bella terkelu.

"I love you too my king." Sengaja Bella tidak mahu berjanji kerana dia tahu keadaan dirinya sekarang ini.

Bella tidak mahu memberi harapan kepada Edrian dan akhirnya meninggalkan lelaki kesayangannya.

Edrian senyum nipis.

Sementara Edrian bersiap untuk ke pejabat, Bella menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan ringkas. Koko crunch dan susu.

"I pergi kerja dulu. You tak kerja ke?"

Bella menggeleng. "Hari ni I saja ambik cuti. I nak balik rumah parents I kejap tau. Rindu mama." ujarnya dengan senyuman.

Setelah menyalami suaminya, Edrian pantas mengucup dahi Bella.

"I balik lewat sikit. Ada banyak kerja."

Bella hanya angguk dan menghantar pemergian Edrian dengan sorotan mata.

Ada satu tempat yang ingin Bella pergi.

* * * * *

"Congratulation Puan Bella. You're pregnant 2 month."

Bella terkaku. Mengandung? Serta merta air matanya mengalir laju. Why now?

Doktor Siti yang menganggap reaksi itu sebagai perkara biasa hanya senyum gembira. Dia menyenaraikan senarai ubat dan vitamin yang perlu dimakan lalu diberikan kepada Bella.

"Puan kena dapatkan ubat dan vitamin ni untuk kesihatan puan dan bayi. Untuk first trimester, elakkan daripada membuat kerja yang berat dan stres. Kandungan puan masih lemah kerana masih di peringkat awal."

Bella hanya mengangguk. Spontan, tangan kanannya melekap di perut yang masih leper.

'Anak mama.'

"Saya akan buat jadual dan puan perlu hadir ke klinik untuk pemeriksaan sebulan sekali."

"Em boleh tak kalau saya nak buat checkup di hospital lain? Memandangkan saya ada doktor peribadi."

Doktor Siti hanya angguk dan senyum. "Boleh puan. Saya juga akan bertugas di hospital pada waktu malam dan hujung minggu. Hospital mana puan?"

"HKL."

"Okey baiklah. Saya akan uruskan hal itu."

"Terima kasih doktor."

Bella keluar daripada bilik itu dengan berbagai perasaan di hatinya. Ada gembira, ada risau, ada sedih.

'Mama akan jaga baby dengan baik.'











































.....................................................

[03/01/2019]

Yeah. Bella pregnant🙀 ? cemane tu

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang