34

18.4K 531 1
                                    

"What?!!"

Hadiff mengeluh. Puan Basyirah hanya diam.

"Are you serious pa? Bukan ke sepatutnya lagi 7 bulan kenapa tiba-tiba nak cepatkan? Pa, please. I'm not ready yet."

Tengku Zikri mendengus kasar.

"Papa tak kisah. Yang penting lagi dua bulan Bella akan kahwin dengan Edrian. Lagipun papa tengok bukan main korang berdua asyik jumpa je. Eloklah kalau dicepatkan majlis."

Bella mengeluh lemah. Dada yang sakit diurut perlahan. Hidung yang sudah terasa panas ditutup dengan tangan. Dia bangun dan mencapai beg tangannya.

"Whatever pa. Do what you want. Memang dari dulu papa langsung tak fikir pasal perasaan Bella. Jangan sampai majlis tu nanti tak jadi. Bella balik dulu." Pamitnya sejurus berkata.

Puan Basyirah mengekor langkah anaknya sampai ke kereta. Tangan yang sudah mencapai pintu kereta dihalang.

"Bella. Mama minta maaf. Mama tak dapat nak halang papa. Tapi Bella kena tahu semua yang jadi ni pasti ada hikmahnya sayang. Mama yakin Bella akan bahagia dengan Edrian." ucap Puan Basyirah.

Bella sebak. Lantas tubuh mamanya dipeluk erat. Air mata sudah mengalir laju.

"Ya ma. Bella faham. Takpelah Bella redha."

Puan Basyirah senyum. "Hati-hati drive." Bella hanya angguk.

Perlakuan dua beranak itu diperhatikan oleh Hadiff dari pintu rumah. Keluhan kasar terlepas dari mulutnya.

"Sukalah papa dah buat akak macam tu. Diff harap papa bahagia dengan semua ni."

Tengku Zikri diam.

* * * * *

Edrian memegang kepala. Buntu bila memikirkan majlis perkahwinan yang akan berlangsung lagi sebulan.

Ini semua tidak dijangka. Dia tahu Bella juga tidak bersetuju tapi nak bantah kata-kata paksunya dia tiada daya.

Tanpa sedar, gerak gerinya diperhatikan seseorang.

Bahunya ditepuk.

Edrian mengeluh sebelum mata kembali memandang hadapan.

"Edrian ada masalah? Nak share dengan daddy?"

Sepi.

"Ed masih marahkan daddy? Tak nak cakap dengan daddy ke?" soal Tengku Zaki lagi.

Edrian masih diam. Bagaikan berulang tayang waktu dia bergaduh besar dengan daddynya. Ketika umurnya 18 tahun.

"Takpelah kalau Ed tak nak cakap dengan daddy. Daddy masuk dulu."

Belum sempat Tengku Zaki ingin bangun, Edrian bersuara.

"Daddy sayangkan umi lagi?"

Tengku Zaki menghela nafas panjang. "Mestilah daddy sayang. Umi ialah wanita pertama yang berjaya buka hati daddy untuk jatuh cinta. Wanita hebat yang daddy pernah jumpa." ucapnya dengan senyuman.

Edrian memandang langit. Bintang yang bertaburan membuatnya rasa kagum. Cantik.

"Ed rindu umi." katanya perlahan.

Tengku Zaki senyum. Wajah anaknya dipandang.

"Daddy pun rindu juga. Semua tengah rindukan umi. Mesti umi bahagia bila tahu anak manja dia tengah rindu."

Edrian tergelak kecil. Daddynya dipandang. "Mesti umi marah kat Ed kan daddy. Sebab Ed dah banyak sakitkan hati Bella, anak kesayangan umi. Ed cuma terkilan. Ed lupa semua yang jadi ni dah ditentukan." ujarnya dengan suara perlahan.

Tengku Zaki menepuk bahu anaknya. "Edrian, umi mesti faham. But son, do you love her?" tanyanya.

Edrian terkelu. Dia menunduk.

"I don't know daddy. Maybe yes maybe no."

Tengku Zaki mengeluh. Bahu anaknya dipegang.

"Daddy harap Ed takkan sakitkan hati Bella lagi. Cukuplah paksu kamu buat dia macam patung, takde perasaan. Jangan Ed tambah lagi sakit dia. Daddy cuma mampu berdoa anak-anak daddy bahagia dalam hidup." pesannya sebelum masuk ke dalam rumah.

Edrian hanya diam.

* * * * *

Rizhan meneliti fail pesakitnya. Kadang kala keluhan terlepas dari bibirnya. Buntu.

Bagaimana lagi dia ingin memujuk gadis itu untuk melakukan kemoterapi? Hm.

Tok. Tok.

Kepala diangkat dan satu wajah dengan senyuman hambar menghiasi pandangan.

"Busy ke?"

Rizhan menggeleng.

"Is that mine?" soal gadis itu menunjuk kepada fail di atas meja.

"Ya Bella. You know what. Kanser you dah tahap empat dan sekarang sel kanser dah mula merebak. You still insist to reject the chemotherapy session?"

Bella mengeluh. Wajahnya langsung tiada riak takut atau sedih. Kosong.

"I akan kahwin next month."

Rizhan terkejut. "Bukan ada lagi beberapa bulan ke? Syarikat?" soalnya.

Bahu Bella diangkat.

"Papa paksa. Next week I start ambil alih jawatan papa."

Rizhan menggeleng. Kadang dia juga aneh dengan sikap bapa gadis itu. Terlalu memaksa.

"So kenapa you datang? I tak rasa sebab tu."

Bella sengih. "Macam tau-tau je eh. I nak minta ubat tahan sakit. Memandangkan I akan busy jadi I rasa lepas ni masa I terhad. I kena prepare before apa-apa jadi." hujahnya panjang.

"Bella. You tahukan ubat yang you makan dah tak beri kesan pun dekat badan you. I tak nak you overdose pula. I akan beri ubat tahan sakit untuk seminggu, then bila habis you datang sini jumpa I. Buat pemerikaan."

"Tapi Riz..."

"You nak I beritahu mama you ke? Or maybe Edrian?"

Bella mendengus geram. Lelaki di hadapannya dijeling.

"Fine! Tahu nak ugut je. I ada hal. Pergi dulu."

Setelah Bella keluar, Rizhan mengeluh kasar. Jujur hatinya risau. Gadis itu sudah dianggap sebagai adiknya sendiri. Takkan lah dia ingin membiarkan adiknya menderita sehingga akhir hayat.

"Doktor, Cik Bella pengsan!" Ujar Izra dengan wajah penuh kerisauan.

"Apa?!" Rizhan terus berlari ke bahagian kecemasan.

Bella, kenapa you degil sangat.









































.....................................................

[23/11/2018]

Saya tau hambar. Sorry ~

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now