Sejak semalam hatinya gelisah. Perasaan risau dalam hatinya terhadap gadis itu membuatkan semua benda huru-hara.
"Tengku. Arkitek dari Kayangan Berhad dah sampai." beritahu Yus.
Edrian mengeluh. Jelas dia tiada semangat nak bekerja.
"Yus. Minta tolong Ghazali gantikan boleh? Saya takde mood."
Yus mengetap bibir. Keluhan terlepas. "Tak boleh Tengku. Tengku Zaki minta saya ingatkan Tengku yang projek kali ni penting untuk syarikat jadi CEO yang kena turut serta." ujarnya lagi.
Edrian memegang kepala dengan kedua-dua tangannya.
"Okey. Apa kata Tengku tenangkan diri dulu. After 10 minutes baru masuk bilik meeting. Nanti saya beritahu pada wakil yang hadir."
Edrian angguk. Selepas Yus keluar, dia menarik nafas panjang. Dia perlu bertindak matang.
Sempat lagi satu pesanan dihantar kepada gadis yang ingin dijodohkan dengannya. Setelah itu, Edrian bangun menuju ke ruangan mesyuarat dan bertemu dengan arkitek dari Kayangan Berhad.
* * * * *
Hadiff melepaskan keluhan. Sudah berkali-kali dicuba namun langsung tak berjaya. Kemana kakaknya pergi?
Hm.
Edryl menghampiri. "Diff, jangan risaulah. Aku yakin Kak Bella okey. Jom makan." ajaknya.
Melihat Hadiff yang tiada tanda mahu bergerak, Edryl segera menarik tangan sepupunya hingga ke kereta.
Lamborghini merah dipandu laju keluar daripada kawasan kolej. Restoran di tepi jalan berdekatan dengan kolej mereka menjadi medan selera mereka hari ini.
Baru sahaja nak melangkah masuk, Hadiff terlanggar dengan seorang lelaki.
"Sorry. Saya tak sengaja." ucap Hadiff.
Bila kepala diangkat, matanya bulat.
"Abang Riz. Maaf tak perasan." Ucapnya lagi sekali.
Rizhan senyum dan menggeleng. "Takpe. Sikit je. Eh abang gerak dulu ya." dia ingin segera pergi kerana sudah terlewat pulang ke rumah.
Hadiff teringat sesuatu.
"Kejap bang. Em abang tahu tak akak ke mana? Dia ada jumpa abangkan."
Rizhan terdiam. Tiba-tiba teringat apa yang Bella katakan katanya. Wajah risau Hadiff dipandang dengan senyuman hambar.
"Ada. Tapi lepas tu Bella langsung tak contact abang. Kenapa Diff?"
Hadiff mengeluh. "Akak tak contact lah bang. Handphone dia off. Saya risau." luahnya.
Rizhan simpati. Bahu Hadiff ditepuk lembut.
"Sabarlah. Abang rasa dia pergi tenangkan diri. Biarkan dia buat seketika Diff. Abang yakin dia pasti akan call beberapa hari lagi. Sabarlah."
Hadiff diam. Dia berjalan menuju ke Edryl yang sudah duduk di meja tepi restoran selepas Rizhan meminta diri.
"So?" soal Edryl.
Hadiff geleng. Edryl cuma diam.
* * * * *
Bella duduk di tangga rumah. Suasana kampung pada waktu malam memang sepi. Tenang sahaja berbanding di bandar.
"Apa yang kamu dok menungkan tu Ra? Kamu ada masalah ke?" soal Mak Cha.
Bella senyum tanpa menoleh kepada Mak Cha yang duduk di sofa kusyen.
"Takde apalah Mak Cha. Saja nak ambik angin malam. Bukan selalu Haura balik sini."
Mak Cha diam. Dia tahu ada sesuatu yang anak muda itu fikirkan. Perlahan dia bangun dan duduk menyandar di pintu rumah bersebelahan Bella.
Rambut panjang gadis itu dielus lembut.
"Cuba cerita kat Mak Cha. Kamu ada masalah. Mak Cha tahu hal tu. Kenapa ni Haura?"
Bella mengeluh. Wajah Mak Cha dipandang sebelum dia sendiri yang menunduk.
"Mak Cha. Kalau Haura takde nanti...Mak Cha sedih tak? Kalau Haura tinggalkan semua orang kat sini, agak-agak ada tak yang sedih? Papa mestilah tak. Kan. Papa marahkan Haura. Papa benci Haura. Sama macam Edrian."
Mak Cha terdiam. Kepala Bella diusap dan ubun-ubunnya dikucup.
"Haura. Ayah mana tak sayang anak. Mak Cha tahu dalam hati papa kamu tu mesti perasaan sayang tu ada lagi. Cuma egonya terlalu tinggi. Naufal tu pun sama juga. Dah lah lama dia tak datang jenguk Mak Cha kat sini. Nanti dia Mak Cha piat telinga. Kamu jangan sedih." Ucap Mak Cha.
Bella tergelak kecil.
"Jangan tinggalkan Mak Cha lagi nak. Mak Cha sayang kamu. Sama juga dengan Iman dan Naufal. Mak Cha sayang semua anak-anak buah Mak Cha ni. Termasuklah Naim."
Bella diam.
Mak Cha merenung wajah Bella yang tengah berbaring di ribaannya.
"Kamu sakit ke Haura? Pucat je muka tu Mak Cha tengok. Dari kamu sampai semalam Mak Cha perasan."
Bella terkelu. Kepala digeleng dan senyuman palsu diberikan.
"Tak adalah Mak Cha. Mungkin Haura tak pakai mekap tu yang nampak pucat." jawab Bella.
"Jangan tipu Haura. Beritahu perkara sebenar."
Mendengar suara tegas itu buat Bella terkelu. Dia mengangkat kepala dari ribaan Mak Cha dan memandang jauh ke hadapan.
"Haura sakit. Kanser." ucapnya perlahan.
Mak Cha membulatkan mata. Tangannya menggenggam jemari Bella erat.
"Ya Allah. Betul ke Ra?"
Bella angguk.
"Tak boleh ubat ke? Sekarang dah banyak teknologikan?"
Bella geleng. "Kanser Ra dah tahap empat Mak Cha. Haura yang tak nak buat kemoterapi tu. Haura dah redha Mak Cha." jawabnya perlahan.
Mak Cha menggeleng. Bella dipeluk. "Haura, itu bukan redha. Itu namanya putus asa. Kamu tak sayang Mak Cha ke? Kamu nak tinggalkan keluarga kamu? Mak Cha sayang Haura. Jangan tinggalkan Mak Cha." ucap Mak Cha dengan sebak.
Bella hanya diam dalam dakapan Mak Cha. Siapa kata dia tak sayang keluarga? Dan siapa sahaja yang sanggup meninggalkan orang yang tersayang.
Kemudian Bella meminta diri untuk masuk ke dalam bilik.
Mak Cha mengeluh.
'Ya Allah. Berilah jalan untuk anak itu sembuh dari penyakitnya. Amin.'
.....................................................
[04/06/2018]
Sori lambat readerss 😊 dan hambar? pun sori gak
Vote! 😡
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...