15

21.5K 607 1
                                        

Puan Basyirah mendekati suaminya yang sedang membaca suratkhabar di ruang tamu.

Secawan kopi diletakkan di atas meja. Puan Basyirah duduk di sebelah suaminya.

"Abang."

Tengku Zikri menoleh. Wajah isterinya dipandang sekejap.

"Iya sayang. Kenapa?"

"Betul ke abang nak mereka bertunang? Ira bukan apa. Macamlah abang tak tahu yang selama ni Ed bencikan Bella. Saya tak nak Bella terseksa dengan sikap Edrian nanti."

Tengku Zikri melipat suratkhabar dan diletakkan ke atas meja. Air kopi dihirup sedikit.

"Abang tahu. Abang pun tak nak anak abang terseksa dengan semua ni. Tapi sayang...Kalau kami tak pinta pun, majlis pertunangan tu tetap akan berlaku kerana wasiat arwah ayah. Ira dah lupa amanat arwah ayah? Hm."

Puan Basyirah mengeluh mendengar kenyataan itu. Dia sedia maklum hal itu.

"Saya ingat bang. Kadang saya pelik juga. Kenapa arwah ayah beria nak satukan Bella dan Edrian walhal dia dah tahu hubungan keduanya selepas kejadian malang itu." luah Puan Basyirah.

Bahu si isteri dipeluk. "Mungkin arwah ayah nampak sesuatu yang kita semua tak nampak. Sebab tu agaknya dia membuat wasiat sebegitu."

Puan Basyirah diam. Mungkin betul kata suaminya. Tapi dia tak nak anak perempuannya sedih di kemudian hari. Sakit hatinya.

Bukan dia tidak tahu sikap Edrian di luar sana. Playboy. Parti liar di mana-mana. Dan yang paling dia tak suka ialah Edrian semestinya mempunyai perempuan keliling pinggang.

Sanggupkah Bella bertahan nanti?

* * * * *

Bella sedang bergelak tawa di ruang tamu kondo bersama Tasya dan Qaisara saat Iphone 6s di atas meja berbunyi.

Qaisara melihat skrin. Kening diangkat kepada Bella.

"Sejak bila eh kau mula rapat semula dengan sepupu tercinta kau ni?" tanya Qaisara dengan perlian.

Bella angkat bahu. Handphonenya diambil dan dia berlalu ke balkoni meninggalkan sahabatnya di dalam.

"Eleh kononlah tu nak privasi." sindir Tasya.

Bella hanya menjelirkan lidah. Panggilan daripada Edrian dijawab.

"Ya wahai Encik Edrian. Ada apa-apa yang i boleh bantu?" tanya Bella.

Kedengaran tawa kecil Edrian membuatkan Bella tersenyum sendiri.

"Nothing. Just...Thinking of you."

Bella menjulingkan mata. Menyampah.

"Daripada fikirkan i yang takde kena mengena dengan you, baik you fikir pasal girlfriend you yang banyak tu."

Edrian terdiam. Bella turut senyap.

"Youkan bakal tunang i. Of courselah kita ada kaitan baby. You dah fikir belum?"

Bella mengeluh. Dia masih tiada jawapan untuk itu.

"Edrian please. I tak nak fikir hal tu sekarang. You kalau call setakat nak tahu i terima or tak baik tak payah call." marah Bella.

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang