Tengku Zikri mengeluh. Tiba-tiba fikirannya menggamit pada 15 tahun lalu. Waktu anak perempuannya masih berusia 11 tahun.
"Papa, Bella nak tanya boleh tak?" soal anak kecil itu sambil memandang wajah papanya.
Dia hanya mengangguk. Rambut panjang paras bahu itu dielus lembut.
"Kalau Bella takde nanti, papa sedih tak?" tanya anak kecil itu lagi dengan renungan ingin tahu.
"Bella nak kemana? Nak tinggalkan papa ke?"
Anak kecil itu menggeleng laju. "Bella tak nak tinggalkan papa. Bella sayang papa dengan mama. Tapi ustazah cakap setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma Allah yang tahu. Betul ke papa?" kata anak itu petah.
Dia hanya mengangguk dengan senyuman. "Betullah tu sayang. Kita tak tahu ajal kita. Tua atau muda, semua dah ditentukan."
Anak kecil itu mengangguk. "Papa tak jawab lagi soalan Bella." ujar anak itu sambil memuncung. Merajuk.
Dia tergelak dengan telatah anaknya.
"Iya sayang. Papa mana tak sayang anak. Lagi-lagi kalau comel macam Bella. Anak manja papa ni takde ganti tau."
"Papa sayang Bella tak?"
Tit.
Bunyi kereta dikunci menyentakkan lamunannya. Wajahnya diraup. Pertanyaan anaknya itu acapkali berulang dalam ingatannya.
"Abang menung apa tu?" soal Puan Basyirah sambil membawa minum petang.
Tengku Zikri senyum hambar. "Takde apalah. Saja teringat kenangan lalu." jawabnya.
Puan Basyirah tahu suaminya menipu. Hampir 30 tahun mereka berkahwin, dia sudah kenal benar sikap dan perangai suaminya. Ego.
Dia tahu suaminya merindui anak perempuan mereka tapi tak pernah meluahkan.
"Abang rindu Bella ke? Saya pun rindu dia abang. Dah hampir sebulan dia tak balik sini." ucap Puan Basyirah dengan nada sebak.
Tengku Zikri diam. Tak mampu nak membalas pertanyaan isterinya. Egonya tinggi melangit bila melibatkan anak perempuannya itu.
"Dah dia tak nak balik sini Ira. Apa kita nak buat. Biarlah asalkan pandai jaga diri dan maruah kita."
Puan Basyirah diam. Nampak aja Tengku Zikri begitu, dingin dan ego namun jauh disudut hati dia begitu merisaukan anaknya yang berada di luar.
"Akak bukan tak nak balik tapi dia malas. Papa pun tahu kenapa an. Dahla pa, sampai bila papa nak marah akak? Diff banyak kali cakap akak buat modelling tu sebab minat. Papa jangan risau, sampai masa nanti akak akan ambil alih urusan syarikat tu. Trust me pa." sampuk Hadiff yang baru balik dari kelas.
Puan Basyirah memandang suaminya. Tengku Zikri pula mengeluh.
"Papa nak dia belajar dari sekarang Diff. Ini tak sibuk dengan urusan hiburan je. Cakap papa bukan nak dengar " balas Tengku Zikri.
Hadiff mengeluh. "Papa. Hadiff cuma nak pesan satu je. Biarkan akak buat apa yang dia nak sebelum dia ikut cakap papa. Pleaselah. Akak takkan kecewakan papa." kata Hadiff. Dia harap sangat papanya setuju.
"No Hadiff! Papa tak suka dia masuk model ni semua. Papa nak dia ambil alih syarikat tu secepatnya. Muktamad!" bentak Tengku Zikri.
Hadiff mengeluh lagi. Kuih donat dalam pinggan diambil satu.
"Suka hati papalah. Jangan kerana sikap memaksa papa, akak terasa hati. Masa tu papa dah tak boleh buat apa. Papa pun tahu akak macam mana." pesan Hadiff sebelum masuk ke dalam rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...