27

19.3K 636 14
                                    

Tengku Zikri menghampiri anak lelakinya yang sedang berenang di kolam.

Hadiff langsung tidak mempedulikan papanya. Daripada mereka bertegang urat, biarlah hanya kesunyian yang menemani mereka.

Tengku Zikri mengeluh.

"Tak nak layan papa ke?" soalnya.

Hadiff berenang ke tepi kolam dan memandang Tengku Zikri yang sedang duduk di kerusi santai.

"Papa nak apa? Diff malas nak gaduh dengan papa."

"Bila kakak kamu nak masuk pejabat? Sampai bila dia nak biar papa uruskan syarikat tu sendiri." kata Tengku Zikri.

Hadiff keluar daripada kolam. Tangan mencapai tuala yang diletakkan di kerusi.

"Akak tak cakap apapun pasal pejabat. Pa, tunggu sampai Diff habis belajar then tolong papa okey. Diff tak nak papa paksa akak. Tolonglah pa." ujar Hadiff separuh merayu.

Tengku Zikri menggeleng. Kepala dipicit lembut. "Bella anak sulung papa. Dia yang kena gantikan tempat papa kecuali kalau dia tandatangan surat peralihan kuasa kepada Hadiff. Sekarang jawatan CEO memang untuk kakak kamu Diff." terang Tengku Zikri.

Hadiff diam. Dia tahu hal itu.

Tanpa kata apa-apa, Tengku Zikri bangun dan berlalu masuk ke dalam rumah. Hadiff hanya mengeluh dan meraup rambut ke belakang.

* * * * *

Harith berlari keluar daripada restoran saat matanya ternampak kelibat seseorang yang sedang dicari.

"Bella!"

Tersentak Bella bila dipanggil dengan kuat begitu. Namun dia terkedu bila wajah itu berada di hadapannya.

"Harith." sebutnya perlahan.

Senyuman lebar menghiasi wajah Harith bila wajah yang dirindui berada depan mata.

"You sihat? Lama I tak jumpa you. I rin.."

"Harith. You tahukan I macam mana. Jangan ucap ayat tu. I tak nak rasa bersalah sebab kecewakan you banyak kali. Please."

Harith diam. Kecewa di hati makin mendalam bila mendengar ayat itu.

Bella mengeluh. Pintu kereta yang sudah dibuka ditutup perlahan. Harith direnung dengan pandangan sayu.

"Tolonglah jangan buat I rasa bersalah lagi dengan you. I sayang you but only as friend."

Mata Bella ditatap.

"But I love you Bella. Tak boleh ke you cuba terima I?"

"I dah bertunang Harith. Jangan mengharap dekat I lagi. Even I takde hubungan dengan sesiapa pun, but I can accept you only as friend. Sorry. I got to go."

Bella meninggalkan Harith di tepi jalan. Rasa bersalah dalam hatinya bila terpaksa menolak cinta lelaki itu buat kesekian kalinya.

Tapi perasaan cinta dan hatinya sudah diberikan sepenuhnya kepada si tunang tercinta. Sejak dulu lagi.

* * * * *

Edrian baru selesai meeting dengan wakil daripada syarikat Cemerlang Empire.

Buka sahaja pintu biliknya, seorang wanita seksi sudah berada di situ. Dia mengeluh lagi.

YOU'RE THE ONE (✔)Where stories live. Discover now