10

23.9K 755 14
                                        

Tengku Syamira termenung di balkoni biliknya. Cuaca mendung itu ternyata mendamaikan dirinya.

Saat ini macam-macam yang difikirkan. Wajah seseorang yang sudah lama meninggalkan dirinya mula terbayang di fikiran. Sungguh dia rindukan sahabatnya. Sahabat dunia akhiratnya, yang sanggup membantu dan mengorbankan kebahagiaan sendiri demi orang yang tersayang.

Pelukan di bahunya menyentakkan lamunannya. Wajah si suami dipandang dengan senyuman. Tangan suaminya dicapai dan dikucup.

"Dah lama ke abang balik? Maaf, saya tak sedar."

Tengku Zaki menggeleng. Tubuh isterinya dibawa masuk ke dalam bilik. Sofa dituju.

"Kenapa ni? Muka tu nampak serabut. Apa yang Sya fikirkan?"

Tengku Syamira mengeluh lagi. "Macam-macam abang." jawabnya.

"Termasuk hal Edrian?"

Tengku Syamira diam. Kepala diangguk perlahan. Perlahan kepalanya ditolak dan jatuh ke bahu suaminya.

"Sampai masanya nanti dia akan terima Sya juga. Whatever happen, you is his mother. Orang yang dah jaga dia dari kecik."

"Abang. Perkara tu takkan jadi selagi dia tak tahu hal sebenar. I miss him abang. Saya rindu anak saya. Edrian dengan Edryl pun dah tak rapat macam dulu." kata Tengku Syamira.

Tengku Zaki terdiam. Ya, betul kata isterinya. Edrian tak tahu hal sebenar. Wajah sedih si isteri nyata membuat dia mengeluh.

Dia tahu isterinya sangat menyayangi Edrian walaupun Edrian hanyalah anak tirinya. Edrian ialah satu-satu anaknya bersama isteri pertama yang amat dicintai dari dulu, Nik Anisa.

Edryl pula adik tiri Edrian. Sama ayah tapi berlainan ibu.

Tengku Zaki mengelus rambut isterinya. "Sabar sayang. Bila sampai masanya, kita berdua akan terus terang dengan dia. Abang janji, masa tu semuanya akan kembali pulih macam dulu." ikrar Tengku Zaki.

Tengku Syamira hanya mengangguk dan berharap kata-kata itu akan jadi kenyataan tak lama lagi.

* * * * *

Sejak dua hari yang lalu, Bella ditahan wad kerana kesihatan dirinya yang merosot. Dia yang baru sedar dari tidur lepas makan ubat tadi hanya terkebil-kebil pandang siling.

Haih.

"Tak baik mengeluh." sampuk satu suara.

Bella menghalakan pandangan ke pintu wad. Wajah seorang doktor lelaki menyapa mata.

"You tahukan condition you sekarang? Pleaselah Bella. Buat kemo tu. You tak nak sihat ke?"

Bella diam.

"You tak sayang family you ke? Adik you mesti tak nak hilang satu-satunya kakak yang dia ada. Sanggup you nak tengok kawan-kawan you menangis sebab risaukan you?" sambung doktor itu lagi.

Suasana hanya sepi. Bella diam memandang jari jemarinya.

"Tengku Haura Irisya Bella."

Bella mengangkat wajahnya. Wajah doktor yang sudah dianggap abang dipandang. Doktor yang sudah merawatnya sejak dia di Ireland lagi.

"Rizhan. I dah tak boleh sihat. I tahu. Sakit I makin teruk. You pun tahu hal tu. Family? Hanya mama dan Hadiff yang sayang I. Papa dah bencikan I. He hate me so much Riz. I tahu i beruntung masih ada kawan-kawan yang kat sisi I tapi diorang layak dapat kawan yang lebih baik. I ni cuma menyusahkan je Riz. Daripada family, kawan then orang yang takde kaitan dengan I. Semua dah susah sebab kena jaga I. I..."

YOU'RE THE ONE (✔)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang