Rizhan pov
Aku memegang kepala. Fail dan maklumat tentang pesakitku yang baru diberi oleh Azra tadi aku tenung lama.
Sesekali aku mengeluh. Wajah manis yang duduk di hadapan aku pandang sebelum kepala digeleng.
"Inara."
"Hm."
"She's pregnant?"
Gadis itu mengangguk perlahan. "Two months."
Aku mengangguk. Aku juga tahu kerana baru sebentar tadi aku memeriksanya.
"Dia tak boleh mengandung. Risiko untuk dia dan baby selamat. I want her to aa.."
Belum sempat aku menghabiskan bicara, suaranya membantah tegas.
"Jangan abang. Jangan pernah suruh dia buang baby tu. Ara tak nak dia sedih."
"Cassandra Inara, you know the risk. Sama ada dia atau baby tu yang akan selamat." ujarku laju.
"Ya Ara tahu bang. Tapi Risy yang minta. Permintaan Risy supaya baby ni dilahirkan dengan selamat. Ara dah pujuk tapi Risy bertegas abang. Dia nak baby ni jadi hadiah yang terindah daripada dia untuk orang-orang yang dia sayang. Ara cuma nak bahagiakan Risy."
Aku terdiam. Keluhan terlepas daripada bibir. Wajah dua pupu aku ditenung sebelum menunduk dan mengeluh lagi.
Cassandra Inara ialah dua pupu aku. Arwah Uncle Ewan merupakan sepupu kepada ibu aku.
"Tapi Risy akan okey kan bang? Bila dia sedar?"
"Hm.. Disebabkan tubuhnya yang lemah ditambah lagi dengan kehamilannya menyebabkan tekanan darahnya rendah. Buat masa ni Bella tidak sedar lagi. Mungkin dalam beberapa hari lagi." terangku.
"Rawatan kemo dia?"
Aku mengeluh. Itu satu lagi masalah.
"Kita bincang bila Bella dah sedar."
* * * * *
Kepalanya digaru. Wajah diraup kasar. Fail berkaitan projek yang akan datang ditutup kasar.
"Yus masuk bilik."
Fail tadi dihulur kepada Yusrina. "Bagi pada Encik Rusydi. Minta dia semak dulu then beri pada saya semula." arahnya.
Yusrina hanya angguk faham dan terus berlalu pergi. Tidak mahu menyoal lebih lanjut memandangkan mood lelaki itu sering sahaja tidak terkawal sejak dua menjak ini.
Edrian merenung gambar di sebelah laptopnya. Satu pasangan kelihatan sangat gembira dengan berlatarbelakangkan air terjun.
Kemudian matanya beralih pada kalendar.
"Dah seminggu baby. I miss you."
Ingin dicari si isteri namun ego yang tinggi membantutkan niatnya.
"Betul ke you mengandung Bella? I yakin tu memang anak I. Tapi I tak tahu kenapa waktu tu I cakap macam tu. I am so sorry baby. Maafkan I. Come back to me."
Dia hanya mampu berkata sendirian. Tiada kekuatan untuk mengucapkan ayat itu di hadapan isteri yang telah disakiti hatinya.
"Sayang..."
Mata mencerlung tajam ke arah Jenny yang selamba masuk ke dalam ofisnya. Apatah lagi dengan berpakaian seksi dan ketat. Err.
"Keluar. I tak nak jumpa you."
Jenny hanya mengendahkan kata-kata itu dan terus duduk di atas paha Edrian.
Spontan Edrian bangun dan menolak kasar tubuh Jenny menjauhi dirinya. Jijik.
"Yusrina!"
Terkocoh-kocoh gadis bertudung itu masuk setelah mendengar arahan Edrian.
"Bawa perempuan perosak ni keluar! Jangan pernah bagi dia masuk sini. Aku tak nak tengok muka dia!"
Jenny senyum sinis. 'Berani kau malukan aku Edrian. Jantan tak guna!'
"Call security!"
Lima minit kemudian, muncul seorang lelaki dalam lingkungan 30-an berpakaian security di pintu bilik Edrian.
"Heret perempuan ni keluar. Lepas ni jangan pernah izinkan perempuan macam ni masuk dalam syarikat. Kecuali isteri dan mak aku. Keluar sekarang!!"
Jenny mengetap bibir geram. Tangan yang dicengkam security ditarik namun tak berjaya.
"Lepaslah bodoh. Aku tahu nak jalan sendiri. Sakitlah!"
"Diam Jenny! Lepas ni jangan pernah kau jumpa aku lagi. We are over! I love Bella and always love her."
"Jangan fikir aku akan biarkan kau bahagia Edrian. Aku tak dapat kau maksudnya takde sesiapa yang boleh rampas kau."
Edrian terus mengemas mejanya. Kunci kereta, handphone dan wallet dicapai. Tak lupa juga kot hitam di kerusinya.
"Saya nak balik. Saya mungkin tak masuk ofis esok so apa-apa emel kat saya." pesannya pada Yusrina.
Edrian masuk ke dalam Ferrari birunya dan meluncur laju ke rumah parentsnya.
.....................................................
[16/01/2019]

ANDA SEDANG MEMBACA
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...