Tengku Syamira membawa jag air kopi dan tiga cawan di atas dulang menuju ruang tamu. Waktu malam begini suami dan anaknya akan menonton berita bersama.
"Thanks my."
"Sama-sama Ryl."
Tengku Zaki menyisip sedikit air kopi yang masih panas. Sedap.
"Abang macam perasan kereta Ed kat luar. Dia tak turun ke?" tanya Tengku Zaki.
Edryl angguk. Dia perasan juga.
"Entahlah bang. Petang tadi dia balik muka serabut sangat. Saya tak naklah tanya macam-macam nanti makin rimas dia."
"Ryl rasa abang tidur kot. Bilik gelap je lepas tu tak turun dari tadi." tambah Edryl pula.
Tengku Syamira mula risau. "Takpelah bang. Sya naik jap tengok. Mana tahu Edrian tak sihat ke." katanya.
Edryl turut mengekori langkah mummynya ke bilik Edrian. Dia juga risau akan lelaki itu. Sejak kakak iparnya pergi, abangnya juga bertukar sikap.
Lampu bilik dibuka dan terlihat Edrian sedang tidur dengan berselimut sampai ke paras leher.
"Uii sejuknya. Abang ni kulit apa." kata Edryl saat masuk ke bilik Edrian.
Tengku Syamira menyentuh dahi dan leher Edrian. Berpeluh dan panas.
"Abang kamu demam ni Ryl. Panas badan dia. Kamu tolong ambil mangkuk dengan kain. Mummy nak lap badan Ed."
Edryl angguk dan turun ke bawah mengambil barang yang diminta. Tengku Zaki menegur.
"Buat apa dengan mangkuk tu Ryl?"
"Abang demam. Mummy nak lap badan dia bagi turun panas."
"Pulak. Budak ni macam-macamlah. Hah pergilah. Kejap lagi daddy naik."
Edrian yang rasa sejuk di bahagian dahi membuka mata. Wajah ahli keluarganya menyapa pandangan.
"Ed nak makan? Mummy dah masakkan bubur dengan ikan bilis ni."
Edrian hanya geleng. Takde selera. Tekaknya rasa pahit dan sakit untuk menelan makanan.
"Jangan degil Ed. Daddy nak kamu makan lepas tu makan ubat."
Edrian menggeleng. Nak membantah suara langsung tak keluar. Edryl mengeluh.
"Susah sangat biar Ryl bawa abang pergi hospital. Duduk sana satu malam. Nak?" Tanya Edryl sambil mengangkat kening. Mengusik.
"Tak nak." balas Edrian sambil menjeling adiknya. Dia sangat tak suka pergi hospital kerana hal lepas. Serik.
Edryl tergelak kecil. Terus lengannya ditepuk perlahan memandangkan Tengku Syamira disebelahnya.
"Jangan nak usik abang kamu. Dah Ed. Sini mummy suap. Kalau tak mummy yang heret pergi hospital."
Nak tak nak terpaksalah Edrian mengikut kata mummynya. Mulut dinganga.
"Em sedap." pujinya.
Tengku Syamira senyum. Habis semangkuk bubur, dua biji panadol diberi kepada Edrian bersama segelas air.
Tengku Zaki sudah pun keluar ke ruang tamu untuk menyelesaikan beberapa fail projek. Sejak Edrian mula bersikap acuh tak acuh, dia yang ambil alih tugas Edrian buat sementara. Dibantu oleh Edryl jika anaknya tiada kelas.
"Rehat ya sayang. Mummy dan Ryl keluar dulu. Apa-apa panggil kami."
"Cepat sihat bro." Kak Bella need you. Namun ayat itu hanya dipendam dalam hati.
YOU ARE READING
YOU'RE THE ONE (✔)
Romance4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak dihargai. Lelaki playboy dan kacak. Siapa yang tak kenal. Tengku Edrian, CEO TZ Holding yang muda dan ka...